About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Saturday, November 24, 2012

350#Ai no Kotoba ~ Bawah dan Atas


Cerita tengah hari semalam. Jumaat. 23/11/2012.

Seperti biasa pada hari Jumaat, female students kat kolej ni akan ada sesi Bimbingan Puteri start pukul 12 PM sehingga selesai solat Zohor berjemaah kat Surau al Huda, surau tercinta kolej ini. Biasanya, kitorang akan tadabbur mana-mana surah pilihan dalam al Quran sebelum sambung dengan sesi tazkirah atau perkongsian ilmu. Tapi, untuk tengah hari semalam, berbeza sikit.

Masuk aje dekat ruang solat lelaki (diorang solat kat masjid luar), nampak an old lady kat ruangan imam. Dengan tubuh labuh dan baju kurung hijaunya. Okey, she's an ustazah. Boleh kata pangkat nenek kita. Panggil ustazah tu Mak Long, beliau kata umur 60 tahun. Dah bercucu. Kitorang pakat duduk ramai-ramai dekat Mak Long.

Mak Long ajar kitorang bab ambil wuduk dan solat. Mak Long kata, sesetengah orang zaman sekarang sangat kisah kalau anak-anak tak dapat straight As for SPM, tak dapat sambung study kat overseas, tak dapat kerja elok-elok. Tapi, sangat tidak kisah kalau bacaan solat anak-anak mereka tak betul, wuduk tak sempurna, baju pakai tapi telanjang. That's it. Realiti umat Islam zaman sekarang.

Kata Mak Long, beliau perlu ajar ilmu-ilmu agama dengan betul. Tanpa tinggal walau perkara asas dan sunat. Sebabnya? Mak Long tak nak Allah SWT tanya Mak Long nanti di akhirat kelak. Mak Long tak nak Allah tanya Mak Long kenapa tidak diajar ilmu Mak Long dengan sebetul-betulnya.

Setiap perkara perlu diajar even yang paling cikai sekali pun. Contoh mudah, bab wuduk. Wuduk itu sunat tetapi yang sunat itulah yang akan menjadi salah satu penentu sah atau tidak ibadah kita. Contoh mudah, untuk solat. Kalau wuduk tidak sempurna, solat juga tidak sempurna. Simple aje kan?

Ada orang yang tinggi ilmu agamanya, ibadahnya di dunia ini. Tidak kira pada zaman Rasulullah SAW, zaman para sahabat atau kini. Tapi, hanya kerana tertinggal perkara yang dianggap kecil seperti ini, seksaan Allah menanti mereka di akhirat. Nauzubillah. 

Mak Long bagi contoh lagi. " Kenapa lecturers tetap hantar anak-anak mereka ke sekolah even ilmu mereka dah sampai tahap Masters dan PhD? Kenapa tidak mereka aje yang ajar anak-anak mereka tu?"

Jawapan Mak Long, mudah aje. Kerana kita perlu bermula daripada bawah. Walau dalam apa jua hal, kita kena bermula daripada bawah. Tak boleh terus melompat ke atas. Begitu juga dengan soal kejayaan. Untuk berjaya, tidak kira duniawi atau ukhrawi, semuanya bermula daripada bawah. Daripada bawah, kita mendaki ke atas.

Just a simple thought. Kan?

Kadang-kadang, kita tak sedar. Kita mahu berjaya. Tapi malas berusaha. Kita tak boleh salahkan orang lain jika kita tidak berjaya. Tanya diri kita sendiri, adakah kita pernah berusaha? Pernah cuba untuk bermula daripada bawah? Adakah kita terlalu tamak untuk berjaya sehingga terus bermimpi untuk terus berada di atas?

Istana di awangan. 

Apa yang terjadi di sekeliling kita, boleh dijadikan sebagai pengalaman hidup. Kutip apa yang berguna. Tetapi yang tidak boleh digunakan itu boleh juga dijadikan sebagai panduan kita. Panduan untuk lebih berhati-hati. Jadi, ingatkan diri kita. Tak ada kejayaan yang akan terus datang melekat pada kita.

Semuanya bermula daripada bawah. Kan?

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Friday, November 23, 2012

349#Ai no Kotoba ~ Minggu Ketiga



Takde nilai artistik langsung post title tu (-_-) Lama termenung depan netbook ni semata-mata fikir tajuk. Last-last, ambil aje tajuk tu. Asal ada tajuk sudaaa.

