Sunday, September 10, 2017

717#Love Note ~ Abah dan Kek Coklat


Hari Rabu minggu lepas, macam biasa abah datang ambil Hana kat tempat kerja. Biasanya janji nak jumpa depan Parkson KB, rupa-rupanya abah dah lama sampai sebab nak beli barang kat Giant. He bought a few things and then said he couldn't find chocolate powder for baking. Mulanya fikir abah nak beli to make chocolate drink, tapi ada rahsia lain di sebalik tu hahaha.

We went to Pantai Timor, a supermarket dekat area tu juga. Hana dah pelik bila abah tanya tepung kat rumah banyak mana, cari gula lagi. I asked him nak buat apa tapi abah senyum aje sorang sorang sambil baca something atas kertas.

I asked him again, abah just jawab "Just wait and see."

Okayyyy.

Lepas Isyak, tengok abah kat dapur dengan barang barang nak buat kek. Abah nak buat kek coklat yang guna resipi sukatan cawan. He asked me how much flour entitled to 1 cup and a quater. Lepas tu abah halau keluar dapur kononnya tak nak bantuan sebab nak buat sendiri :p

He blended all the mixture and asked me how to operate the oven. The recipe said the temperature should be around 180 degree Celcius but I said our oven would become too hot. Biasanya Hana paling maksimun guna 120 degree tak kiralah masa baking kek atau biskut. Pizza pun guna around tu juga. Tapi degilnya abah ni hahaha berkeras juga nak guna 180, tak nak percaya dengan anak dia ni lah ish sekeh kang. Tu pun abah tolerate nak guna 150 hahaha.

And then my younger sister called our home number. She took culinary and currently is in Kuantan for her practical. Bila Angah kata boleh guna sampai 100 degree aje barulah nak percaya. Ish ish ish geramnya. Selamat jugaklah kek tu daripada hangus terbakar. 



Abah's first time baking a cake was a success! Kek coklat tu lembap dan sedap. Gebu semacam. Tapi kita sebagai anak ni kenalah sabar dan tahan telinga dengar abah dok puji kek buatan abah tu memanjang. My aunt who is my abah's elder sister pun tak percaya abah buat kek hahaha ni kalau mama ada lagi mesti terkejut ni :p


Dan semalam bila dah sampai rumah, ada nampak sebiji lagi kek coklat atas meja. Abah cuba lagi hahaha kali ni lagi sedap dan moist, katanya kurangkan gula sebab sebelum ni macam agak manis. Okeylah, not bad.

And again, dok puji puji kek buatan sendiri. I just rolled my eyes hahaha tadahlah telinga dengar puji pujian tu semua.

So abah lepas pencen ni bolehlah buat bisnes kek pula hahaha. Dapat income lebih lagi selain daripada duit pencen. Bolehlah belanja kakak dan adik adik :p

Till then.
Wassalam.

8 comments:

  1. Bagusnya abah kak hana :D nampak sedap. Ayah izz memang tak la nak buat2 kek ni. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba sampai seru kot bila tengok anak dia ni asyik buat kek dan biskut aje hehehe :p

      Delete
  2. Wah.. Sedapnya.. Puas makan kalau buat sendiri kan hana.. Rajin ayah hana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la memang puas hehe Hana cakap lepas ni kena letak cream cheese topping, mesti lagi sedap :)

      Delete
  3. tengok gambar pun nampak sedap. hmm , kalau ayah kite memang sampai ke sudah laah tak jadi kek nyee .. hahahha

    setelah sekian lama tak blogwalking kesini. Baru ada masa nak nak jalan jalan sini. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana pun dah lama tak bw ke blog Kim Chaa :) baru aje aktif blogging balik ni

      Delete
  4. Hebatnya your Abah boleh buat kek yang gebu dan sedap. Tengok gambar pun dah tahu sedap tau. Bestnyaaaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak expect menjadi haha memang bangga abah Hana pastu

      Delete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)