About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Saturday, February 13, 2016

683#Love Note ~ Jamer Pergi Tak Kembali


12 Februari 2016.

Tak sangka pada tarikh 12 Februari ni, Hana ada satu kehilangan lagi. Tahun lepas, arwah Tok Wan Hana meninggal pada tarikh ni. Tahun ni pula, Jamer menyusul pergi pada tarikh yang sama. Tak tahulah apa yang boleh Hana cakap tapi terkejut dan langsung tak boleh terima bila housemates kata Jamer pergi sebab kereta terlanggar dia. 

Masa Jamer first time tinggal dengan kitorang.



Pagi semalam, macam biasa Hana bangun pagi beri Jamer makan. Macam biasa juga, bila Hana turun dari tingkat atas Jamer excited nak makanan dan ikut Hana ke dapur. Hana nak beri wet food, kononnya nak gemukkan dia lagi dan juga rasa bersalah sebab dua hari lepas dia membuang atas cadar housemate Hana, Hana yang basuhkan lepas tu macam merajuk sikit dengan Jamer sebab dia buat hal. Jamer excited sangat masa Hana letak wet food tu dalam bekas makanan dia. Dia siap berpaut kat tong gas, tengok kat Hana dengan bunyi meow dia tu. Bila Hana bawa makanan tu ke sangkar dia, dia mula berlari nak gigit gigit kaki pastu nak geselkan kepala.

Lepas Jamer makan, biasanya dia akan keluar dari rumah waktu pagi. Sebab kelas Hana pukul 10 pagi, Hana sarapan dulu. Ada bunyi Jamer bergaduh dengan kucing lain kat luar, tapi sebab dia tak masuk dalam rumah balik so Hana anggap dia tak apa-apa. Lepas tu Hana naik bilik sebab nak siap-siap pergi kelas. Tak sangka keluar aje dari bilik mandi tu, roommate Hana suruh Hana relaks dan kata Jamer dah tak ada. Jamer accident masa Hana naik tingkat atas. Housemates kata dia menggelupur lepas tu seorang housemate Hana pergi tenangkan Jamer, tunggu dia sampai dia dah tak ada. 


Malam pada hari Hana baru sampai Ahad lepas. Jamer jadi peneman sebab housemates keluar dan ada yang balik kampung cuti CNY

Hana turun bawah dengan rasa tak nak percaya. Hana keluar dari rumah tengok Jamer dibaringkan kat halaman rumah. Housemates Hana dah tutup dia dengan kain. Tubuh dia panas lagi masa Hana sentuh. Nampak darah kat bahagian kepala dan mulut dia. Hana menangis kat situ juga. Lembut sangat bulu dia. Sedih bila tengok ada semut kerumun Jamer. Hana ambil kolar dia, ada darah kat kolar tu. Syukur sebab anggota tubuh dia tak ada yang hancur.

Nak tak nak, Hana kena pergi kelas juga. Hana langsung tak boleh nak concentrate dalam kelas. Walaupun tak nak menangis tapi air mata tetap mengalir dalam diam. Lepas kelas Hana tak boleh terus balik, tunggu housemates jumpa FYP supervisors masing masing. Kat depan lecture hall tu jugalah berkali kali Hana usap air mata, teringat kat Jamer. Sebab kitorang lambat sangat, dua orang housemates Hana pergi kuburkan Jamer dulu. Kesian pula sebab makin banyak semut hurung Jamer.



Kubur Jamer


Balik aje dari kelas bila masuk rumah tu, sebak sangat bila tengok sangkar Jamer, bekas makanan Jamer dan tempat dia suka tidur. Housemates ajak pergi tengok kubur Jamer tapi Hana tak sanggup, tak sedia lagi nak pergi. Memang mengalir air mata bila baring dalam bilik. Asyik teringat kat Jamer aje.  

Apa yang Hana kesalkan, ada banyak benda lagi Hana nak buat untuk Jamer. Dahlah baru aje mandikan dia petang sebelum pagi dia accident. Malam tu, Hana tidur lambat. Entah kenapa rasa nak main aje dengan Jamer. Memang Hana spent masa main dengan Jamer aje sebelum tidur tapi masa pagi Hana beri dia makan tu, Hana tak peluk Jamer langsung, tak main langsung dengan dia. Tambah lagi lepas Jamer makan dia terus keluar dari rumah.

Tak sampai seminggu pun Hana jumpa Jamer lepas semester break hari tu, dia dah pergi. Kami jaga dia tak sampai empat bulan. He's family. Jamer bukan hanya seekor kucing tapi family kami. Yang selalu buat sebak sekarang ni bila duduk kat tingkat bawah sebab Jamer suka main kat situ. Masa Hana simpan pellet dia yang tak habis sebab nak cuci bekas makanan dia petang tadi, memang tak boleh tahan langsung sebak nak menangis. Rasa tak percaya Jamer dah tak ada. Walaupun mungkin ada kucing lain nanti tapi tetap tak boleh nak ganti Jamer. He's so special. 

The last picture of him yang Hana ambil dua tiga hari yang lepas

Sekarang Jamer dah tak ada untuk teman Hana stay up, dah tak payah tutup pintu dapur sebab nak elak Jamer main sampah, dah tak ada Jamer sambut setiap kali balik kelas atau bangun tidur. Jamer, thank you for the short moment of happiness. Hana harap sangat Jamer bahagia aje masa kami jaga dia. Tolong doakan kami. Insya-Allah, kita akan jumpa lagi.

May you rest in peace.

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

12 book page(s) ♥:

Tomodachi said...

Masha-Allah.. sabarlah kak hana.

intan safiya said...

Comellllnya jamer!! huhu saya yang takde kucing pun rasa sedih T-T

Eimma said...

kak ima pun leleh baca post ni :(

Ezza.Exxa.Ezza said...

sedihnyaa. me oso penah rasa benda ni. mebi ambil masa nak lupa. till now x sanggup nk bela sendiri.

Scya Lollita said...

sedihnyaaaaa :'(

Scya Lollita said...

x tau dah komen ke belum entri ni sebab rasa macam dah >.<
banyak sangat baca entri kucing mati :'(

Asha Lya said...

Tabahkn tapi hana ya..insyallah jamer menunggu hana d cna

Zizie Zack said...

saedihnya... be strong hana.. hensem jamer.. huhu

Kim Chaa said...

Sedihnyaaaa T__T
Walaupun saya takut kucing, tapi sedih jee baca entry niih. Cantik bulu dia.
Jangan sedih sedih tau, nanti dia pun sedih jugak .

Ana Fatihah said...

Sabar ye Hana..

Aqilah Azmi said...

oookay. TT_TT i cant. i want to skip the reading but i keep on reading. damn. tears streaming. haha.
i cried. literally.
thank you :D
hehe.
bye jamer.
im sososorry that he died.....
takpe, move on ok kak! jgn sesedih nnt ada la pengganti altho he can never be replaced. Okay okay? <3 hugs!!!!!!!!!!!!!

miss fifi said...

ahh sedihnya T.T inshaallah he's happier at where he at :)

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)