Monday, December 30, 2013

584#Ai no Kotoba ~ Final Exam Sem 1


Pejam celik pejam pejam celik dah nak habis satu sem dah Hana kat MESTECH ni. Insya-Allah, pagi esok akan bermula minggu peperiksaan akhir semester. Bermula 30 Disember hinggalah 7 Januari. Doakan Hana ya? Hee :)


Lepas buat lecturers' evaluations dan next sem subjects pre-registration barulah dapat slip exam. Buku panduan peperiksaan pun ada tau. Cuma malas aje nak baca :p


Insya-Allah subjek yang diperjuangkan *eceh* adalah : Educational Philosophy & Psychology, Tamadun Islam & Tamadun Asia, Human Anatomy & Physiology 1, Cell Biology dan Introductory Laboratory Science. Killer subjects : Human Anatomy & Physiology 1 dan Cell Biology. Ehem.

Doakan Hana dan kawan-kawan dapat menjawab dengan hati yang lapang. Hee :)
Tak sabar nak balik rumah!

Till then.
Wassalam.

Friday, December 27, 2013

583#Ai no Kotoba ~ Hai Si Kumbang~


Hai si kumbang~

Siapakah?

Bukan manusialah :p

Ni kat bawah ni :) 

Peneman setia di kaki Hana :p

Dua ekor kumbang besar~ He he :p

Close up sikit :p

Duo Kumbang : Comel tak kami?

Hee :p

Till then.
Wassalam.

Wednesday, December 25, 2013

582#Ai no Kotoba ~ Weekenders' Reach : Cook & Feed @ Rumah Anak Yatim Nasuha


15 Disember lepas, Hana join program Weekenders' Club :) Aktiviti amal di Rumah Anak Yatim Nasuha, Gombak.

Err... Apakah itu Weekenders' Club?

Kalau nak ikutkan description kat group :
          Weekenders ialah kelab untuk orang yg kerja keras pada weekdays dan ingin *enjoy Weekend dengan penuh osem! *yang syariah compliant :)

Ahli Weekenders' biasanya di-short form-kan sebagai Kender. Kepada sesiapa yang berminat nak join aktiviti Weekenders', anda boleh join group Weekenders' Club. Kalau ada program yang akan dijalankan, join aje. Nak masuk kelab ni tak perlu isi borang keahlian ke apa ke :)

Berbalik kepada tajuk, program di Rumah Anak Yatim Nasuha ni bukannya program amal yang biasanya pergi cuci rumah anak yatim tu, bukan. Kitorang pergi buat pancake sama-sama dengan mereka :) 

Mula-mula, ada Treasure Hunt. Tujuan utama untuk Treasure Hunt ni adalah untuk setiap kumpulan mengumpul barang-barang yang dikehendaki untuk buat pancake : telur, soda bikarbonat, tepung, esen vanila dll. Hana jaga checkpoint batu seremban. Yang menyedihkan Hana dah takde bakat nak main batu seremban. Nasib baik Iji yang jaga checkpoint sekali dengan Hana pandai main. Budak-budak tu semua terer main tau (T__T) Kalah yang dewasa ni.

Lepas kumpul semua bahan, bermulalah aktiviti masak-masak :p He he. Macam-macam bentuk pancake budak-budak tu buat. Mereka buat sendiri tau :) Sambil-sambil kitorang guide. Ceria betul mereka boleh cuba sesuatu yang baru :)




Ini Nadia. Budak yang paling pendiam sekali sepanjang aktiviti ni. Kecik aje orangnya. Hana ingatkan dia baru aje masuk rumah anak-anak yatim tu sebab tengok dia senyap aje, jarang senyum dan gelak rupanya dia dah lama masuk. Ada kakak yang kata Naufal tu abang dia. Naufal salah seorang penghuni rumah anak-anak yatim ni :)

Siap bawa buku resipi pancake! Hee :D



Menarik tak? Ada banyakkkkk sangat toppings yang Kenders sediakan :) Ada marshmallows, Hershey's Chocolate Syrup, whipping cream, sliced bananas, chocolate chips, strawberry jam etc!

