Showing posts with label anime. Show all posts
Showing posts with label anime. Show all posts

Thursday, August 17, 2017

707#Love Note ~ Ran GIRL, Shinichi BOY: First Meeting


Rasanya hampir semua orang familiar dengan anime Detective Conan ni. Anime yang tak tau nak complete bila haha latest episode pun dah 870 and still counting. Zaman sekolah rendah lagi Hana tengok Detective Conan, stop tengok masa duduk kat asrama sebab tak sempat pun nak tengok even masa cuti.

Tahun lepas, awal 2016 tiba tiba I felt like rewatching DC. Hana tengok kat KissAnime, mula daripada episod 1. Rajin sangat ikut order guide sebab di antara anime ada OVA, anime special and movies. Bila ikut order guide ni rasa macam best sebab puas hati tak terlepas apa-apa even though I could just skip the fillers. Some DC movies are related to previous episodes walaupun content dalam OVA, anime special and movies aren't canon. I took almost five months tengok sampai Episode 792. Masa ni sebab dah tinggal sikit episod DC so I wanted to wait for a bit. Sekarang baru resume.

Today I wanna share about the first meeting of Ran and Shinichi. Mereka berdua tersangatlah comel! This happened way back when they were in a preschool. Shinichi baru pindah ke preschool yang sama dengan Ran. So this was the first time they met each other. 

Memories from Sakura Class: Episode 853 & 854

Their first meeting!

Little Sonoko ;)

So Shinichi suspected something about their teacher

Shinichi confronted Ran's bully haha

Comel hahaha


You were FOUR, Shinichi. And you read a book with difficult kanji? 

Oh yeah? So what is this? 




Eceh hahaha



Like seriously? You were four at that time and you already fell in love with Ran?

I just can't ignore their cute childhood. Young Schinichi was so cocky, I like him better as Conan sebab nak tak nak Shinichi kena berlagak comel masa dia jadi Conan kalau tak nak orang syak. Dah berapa kali hampir kantoi dengan Ran hahaha mahu kena karate nanti. 

Till then.
Wassalam.

Tuesday, July 2, 2013

519#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Psychic Detective Yakumo

*scheduled post - ditaip pada 30/6/2013*

Dah lama tak review anime. Kali ni nak review Psychic Detective Yakumo. CKJ dan Shar ada tanya, best tak anime ni? Best! :D


Anime 13 episod ni mengisahkan Saitou Yakumo, seorang pelajar universiti yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk halus. Yakumo dapat melihat makhluk halus menggunakan mata kirinya yang berwarna merah tapi dia tak ada kebolehan untuk exorcise them, Yakumo cuma boleh melihat dan berinteraksi dengan mereka sahaja. Biasanya Yakumo akan pakai contact lens untuk menyembunyikan warna mata kirinya tu.

Bergenre supernatural, tapi nak kata terlalu seram tu tak adalah. Kalau seram, mungkin Hana patut review untuk anime Blood-C kot. Sebab scene bunuh, hantu, monster semua tu memang nampak menyeramkan, tak padan dengan anime. He he :D


Kisah bermula bila Ozawa Haruka berjumpa dengan Yakumo untuk minta tolong Yakumo menyelamatkan rakan-rakannya yang dirasuk. Sejak hari itulah Haruka selalu berjumpa dengan Yakumo yang tinggal di bilik kelab perfileman di universiti.

Pada masa yang sama, kes demi kes terjadi yang kelihatannya melibatkan Yakumo. Ada seorang lelaki cuba memerangkap Yakumo untuk kepentingan dirinya sendiri. Dan Yakumo pernah diculik gara-gara lelaki tersebut. Yang paling mengejutkan identiti sebenar lelaki itu. Tak sangka lelaki misteri tu ada kaitan dengan hidup Yakumo.


Sedih bila tahu part ibu Yakumo pernah cuba nak membunuh dia beberapa tahun yang lalu. Ingatkan ibu Yakumo betul-betul bencikan dia, rupa-rupanya tak. Ada something yang terjadi sebelum ni. Nak spoil lebih-lebih tak bestlah pula kan :P Anime ni boleh masuk genre slice of life, family juga. Tambah-tambah kalau tengok hidup side characters yang lain :)


Tapi geram betul dengan Yakumo ni, sarkastik habis. Kesian pula dengan Haruka yang selalu jadi mangsa mulut laser Yakumo tu. Tapi comellah mereka berdua ni x) He he.


Silalah tonton kepada sesiapa yang berminat. 13 episod aje pun. He he :D

Till then.
Wassalam.