Minggu ketiga semester 2. That's it. Tak lebih tak kurang. Even tak cukup tiga minggu betul-betul lagi. Baru 2 minggu 6 hari. Esok baru betul status cukup tiga minggu tu. Hoho~

Kay, rasa mengarut je permulaan tu (-_-)

Just wanna say hi to all the bloggers. Makin hari makin malas nak update blog sedangkan idea untuk new entry tu memanjang aje ada. Insya-Allah, Hana akan kongsi apa yang mampu dikongsi. Tolong doakan line kat sini laju jugak. Hee :D

Hari Selasa lepas, Hari Anugerah Pengarah sempena result Sem 1 FIST UniKL SPT 2012/2013. Alhamdulillah Hana tercalon juga even PNGK tu sipi-sipi aje 3.5. Bak kata Nad, lebih 0.01. Hehe :) But I'm glad. First time kot dapat anugerah camni. Hana bukan budak MRSM yang selalu ada event camni. Hee :D

Esok, plan nak pergi outing dengan Aini dan Nad. Misi utama : pergi gerai roti canai kat Pasar Sabtu Kuala Nerang~ then teman Aini pergi beli beg untuk adik dia.

Em, tu aje kot nak citer. Tak tahu nak citer apa daa. Tata!

Till then.
Wassalam.

nota : Tak sabar hari Khamis minggu depan! (>_<)

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Segmen Kenal-kenal Bersama Aisyah Humaira'

Dah lama tak join mana-mana segmen. Sibuk sibuk sibuk (>_<) Tambah-tambah dengan line yang makin slow kat sini. Sementara sempat ni, Hana nak join segmen Kak Niera ni :)


Nama Sebenar : Nurul Farhana bt. Mohd Zukri

Nama Panggilan : Hana, Farhana, Haruno Hana (nama pena novelis dan blog), kakak (family)

Asal Usul Nama Blog : Sempena nama pena novelis :)

Umur : 18 tahun (19 Ogos 1994)

Belajar Di Mana? : Kolej MARA Kuala Nerang 2012/2013

Jurusan Apa? : Foundation in Science & Technology - Science

Selamat berkenalan semua ;)


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Sunday, November 18, 2012

348#Ai no Kotoba ~ In Your Dream Dude!



Sempurnakan yang 5 wajib tu dulu sebelum nak sempurnakan yang 4 harus tu.
:P


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Friday, November 16, 2012

347#Ai no Kotoba ~ 2 Minggu Berlalu



Salam Maal Hijrah semua! Alhamdulillah. Tahun baru untuk kita umat Islam :) Rasanya dah dua minggu berlalu since my last post. Satu minggu sibuk dengan re-orientation dan satu minggu lagi sibuk dengan lecture + cuti yang tak habis-habis.

Selasa cuti Deepavali, Khamis cuti Maal Hijrah. Tiga hari aje kitorang ada lectures and tutorials. Tiga hari aje menuntut ilmu untu Sem 2 untuk minggu ni. Tu pun tutorials tak berjalan macam biasa. Hoo haa lagi dalam kelas tutorial :P Ha ha.

Hari Selasa tu ada gotong royong. Start around 8:45 AM, habis tak sampai pukul 10 AM. Yeehaaa! That's holiday! 

Cuti Khamis pula, memang boring tak tahu nak buat apa (-_-) Hari Rabu malam Khamis tu ada bacaan doa akhir tahun dan awal tahun kat Surau al Huda tercinta. Tapi berapa kerat orang aje pun yang datang. Semua pakat balik rumah. Hana je yang malas nak balik rumah sebab cuti 4 hari aje. 

Malam tu tidur kat bilik Aini sebab Intan ada program mentor mentee dengan semua classmates dia. Cikgu Aida bawak diorang pergi jalan-jalan dan tidur kat rumah cikgu. Balik malam ni rasanya. Tapi semalam tak tidur bilik Aini. Tidur sorang-sorang dalam bilik. Conquer empat katil single sorang-sorang. Banyaklah aku punya conquer-nya (-_-)

Yang ni pun kebosanan dah tahap apa dah. Hadap Chem sikit, hadap Math sikit, hadap Bio sikit. Buat research pasal projek Islamic Learning jugak. And now I feel sooooo boring! Urgh (-_-)

Tapi kan, tapi kan, sempat gak tengok Tangled dan The Smurfs :P Dua-dua sangat comel hoookayyy?

So, moral of the story, hargailah masa cuti dan sibuk anda. Peace!

Till then.
Wassalam.

nota : Sama-samalah kita berdoa agar laknat Allah SAW turun buat Yahudi Zionis laknatullah :'( Tak sampai hati tengok tubuh kecil hancur berkecai kerana dibom.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Saturday, November 3, 2012

346#Ai no Kotoba ~ Selamat Sampai



Alhamdulillah. Selamat sampai pukul 4:30 AM tadi. Bilik dah kemas. Baju dah siap gosok. Sekarang tengah tunggu roommate kesayangan (^_^)

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Friday, November 2, 2012

345#Ai no Kotoba ~ Bertolak Balik



Tup tup!