Pancake kasih sayang :)

Sepanjang join aktiviti ni, banyak betul perkara yang boleh menginsafkan diri ni (T__T) Mereka semua kecik-kecik lagi tapi dah terpaksa hidup tanpa ibu bapa. Pakaian kebanyakannya lusuh. Alhamdulillah mereka boleh tersenyum gembira dan bergelak ketawa sesama mereka lagi :) 

Kita yang masih ada ibu bapa ni janganlah demand sangat. Syukur alhamdulillah sebab kita dapat merasa kasih sayang ibu bapa, tinggal serumah dengan mereka. Peringatan sesama kita.


Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Ini pancake Hana! Letak semua hampir toppings :p Tamak oh tamak. Hahaha :p


Till then.
Wassalam.

-scheduled post - ditaip pada 21/12/2013

Tuesday, December 24, 2013

581#Ai no Kotoba ~ [Book Review] Welcome to Rosie Hopkins' Sweetshop of Dreams

[edited: Dec 29, 2015] 

Truth to be told, I was attracted to this book due to its cover and the seduction of the idea of an old and traditional sweet shop. Welcome to Rosie Hopkins' Sweet Shop of Dreams was my first book of Jenny Colgan. I have become her fan since then ;)


Rating : 4.5/5

Were you a sherbet lemon or chocolate lime fan? Penny chews or hard boiled sweeties (you do get more for your money that way)? The jangle of your pocket money . . . the rustle of the pink and green striped paper bag . . . 

Rosie Hopkins thinks leaving her busy London life, and her boyfriend Gerard, to sort out her elderly Aunt Lilian's sweetshop in a small country village is going to be dull. Boy, is she wrong. Lilian Hopkins has spent her life running Lipton's sweetshop, through wartime and family feuds. As she struggles with the idea that it might finally be time to settle up, she also wrestles with the secret history hidden behind the jars of beautifully coloured sweets. Welcome to Rosie Hopkins' Sweetshop of Dreams - a novel - with recipes."


Comparing to Cupcakes at Carrington's, I found this book is more mouth-watering. The description of every traditional sweets in Lilian's old sweet shop made me craving for some sweets. You can't get enough with the sweetness!

Rosie Hopkins is a nurse in London when one day she is contacted to go to a small country village where her old Aunt Lilian live. Due to her old age, Rosie is asked to sort out her old sweet shop in Lipton. At first, Rosie only wants to quickly sell the place and return to London but the temptation of the sweet shop fails her. She begins to take over the sweet shop while taking care of her old aunt. The sweet shop has been through a lot, it is just a waste to sell it, right?

I love every character in this book, maybe excluding Gerard the boyfriend of Rosie. The village characters are quirky and I grew to love them. Aunt Lilian's grumpiness, Stephen's awful behaviour, Lady Lipton's eccentric ways and every villagers. I could not forget the time when Rosie goes to a farm. Hilarious!

Rosie's character has some flaws but she grows to be better. She knows what she wants to do even though sometimes her decisions aren't the best. Her efforts to bring back the glory of the sweet shop is no joke. She's no pro but she wills to learn.

In the meantime, Rosie learns Aunt Lilian's dark secret.

Till then.
Wassalam.

Monday, December 23, 2013

580#Ai no Kotoba ~ My Garden Angel~


Wangian (perfume) antara barang komestik/penjagaan diri yang menjadi wajib pada kebanyakan wanita. Sesetengah orang suka bertukar-tukar wangian, ada juga yang suka setia pada yang satu aje. Eceh :p

Kalau Hana, Hana tak kisah guna wangian apa asalkan baunya best dan lembut. Tak suka pada wangian yang agak keras baunya. Sebelum ni pernah guna Silky Girl True Love, Silky Girl Forget-Me-Not, One Drop Perfume Be Delicious by DKNY dll. Hana paling suka fruity and sweet scent :)




Garden Angel by Pucelle, 50 ml. Hana suka bau Garden Angel ni! Soft but sweet :) Beli dalam harga RM 17 camtu kat Watsons. Kebanyakan wangian macam ni biasanya harga atas RM 25 tapi wangian Pucelle ni bawah RM 20 aje. Murah dan bau wangiannya memang best! Sesuailah untuk yang masih belajar dan kena berjimat cermat gunakan duit :p He he.

Korang suka guna wangian apa? Yang mahal, murah atau tak kisah asalkan bau sedap? :)

Till then.
Wassalam.

