Saturday, August 24, 2013

548#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Hyouka


Asalnya nak update cerita raya, tapi Cik Kay Jue kata tengah tunggu anime review daripada Hana lak :p He he. Jadi, kali ni Hana nak review Hyouka :) Dah lama plan nak review Hyouka, tapi mood M datanglah pulak :p


Hyouka literally means ice cream. Tapi ada kisah yang tersembunyi di sebalik nama Hyouka ni. Berjumlah 22 episod, Hyouka ni lebih kepada high school life dan penyiasatan remaja.

Oreki Houtarou seorang pelajar yang baru aje masuk first year of his high school. Dia ni suka sangat conserve energy dia, simpan tenaga sebab pemalas sangat. Kalau tengok sepanjang anime ni, dia suka sangat buat kerja yang tak melibatkan penggunaan tenaga yang banyak. Prinsip Houtarou senang aje, " If I don't have to do something, I won't. But if I have to, I'll do it quickly."

Nak dijadikan cerita, kakak Houtarou si Tomoe tu nak Houtarou masuk Classic Literature Club di sekolah mereka memandangkan kelab tu mungkin akan dimansuhkan sebab tak ramai nak masuk. Tomoe bekas ahli kelab tu dulu. Kalau bukan sebab takutkan kakak dia, memang sahlah Houtarou takkan masuk mana-mana kelab.

Houtarou ingatkan dia sorang aje ahli kelab tu tapi ada seorang lagi pelajar yang willingly join Classic Literature Club tu. Seorang pelajar perempuan, Chitanda Eru yang merupakan best student untuk first year classes. Eru ada rahsia dia sendiri kenapa dia sanggup nak masuk kelab ni.


Eru ni lawak dan agak unik sebenarnya :p Kalau ada apa-apa yang dia curious (dia senang curious akan sesuatu even hal kecik pun), dia akan mula sebut 'kininarimasu' (I'm curious) dengan mata yang memang sparkle :p

Selain mereka, ada dua orang lain yang baru join Classic Literature Club ni. Fukube Satoshi dan Ibara Mayaka. Dua-dua kawan Houtarou masa di middle school dulu. Mereka berempat jadi ahli kelab tu dan mula daripada episod satu, ada satu demi satu misteri yang mereka cuba selesaikan. Yang paling utama pasal antologi Classic Literature Club yang diberi nama Hyouka. 

Kebanyakan misteri diselesaikan oleh Houtarou. Even dia memang tak suka buat kerja lebih-lebih, otak dia bergeliga. Geram kot dengan dia ni sorang. He he :D


Hana suka tengok Houtarou dan Eru ni :) Setiap kali Eru mula curious, automatically dia akan pergi tuju kat Houtarou ni :p He he. Sorang jenis pemalas, sorang lagi jenis energetic. Comel dan sweet mereka ni x) Oh ya, anime ni tak banyak romance. Tapi adalah juga antara Houtarou-Eru dan Satoshi-Mayaka.

Anime ni best untuk penggemar siri penyiasatan remaja :) Worth watching (Y) Ala, 22 episod aje pun :p He he. Selamat menonton!

Till then.
Wassalam.

5 comments:

  1. dah tengok anime ni, memang best sangat2. suka dengan watak oreki yg tak suka benda yg menyusahkan.
    chitanda pula selalu excited..
    prkataan yang paling oreki takut bila dengar dari chitanda ialah "watashi wa kininaru(i'm curious)"
    sbb dy kena siasat benda tu..
    5 star utk anime ni ^__^

    ReplyDelete
  2. Thanks hana review anime.. maaf la susahkan hana pula nak cerita fasal raya kena review anime pula.. huhu..

    ckj baru je hbs tgk anime Hataraku Maou-sama! hehehe..

    ReplyDelete
  3. nak kena tengok nie...hahaha sekarang dok tengok iwatobi swim club tu.. peram lelama sikit then tgk..

    ReplyDelete
  4. dah lama tak tengok anime.. kena tunggu mood nk tgk anime tu dtg dulu.. hehe

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)