Saturday, August 19, 2017

708#Love Note ~ Sejenak di Mr. Celup Tepung Station


Pagi Sabtu tadi Hana dan family ke Terengganu. My brother is currently studying at Unisza so we went to send him back there. Lepas breakfast, siap-siap semua, kitorang gerak dalam pukul 8:40 pagi. Alhamdulillah perjalanan smooth aje, cuaca pun baik dan tak terik sangat. Bila sampai kat jalan Pantai Penarik, abah ajak singgah makan. So kitorang pilih kedai yang pertama kitorang nampak, Mr. Celup Tepung Station.

It's a nice restaurant, really. With clean environment and located near the beach, it should be an attraction. Ada meja kat dalam kedai dan luar kedai. We chose to sit outside while being accompanied by the sound of leaves rustling and waves hit the shore. 

It's a breathtaking view. Rasa tenang aje :)


Tak cukup seorang, my younger sister. Excuse my abah's expression hahaha

Kitorang pakat order coconut shake kecuali abah tak boleh berpisah dengan kopi ais. Beli udang dan fishball celup tepung aje. We'd have our lunch at my cousin's place later so tak nak makan berat. Cuma bersantai santai kejap kat tepi pantai ni. Lagi pun dah lama tak pergi pantai lepak makan macam ni.  



Udang celup tepung tu tersangatlah sedap! RM10 for 15 medium size prawns. Cecah dengan sos istimewa dia pula tu, memang tak boleh kata apa dah nikmat dia hahaha. Sekejap aje habis. Rugi pula tak tambah lagi RM10. Insya-Allah lain kali. Abah said we could visit this place again whenever we'd go to pick or send my brother back to his campus.

Si bulus datang jadi tetamu. Licin dia makan udang tu :)

Lepas makan, kitorang terus gerak ke Kuala Terengganu. Lepas makan dan solat kat rumah my cousin, pergi hantar Imi ke hostel pula dan terus balik. Bila dah nak sampai area Penarik tu abah tanya nak singgah minum-minum ke. I declined the offer sebab baru aje makan tengah hari tadi. And then once we arrived at Selising, abah ajak singgah gerai-gerai kat tepi jalan tu. Beli pula pisang goreng, coconut shake dan satar. I was looking for otak-otak tapi tak ada rezeki nampaknya. Lain kalilah cari otak-otak lagi.

It's been a tiring day. Sampai rumah hampir pukul 6 petang. Jiran pula ajak makan kat rumah. They held solat hajat dan makan-makan after Zohor. Rezeki lagi dapat makanan free haha malam tu dah tak payah fikir nak makan apa dah.

Till then.
Wassalam.


6 comments:

  1. bestnya kedai tepi pantai macam ni. relaxing sangat kan. kalau ke terengganu boleh singgah. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Kenyang makan... Hiii... Sedapnya tengok udang celup tepung tu... Sabah ni kureng la celup2 tepung... Pelik rasa dia... Semenanjung gak sedap... Nyum2...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/19/ovarian-cyst-ketika-mengandung/

    ReplyDelete
  3. hye dear, terliur nengok aihh :'D

    tetiba homesick..nok balik ganuuuuuuu

    ReplyDelete
  4. Murahnya udang tu. Besar pulak tu

    ReplyDelete
  5. Cantik kawasan dia.. boleh lepak dengan tenang sambil makan..

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)