Sunday, December 22, 2013

579#Ai no Kotoba ~ [Book Review] Cupcakes at Carrington's

[edited: Dec 28, 2015]

It has been a while but I still want to review this debut novel of Alexandra Potter ;) This book is not in my previous Big Bad Wolf stock but I bought it from DeBook Room. FYI, Cupcakes at Carrington's is the first book in Carrington's Department Store series. The other ones are Me and Mr. Carrington and Christmas at Carrington's. 




Rating : 4.3/5

Georgie Hart loves her job – running the luxury handbag concession at Carrington's Department store in the pretty seaside town of Mulberry-On-Sea, and treating herself (once too often!) to a red velvet cupcake with buttercream icing in Carrington's café.

But Georgie is thrown into disarray when Carrington's is plunged into a recession-busting makeover, cueing the arrival of femme fatale Maxine, who wields the axe in her immaculately-manicured hands.

It spells a recipe for disaster for Georgie and soon she is fighting not only for her job, but also for the attentions of her gorgeous boss, James. And when hot newcomer Tom arrives, who may or may not be the best thing since sliced bread, Georgie must decide where her loyalties really lie…


This mouth-watering story tells the daily life of Georgie who works at Carrington's Department Store. She loves Carrington's due to her memory as a little girl coming to the store with her late mother. Carrington's has her own share of golden days but nothing anymore in recent year. Georgie works harder when Maxine the femme fatale comes with the purpose to bring Carrington's back to her former glory. At the same time, a guy named Tom comes and works at the old department store too.

The strained relationship between Georgie and her father would be revealed sooner or later. When I was reading this book, I was wondering why her father kept a distance with her own daughter. The ending is good and I couldn't get much of sweetness of the cupcakes made by Georgie's best friend ;)

Is Maxine came with one purpose only? Who is Tom? Could Carrington's become a big name again? I was entertained enough with Alexandra Potter's writing. It was a light reading, suitable for readers who wanna switch from heavier reads for a moment.

Till then.
Wassalam.



Saturday, December 21, 2013

578#Ai no Kotoba ~ Fly Dove, Fly


Buat watermark baru! :D

Yang bawah ni yang lama punya.



Kat bawah ni yang baru punya! Simple aje :) Hee!


Suka tengok flying dove tu :) Freedom!

Till then.
Wassalam.

Sunday, December 15, 2013

576#Ai no Kotoba ~ Sleeping Face Mask Satu Ringgit


Pernah jumpa tak sleeping face mask yang harganya cuma RM 1? Ala, sleeping mask yang biasa pakai untuk rawat kulit muka tu.

Tengok gambar kat bawah :)


Ni dia sleeping face mask RM 1! Jenama Savee, came from Singapore. Hana kirim satu aje masa housemates nak keluar. Housemates Hana beli kat The Mines. Ada macam macam jenis lagi face mask. Dan sebab Hana tak tau nak kirim face mask apa Hana bagi mereka aje buat decision and then diorang tolong belikan yang ni untuk Hana :)

Nak try pakai sebab tak pernah pakai lagi sebelum ni :p Alang alang harga murah bolehlah try sekali. Sebelum ni pun housemates dah pernah pakai jenama ni.

Memandangkan tuan empunya badan rasa nervous semacam masa nak pakai sebab takut ada side effect, amik masa jugalah nak pakai benda alah ni. Hana pakai before tidur. Bersihkan muka dengan air bersih and then terus pakai sebelum tidur. Rasa sejuk aje pakai face mask ni, dahlah ada bau wangi epal x)

Bila bangun pagi tu, voila! Rasa best aje kat muka ni. Rasa lembap dan segar. Tak menyesal beli dan cuba face mask ni.

Anda anda semua bolehlah cuba beli :) Kat KL Sentral pun ada. Dah alang alang harga RM 1 tu bolehlah borong banyak-banyak. Buat stok sementara harga murah :)

Till then.
Wassalam.

Thursday, December 12, 2013

575#Ai no Kotoba ~ Mengenai Tempahan Edit Blog


Selamat tengah hari :)

Anda semua dah pergi Big Bad Wolf? Hee :p Demam BBW Hana tak habis lagi ni. Rasa nak pergi bertapa kat situ aje sampailah pukul 9 PM 15 Dis nanti.