Saturday, June 15, 2013

506#Ai no Kotoba ~ Ber-anime Sepanjang TT


*scheduled post*

Dalam entri INI, Hana list-kan senarai stok tambahan untuk anime kan? :P He he.

Setakat ni yang dah habis ditonton ialah :


Katekyoushi Hitman Reborn



Psychic Detective Yakumo


Dalam proses ditonton :


Tonari no Kaibutsu-kun

He he :D

Nanti Hana buat review ^^

Till then.
Wassalam.

nota : Kepada sesiapa yang ada tanya di mana Hana tengok anime, Hana tengok di animeultima.tv . Bukan tengok, Hana just play video di situ untuk download dengan Real Player Downloader ;)

Friday, June 7, 2013

495#Ai no Kotoba ~ Stok Anime Sempena TT :P

*scheduled post*

Memandangkan technical training akan berjalan selama dua bulan, semestinya nak tengok TV susah kan? Tak payah mention pasal TV la Cik Hana oi~ Diri sendiri pun tak tengok TV hampir 2,3 bulan dah. Seems like I have a very bad relationship dengan TV tu (-__-). Masa kat kolej dulu, orang lain sibuk berkumpul nak tengok Setia Hujung Nyawa, Hana duduk aje dalam bilik. Roommate cerita pasal best SHN tu pun tak tertarik nak pergi tengok sama. Malas betul nak tengok TV.

Tapi anime wajib tengok! He he :P

Stok anime yang belum tengok ada lagi. But I had downloaded anime yang dah lama dalam list untuk di-download. Konon-konon nak tambah stok anime untuk ditontonlah ni :P

Yang Hana download sempena nak tambah stok anime :P :


Amnesia


Psychic Detective Yakumo


Tonari no Kaibutsu-kun


Kami-sama Hajimemashita (dah tengok awal-awal dah) Review SINI!


Katekyoushi Hitman Reborn (baru tengok sikit)

Campur dengan anime yang dah ada tapi belum tengok, tak tahulah sempat tak habiskan sepanjang technical training ni :P Sekadar untuk hiburan bila ada masa lapang ;)

Till then.
Wassalam.

Saturday, June 1, 2013

479#Ai no Kotoba ~ The Three Level of I Love You (Japanese)



Daisuki, aishiteru dan koishiteru. Apakah itu? Semuanya bermaksud I Love You in Japanese, tapi mempunyai makna yang amat berbeza. Level antara tiga I Love You ni tersangatlah berbeza.

Daisuki - diucapkan kepada kawan-kawan atau orang yang kita suka.

Aishiteru - diucapkan kepada kekasih kita, maksudnya lebih serius dan mendalam.

Koishiteru - diucapkan kepada kekasih/our spouse, the one we want to spend the rest of our life with. Amat bermakna berbanding dua di atas.

Japanese menggunakan setiap perkataan ini mengikut keadaan, mereka tidak sesuka hati mengucapkannya. Contohnya, ucapkan koishiteru kepada kawan kita. Yes. Memang kita suka dan sayangkan kawan kita, tapi koishiteru hanya sesuai diucapkan kepada pasangan hidup kita. 

Suki maksudnya suka. Ai maksudnya cinta. Koi juga membawa maksud cinta. Tetapi penggunaannya berlainan antara ketiga-tiga perkataan ni. 

Contoh :  
1. Manga ga suki = Saya suka manga.
2. Kazuto ga suki = Saya suka/cintakan Kazuto.
3. Kazuto ga daisuki = Saya cintakan Kazuto.

Ga merupakan partikel untuk menunjukkan perkataan dan sesetengah adjektif. Nampak tak Ai no Kotoba di setiap post title Hana tu? Ai no Kotoba = Words of Love, Love Words. No merupakan partikel kepunyaan. Partikel tu macam penyambung ayatlah.

Ada partikel ha(sebutan wa), ka, ni, kara dll. Kena bukak buku balik (-__-) Dah hampir tiga tahun Hana tinggalkan kelas Bahasa Jepun lepas MOE exam zaman Form 4 dulu (-__-) Penggunaan partikel ni ikut kesesuaian.

Enough dengan kelas Bahasa Jepun tidak bertauliah. 

Ketiga-tiga I Love You in Japanese tu tidak diguna pakai sesuka hati supaya maksud sebenar I Love You tu tak hilang. Tengoklah sekarang, ramai yang guna I Love You secara main-main sedangkan ianya antara perkataan yang amat bermakna. 

