Sunday, August 13, 2017

705#Love Note ~ [Resipi] Cucur Manis Viral


Dua, tiga hari lepas, Hana cuba buat cucur manis viral. Terliur pula bila banyak kali nampak gambar cucur ni kat FB. Tapi hati berbelah bahagi jugak nak buat ke tak sebab ada jumpa gambar cucur ni yang tak jadi. So before I started making it, I read all the respectives comments kat mana-mana gambar cucur yang tak jadi. Lepas tu barulah berani sikit nak buat haha even though this recepi is simple tapi takut juga kalau tak menjadi. Kalau tak jadi, membazir pula. Tentu takde siapa nak habiskan.

Selama ni tak pernah pun buat cucur manis ni. Biasanya buat cucur kosong atau cucur ikan bilis. Rasanya sedap sama ada dimakan begitu saja atau dengan sambal. Bila dia jadi bulat bulat comel tu rasa sayang pula nak makan. Abah Hana ingatkan ni fish ball haha kawan pun tanya kat IG masa Hana posted the story. Chicken ball pun boleh jadi dengan rupa macam ni hahaha


Kredit: Permata Biru

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sb gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • 2 cawan air panas

Cara-cara:

1. Ayak tepung gandum. Campurkan dengan gula dan garam hingga sebati.
2. Masukkan air. Kacau. Biarkan doh sebati. Akan nampak melekit.
3. Lumur tangan dengan minyak nak elak doh melekit. Gentelkan doh hingga jadi bulat.
4. Goreng dalam minyak panas. Balik-balikkan setiap 7-10 saat.
5. Angkat bila nampak kuning keemasan.
6. Hidangkan begitu saja atau dengan sambal.


Bulatkan macam ni

Tips

1. Jangan terlebih gula. Nanti bila goreng doh akan mencair dan nampak caramelised.
2. I'm not sure about gula kasar. Hana blend dulu gula biar jadi serbuk untuk dia sebati dengan doh. 
3. Pastikan guna air yang betul-betul menggelegak. Contohnya air yang baru panas sepenuhnya from the heater.
4. Minyak kena betul-betul panas. Cuba masukkan satu atau dua cucur for testing purpose.


Resipi ni boleh ditambah dengan ikan bilis, kentang, cheese dll. Yang guna Milo pun ada. Dalam 50 biji cucur juga dapat daripada resipi ni. Harap percubaan korang berjaya ;) Sedap dimakan panas panas dan untuk minum petang.

Till then.
Wassalam.

3 comments:

BudakVanilla said...

sedapnya cucur nie. suka tengok bentuk bulat2. teringin jugak nak buat :)

Siqah Hussin said...

Cantiknya buat cucur. Siqah kalau buat, bentuk tak pernah sama. Hehe

Shahida Dzulkafli said...

menariknya rupa cucur tu.. Kenapakan akak tak berjaya membulatkan cucur-cucur akak.. hehehe..

Post a Comment

Recent Posts