About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Wednesday, February 3, 2016

674#Love Note ~ [Review Buku] Gadisku, Wan Adnin


Sebab dah lama tak review buku tempatan, kali ni Hana nak review karya Noor Suraya berjudul Gadisku, Wan Adnin. Hana memang peminat buku-buku keluaran Jemari Seni (termasuk Jemari Seni Adiwarna). Sebelum ni pernah baca Jaja & Din karya Kak Su masa zaman sekolah menengah dulu. Jaja & Din memang best :) 



Read: From April 3 to 7, 2015
Rating: 4.8/5

cinta itu kurniaan Allah
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya

Wan Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Neneknya itu wanita aristokrat yang hidup dalam zaman yang salah. Dia mahu tentukan pasangan hidup Adnin. Dia mahu Adnin mendapat suami yang sedarjat. Satu per satu pinangan orang Wan Suhaidah tolak sehinggalah hadirnya Ahmad Akhtar...

Jadi apa yang Adnin pilih? Ikut rasa Tok Bondanya, atau ikut kata hati! Tapi kata peribahasa lama pula, ikut rasa... binasa, ikut hati... mati!


Adnin hidup menumpang kasih Tok Bondanya sejak dari kecil lagi. Tok Bonda memang asuh Adnin untuk jadi perempuan Melayu terakhir. Dengan sopan santunnya selalu berbaju kurung dan bertudung bawal, pandai hal-hal rumah tangga dan juga menekat benang emas. Tak pernah Adnin langgar kata-kata Tok Bonda walaupun dia selalu juga memendam rasa.

Bila timbul isu siapa yang layak menjadi suami Adnin, Tok Bonda memang tegas. Tok Bonda cuma mahukan lelaki yang berketurunan darah biru sama sepertinya juga. Bagi Tok Bonda lelaki daripada keturunan marhaen langsung tidak layak untuk Adnin walaupun Adnin lebih mementingkan hati budi. Bila Akhtar muncul, sekali lagi Tok Bonda cuba menghalang lelaki keturunan marhaen seperti Akhtar meminang Adnin. Tapi Akhtar bukan sebarangan lelaki. Tok Bonda tersilap langkah.

Masa baca buku ni, memang Hana rasa geram sangat dengan Tok Bonda. Tak kisah pun kalau Tok Bonda nak pentingkan adat dan tradisi, tapi bagi Hana patutnya Tok Bonda pentingkan perasaan Adnin sebagai cucu kesayangannya. Bukannya sebarangan memberi arahan yang memang Adnin tak akan bantah.

Selain Akhtar, Raja Izhar turut nak meminang Adnin. Tok Bonda memang berkenan pada Raja Izharlah sebab keturunannya. Walaupun Hana suka Akhtar dengan Adnin tapi Raja Izhar pun lelaki yang baik. Walaupun Tok Bonda yang memilih Raja Izhar, tapi kalau Adnin disatukan dengan Raja Izhar pun tak mengapa. Alahai. Akhtar dan Raja Izhar dua-dua lelaki yang baik :) Betullah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Adnin memang bertuah.

Pada masa yang sama, Adnin terjumpa surat-surat lama dari zaman Kedah berperang dengan Siam dalam teratak Tok Bonda itu. Rasanya kalau jelaskan lagi kisah Wan Yusuf penulis surat-surat itu lagi best :) Walaupun sekejap aje, tapi rasa sangat Wan Yusuf pernah hidup pada zaman perang Kedah-Siam itu.

Berbalik pada kisah Adnin, siapa sangka ada halangan besar untuknya disatukan dengan Raja Izhar. Semuanya berkaitan dengan kisah lama Tok Bonda dengansalah seorang ahli keluarga Raja Izhar. Adakah selepas semua ini, Akhtar mampu menawan hati Tok Bonda untuk membenarkan dia meminang Adnin pula? Bagaimana pula dengan Tok Bonda? Adakah beliau akan berubah? Boleh dapatkan buku ni kalau nak tau :p

Till then.
Wassalam.




Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

3 book page(s) ♥:

Kim Chaa said...

Karya noor suraya semua best ! Bahasa dia memukau jiwa .

Yoo ♡ said...

wah macam best lah nama watak2 dia. nampak agak klasik ekeke

Asha Lya said...

Peminat novel mlyu juga ya..byk koleksi

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)