Saturday, August 31, 2013

556#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Devil Survivor 2 The Animation

*scheduled post - ditaip pada 24/8/2013*

Devil Survivor 2 The Animation ni based on Devil Survivor 2 role-playing game. Bukan maksudnya review ni pasal second season of Devil Survivor :p He he.


Anime ni agak tension kalau tengok sebab unsur comedy terlampau sedikit. Mengisahkan bagaimana umat manusia nak survive selama 7 hari Judgement Day dengan melawan demon tertentu yang muncul pada setiap hari tu.

Bermula pada hari Ahad, Kuze Hibiki seorang pelajar yang dalam preparation nak masuk ke universiti berbual-bual dengan kawan karib dia, Shijima Daichi lepas mock exam diorang. Mereka bincang pasal future dan Hibiki agak pessimist pasal masa depan dia walaupun dia seorang pelajar yang cemerlang. Pada masa yang sama, Daichi kenalkan kepada Hibiki suatu website baharu yang tengah famous; Nicaea.

Menurut Daichi, Nicaea merupakan satu website yang akan tunjuk death face clips kawan-kawan mereka sebelum mereka mati dan death face clips tu merujuk kepada situasi sebenar si mati. Daichi turut daftarkan nama Hibiki dalam Nicaea. Of course mereka anggap website tu perkara yang main-main aje.

Di train station pula watak utama baru diperkenalkan, Nitto Io, Daichi punya crush :p Sebelum train sampai, Daichi terkejut sebab dia terima death face clip milik Hibiki dan Hibiki turut terima death face clip milik Daichi. Bingung dan takut dengan death face clips tu, mereka ambil keputusan nak keluar dari stesen tu. Malangnya, apa yang ditunjukkan dalam death face clips mereka betul-betul terjadi.


Mereka bertiga survive lepas setuju dengan Nicaea yang offers peluang kedua untuk mereka hidup. Demons mula muncul and di phones mereka ada suatu application baharu, Demon Summoning App. App tu digunakan untuk summons the demons untuk kalahkan demons yang lain.

Japan Meteorological Agency (JP's) bawa mereka bertiga ke markas mereka lepas menyaksikan Hibiki berjaya summon Byakko, demon yang bertaraf tinggi. Mereka dipaksa membantu JP's di bawah arahan Hotsuin Yamato. Rupa-rupanya keluarga Yamato dah lama tahu tentang the seven days of Judgement Day tu. Yamato sendiri ada demon bertaraf Byakko, Cerberus.


Kalau tengok anime ni memang rasa ngeri. Banyak sangat kematian yang berlaku sampaikan kita yang tengok ni pun rasa tension. Tengok anime ni pun dah takut, apatah lagi Judgement Day yang Allah SWT punya kan? Tak dapat bayangkan langsung :/

Oh ya, jangan risau pasal ending anime ni :p Happy ending to all the characters. He he. Hana suka dua-dua OP dan ED anime ni. Sampaikan dua tiga minggu dok dengar OP dan ED mereka. Terutama sekali ED. Sesiapa yang tengok ending song sampai habis, akan perasan ada perubahan pada setiap kali ada watak yang mati.

Lupa nak cakap, anime ni 13 episod aje :)

Sepanjang tengok anime ni, berkenan sangat dengan jaket Hibiki tu x) Stailo kot! He he :D His bunny jacket yang ada speakers kat dalam tu dan bersambung dengan his music player. Phone Hibiki pun stailo :p Bukan touch screen tapi ada fungsi cycloid. Phone Hibiki based on the real model yang syarikat telefon bimbit Jepun sendiri keluarkan.

Till then.
Wassalam.

1 comment:

  1. Hana memang minat Anime ke?? azwa dah lama tak tengok. Last tengok pun masa sekolah rendah kot..hehehe.. :)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)