Tuesday, February 9, 2016

680#Love Note ~ Cuti Chinese New Year @IOI City Mall Putrajaya


Memandangkan semalam public holiday sebab Chinese New Year, memang sah sah tak ada kelas. Hana duduk kat rumah sewa guling guling dengan Jamer aje kerjanya. Kesian Jamer makanan dah habis haha kena makan roti dan keropok. Sorry ya Jamer.

Lepas Asar, Hana ikut housemates dan kawan lelaki kitorang keluar makan. Dah tak tahu nak pergi mana, kitorang pergi IOI Putrajaya ajelah. Ingatkan tak ramai orang, rupa-rupanya ramai sangat. Yalah, manalah tahu semua pakat balik kampung ke. Sesak betul dalam mall tu. 

Sebab masing masing dah lapar kitorang makan di Chicken Rice Shop dulu. Hampir semua restoran penuh dengan orang. Nasib aje ada tempat kosong. Siap makan kitorang jalan jalan ajelah kat dalam mall tu. Nak balik rumah, bosan pula tak tahu nak buat apa. Masuk ajelah mana mana kedai tengok apa yang menarik. Bukannya nak shopping sangat pun. Hana masuk Tesco kejap cari wet food untuk Jamer. Keluar nak bersuka ria pun kena ingat lagi anak kat rumah tu haha. 



Hana berpecah dengan kawan kawan sebab masa Hana ke Chatime beli air, diorang masuk Parkson. Takkanlah nak bawa masuk air pula dalam tu. Sudahnya Hana duduk aje kat Chatime tu isi masa baca my current read. Kalau tak mahu terkebil kebil duduk seorang diri depan Parkson haha. Lama jugalah tunggu diorang datang. Entah apalah yang menarik sangat dalam Parkson tu :p



Lepas tu, kitorang turun ke The Symphony Walk. Nak tengok musical fountain kat situ. Terhibur betul rasanya haha. Selama ni datang IOI Hana tak pernah singgah lagi tengok musical fountain tu. Siap ambil video dan hantar kat group WhatsApp family lagi. Tak boleh pula nak upload kat sini :( 

Dekat pukul 10 malam baru kitorang balik. Masing masing dah penat dan mengantuk. Hari ni cuti lagi. Esok baru ada kelas. Lusa Hana ada FYP workshop dari pukul 2 sampai 5:30 petang. Penatnya rasa haha macam tak puas cuti lagi ni.

Macam mana cuti CNY korang? :)

Till then.
Wassalam.


6 comments:

  1. Rajinnya pergi jalan3 bawak buku. ^^ cuti CNY sama je macam tahun3 lepas. Haha

    ReplyDelete
  2. hahaha pergi juga IOI semalam. entah2 terserempak dekat mana2 tapi masing2 tak kenal :D

    ReplyDelete
  3. bestnyerrr kak hana. sy duk rumah jer siapkan kerja sekolah. uhhuuhu

    ReplyDelete
  4. CNY scya pergi tengok Ola Bola dengan bff masa kecikk yang dah lama tak jum[a tapi still contact each other memang meriahhh je rasa.

    ReplyDelete
  5. Cuti2 memang ramai org Hana.kadang igt org balik kg dan pasaraya lengang..rupanya lagi ramai keluar jalan-hehe

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News