Ada pakar psikologi yang mengatakan zaman sekarang maksud sebenar I Love You seakan-akan sudah tidak membawa makna apa-apa kerana ramai yang gunakannya secara main-main. Ada baca artikel dalam sebuah akhbar :)

Hana suka koishiteru :P Khas untuk suami aje. He he.

Korang suka yang mana satu?

Till then.
Wassalam.

Wednesday, May 22, 2013

465#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Kami-sama Hajimemashita


Sejak akhir-akhir ni banyak betul Hana buat anime review. He he :D Memang mood tengok anime aje sekarang. Kali ni nak review satu anime romantic comedy. Tapi ada unsur supernatural dan misteri juga. Anime ni dah lama dalam list wajib tengok, tapi baru aje dapat tengok :P


Momozono Nanami seorang gadis malang yang dihalau keluar dari apartmentnya selepas ayah Nanami melarikan diri kerana berhutang banyak. Masa dia duduk di sebuah taman sebab tak tahu nak pergi ke mana, dia telah menyelamatkan seorang lelaki yang takutkan anjing :P Lepas tu Nanami dan lelaki tu borak, sempatlah Nanami ceritakan kisah malang dia.

Kemudian, lelaki tu kata dia akan beri rumah lamanya kepada Nanami, rumah yang telah dia tinggalkan selama 20 tahun. Sampai aje kat alamat yang lelaki tu berikan, Nanami terkejut sebab rumah yang dimaksudkan tu rupa-rupanya kuil Jepun yang lama. Apa lagi, anginlah dia sebab kena tipu!


Baru aje Nanami nak balik, dia dengar ada suara orang. Dalam kuil itu ada tiga orang, actually bukan orang pun :P Ada fox youkai (youkai = makhluk jahat yang ada spiritual power) dan dua spirits kuil tu. Rupa-rupanya lelaki yang beri rumah kepada Nanami tu namanya Mikage, tuan punya kuil tersebut. Fox youkai tu Tomoe dan dua spirits tu Onikiri dan Kotetsu.

Mikage pilih Nanami sebagai tuan punya kuil dan tiga ekor makhluk tu serta sebagai land god yang baru. Awal-awal memang Tomoe marah sebab dia tak terima Nanami, tapi Onikiri dan Kotetsu dengan senang hatinya terima :P In the end of episode one, terpaksalah Tomoe terima juga Nanami lepas mereka sealed a contract.

Sepanjang progress anime ni, Nanami kena berlatih sebagai land god yang baru. Walaupun Tomoe terpaksa terima Nanami tapi setiap kali Nanami diserang atau diculik, Tomoe sentiasa cari jalan untuk selamatkan Nanami. And Nanami jatuh cinta dengan Tomoe. Awal-awal lagi Tomoe reject Nanami sebab love between a human and a youkai is a taboo. Tapi, Nanami tetap dengan perasaan dia pada Tomoe.


Ada dua lagi youkai sebagai watak utama; Kurama Shinjirou the tengu youkai (tengu = crow goblin) yang dah lama hidup dalam dunia manusia dan merupakan penyanyi yang terkenal; dan Mizuki seekor ular putih yang merupakan penjaga Yonomori shrine. Tengok Tomoe, Kurama dan Mizuki bertekak memang rasa nak lempang aje. Ha ha :D Macam budak-budak. Nama lagi genre romantic comedy kan?


Anime ni 13 episod aje, tapi manga masih on going. Manga lebih detail daripada anime tapi puas hatilah tengok anime aje pun. Apa lagi ujian yang Nanami lalui untuk jadi the land god yang diterima oleh Tomoe? Macam mana dengan perasaan Nanami yang ditolak oleh Tomoe? Well, you should watch it kepada anime lovers yang tak tengok lagi :P

Till then.
Wassalam.

464#Ai no Kotoba ~ Wordless Wednesday : Is Downloading...



Till then.
Wassalam.

Tuesday, May 21, 2013

463#Ai no Kotoba ~ Harry Potter K-On! Style :D


Dalam entri INI, Hana dah tunjuk Harry Potter in anime form yang super cool kan? Kali ni nak tunjuk Harry Potter in anime form yang comel pula :)

Harry Potter K-On! Style! 

Kenapa K-On! Style? Sebab anime form mereka kali ni menyerupai anime K-On! yang comel tu :)









Comel kan? 

Tapi Hana lagi suka yang versi cool tu x) The Black Brothers are too hot! Ha ha :D

Till then.
Wassalam.

Broaden News