Tuesday, July 2, 2013

519#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Psychic Detective Yakumo

*scheduled post - ditaip pada 30/6/2013*

Dah lama tak review anime. Kali ni nak review Psychic Detective Yakumo. CKJ dan Shar ada tanya, best tak anime ni? Best! :D


Anime 13 episod ni mengisahkan Saitou Yakumo, seorang pelajar universiti yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk halus. Yakumo dapat melihat makhluk halus menggunakan mata kirinya yang berwarna merah tapi dia tak ada kebolehan untuk exorcise them, Yakumo cuma boleh melihat dan berinteraksi dengan mereka sahaja. Biasanya Yakumo akan pakai contact lens untuk menyembunyikan warna mata kirinya tu.

Bergenre supernatural, tapi nak kata terlalu seram tu tak adalah. Kalau seram, mungkin Hana patut review untuk anime Blood-C kot. Sebab scene bunuh, hantu, monster semua tu memang nampak menyeramkan, tak padan dengan anime. He he :D


Kisah bermula bila Ozawa Haruka berjumpa dengan Yakumo untuk minta tolong Yakumo menyelamatkan rakan-rakannya yang dirasuk. Sejak hari itulah Haruka selalu berjumpa dengan Yakumo yang tinggal di bilik kelab perfileman di universiti.

Pada masa yang sama, kes demi kes terjadi yang kelihatannya melibatkan Yakumo. Ada seorang lelaki cuba memerangkap Yakumo untuk kepentingan dirinya sendiri. Dan Yakumo pernah diculik gara-gara lelaki tersebut. Yang paling mengejutkan identiti sebenar lelaki itu. Tak sangka lelaki misteri tu ada kaitan dengan hidup Yakumo.


Sedih bila tahu part ibu Yakumo pernah cuba nak membunuh dia beberapa tahun yang lalu. Ingatkan ibu Yakumo betul-betul bencikan dia, rupa-rupanya tak. Ada something yang terjadi sebelum ni. Nak spoil lebih-lebih tak bestlah pula kan :P Anime ni boleh masuk genre slice of life, family juga. Tambah-tambah kalau tengok hidup side characters yang lain :)


Tapi geram betul dengan Yakumo ni, sarkastik habis. Kesian pula dengan Haruka yang selalu jadi mangsa mulut laser Yakumo tu. Tapi comellah mereka berdua ni x) He he.


Silalah tonton kepada sesiapa yang berminat. 13 episod aje pun. He he :D

Till then.
Wassalam.

4 comments:

Cik Kay Jue said...

thnks hana review... lama gak tggu hehehe.. insya Allah akan di bookmark anime ni.. nk tgk lps ckj da hbis MP.. >_<

Mizz Aiza said...

suka baca review hana..

AiSyA LiEzA said...

wahhh... nak cuba tgk laa.. :) msti bestt... entah2 akan jadi pemnt anime lak... heheh xD

Anna Nana said...

Bgos la tu..bertmbh peminat anime kt malaysia ni..

Post a Comment

Recent Posts