Cuti Sem 1 selama 5 minggu dah nak habis. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Masa mula-mula cuti hari tu, punyalah fikir bilalah nak balik kolej ni. Bukannya apa. Bosan. Tak tahu nak buat apa kat rumah. Last-last, banyak masa Hana habis dengan baca manga, tengok anime dan tengok Jdorama. Tadi pulak habiskan Arang & The Magistrate (^_^)

Hana balik kolej awal sehari. Sepatutnya balik esok, tapi sebab tak nak penat kalau sampai petang esok, Hana akan pergi malam ni. Bas pukul 9:30 PM. Lepas Isyak ni akan terus ke Tesco KB sebab naik kat terminal bas yang kat area tu.

Barang semua habis packing. Janganlah tertinggal satu pun yang penting. Dahlah semalam tidur dalam 3,4 jam aje. Bersekang mata betulkan slide Bio yang nak print untuk Sem 2. Ubah font, gambar, warna yang patut. 

Pukul 3 pagi baru siap. Pukul 7 pulak dah berchenta depan laptop dan printer. Hampir sejam nak siapkan print baki handout yang tak print lagi tu. Nak penuh satu cover kertas A4 yang boleh muatkan hampir 500 kertas tu. Huhu.

Harap-harap perjalanan balik kolej ni selamat. Insya-Allah ^^

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Thursday, November 1, 2012

344#Ai no Kotoba ~ Result Sem 1


Punyalah lama tunggu result untuk Sem 1 keluar, hari ni baru ada kat UniKL ECITIE. Sepatutnya hari Rabu lepas dah boleh cek, tapi entah kenapa hari ni baru UniKL relase result kitorang. Bukannya apa, semua pakat berdebar aje. Takut kalau-kalau ada yang kena kick out daripada program ni.

Alhamdulillah, semua lulus :) Bak kata Cikgu Zol Hamidy, our HEP, " Tak ada sesiapa yang kena kick out. Semua kick in." 

Tapi, walaupun semua lulus, ada juga yang akan tinggalkan kolej tu. Dua orang budak Sci dah fly ke Mesir untuk dentistry. Insya-Allah, ini pilihan yang terbaik untuk mereka. Study baik-baik, jangan leka. Jangan sibuk cari minah Arab kat sana jugak. Hee :D

Back to my result, alhamdulillah dapat apa yang Hana harapkan (^_^)


Takdelah tinggi macam kawan-kawan lain. Ramai sangat yang dapat tinggi daripada ni. Ada yang dapat 3.67, 3.92 dan 4.00. Seperti biasa, gred untuk Maths yang rendah sekali (-__-) Masuk Sem 2 ni kena berbaik-baik dengan Maths. Tak boleh layan dia macam anak tiri. Lagipun Sem 1 ni banyak jugak Hana main-main. Nampaknya kena kurangkan sikit main tu. Jezz.

Mula daripada sekarang, kena make sure diri betul-betul rajin dan study smart. Kena mula daripada awal kalau nak maintain 3.5 ke atas sampai Sem 3. Huhhhh. Mind set kena betulkan balik. Yalah, kalau masuk degree lagi kena struggle kalau nak dapat Dean's List kan?

Apa lagi yang kita nak bagi pada parents kecuali doa dan kejayaan kita. Kan?


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

343#Ai no Kotoba ~ Esok Jumaat?

Finding Nemo Is Back!


Sibuk betul packing barang untuk balik kolej esok. Macam tak caya yang cuti sem 5 minggu dah nak habis. Malam esok Hana akan bertolak balik ke Kedah. Sob3. Sengaja pergi awal sehari sebab tak nak letih kalau sampai petang Sabtu tu. Tak nak balik kolej boleh tak? Hee~

Bukan setakat kemas barang je, Hana dengan gigihnya print satu module topik-topik Biology Sem 2 start semalam. Tapi tak print semua lagi sebab Chapter 6,7,11 dan 12 tak upload lagi. Harap-harap Hadi upload hari ni jugak. Takdelah kelam kabut nak print esok. Masa dok kat rumah ni bolehlah manfaatkan printer yang ada. Tak payah sibuk nak pergi print kat Abi tu.

Masuk Sem 2 ni, memang makin sibuklah. Sebab projek-projek kitorang yang kitorang start masa Sem 1 kena present masa Sem 2. Projek research Bio dan projek invention untuk English. Cipta produk baru dan present dalam bentuk satu company. Huhu.

Finding Nemo Is Back!
Levi's GoForth!
Maxis Fibre Internet!
Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)