Hana ada terima dua, tiga soalan pasal tempahan edit blog. Sebenarnya, sekarang ni Hana tengah sibuk dengan final, insya-Allah akan bermula 30 Dis sehingga 7 Jan. Jadi buat sementara ni Hana tak dapat ambil mana-mana tempahan.

Dan kat sini Hana nak beritahu, untuk edit full blog Hana kenakan RM 5 - RM 15 bergantung pada permintaan nak edit macam mana :) Hana ambil murah aje sebab Hana tak reti nak letak harga :p Daripada header kepada - semualah! Kepada sesiapa yang berminat boleh tengok antara hasil kerja Hana sebelum ni di SINI dan SINI. Banyak lagi yang Hana edit sebelum ni cuma lupa lepas dekat label apa :p

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah PM Hana di SINI. Mari mari tempah pada saya~ 

Hee :p

Till then.
Wassalam.

Sunday, December 8, 2013

574#Ai no Kotoba ~ Hasil Buruan Bersama-sama Serigala Jahat

Yuhuuu!

Ehem. Abaikan.

Mood tengah gembira sebab dapat juga jejakkan kaki ke MIECC untuk join Big Bad Wolf akhir tahun ni.

Alhamdulillah :)

Banyakkkkkkkkkk sangat buku dan semuanya murah-murah. Kebanyakan pengunjung bawa luggage, kotak atau troli semata-mata nak borong buku banyak-banyk x) Hana sendiri bawa luggage untuk memudahkan diri sendiri bawa buku-buku tu semua. Tapi Hana bawa luggage kecik aje la :p Hee.


Kat atas ni antara buku yang Hana beli kat BBW. Tapi Hana beli 8 buah aje, including Neesa kecik's books. Yang lain tu semua buku yang Alah kirim. Fulus tak berapa nak ada :( Tambah tambah dekat nak habis sem ni. 

Eh. Ada kaitan ke?

Ramai sangat orang kat BBW. Macam macam ragam boleh tengok. Rambang mata nak tengok semuaaaaaaaa buku yang ada kat situ. From general fiction, romance, young adults, cookery, self-help, architecture and design, junior readers, gardening to pet-lover (memang rasa nak sebut semua genre yang ada kat BBW la kan) :p

Emcee BBW kelakarlah, nak tergelak pun ada masa beliau announced pasal hilang barang atau lost children. Lost mom pun ada tau :p At least entertained la sikit. BBW crews banyak membantu kalau lost sangat dalam dunia BBW tu sampailah tak tau nak tuju mana :p



Buku-buku untuk Neesa. Budak kecik tu dah sibuk tanya bila Hana nak balik. Awal tahun depan baru boleh jumpa ya budak :p Sabar sikit.

Kat BBW juga ada charity event, dengan maskot utamanya Red Readerhood. Charity event ni collaborate dengan The Budimas Charitable Foundation; pasal children book donation. Kita beli mana-mana buku kat bahagian Too Precious : Red Readerhood dan buku yang kita beli tu akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim.

Every child deserves the joy of reading - Lil Red

Sambil berbelanja, bolehlah beramal sekali :) 


Kepada penggemar buku, memang wajib korang pergi BBW ni ;) Banyak sangat pilihan buku yang menarik.

Till then.
Wassalam.

Saturday, December 7, 2013

573#Ai no Kotoba ~ Sara Skirts @ The Minn's Collection


Kepada kaum Hawa di luar sana, anda penggemar skirt? Sukakan gaya feminin dengan skirt labuh yang anda gayakan tetapi kadang kadang skirt itu agak jarang dan tidak menarik? Apa kata anda terjah page The Minn's Collection untuk melihat koleksi Sara Skirts.

Ehem.

Dah, cukup dengan gaya formal pelik kat atas tu :p


The Minn's Collection (TMS) ni milik sahabat Hana zaman sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Beliau baru mula berniaga. Produk pertama yang ada di page beliau adalah Sara Skirts iaitu thick lycra pleated skirts yang terdiri daripada 13 pilihan warna. 13 PILIHAN WARNA! Bukan satu atau dua aje hookayyyy :p He he.


Flowy, tidak jarang dan banyak pilihan warna yang menarik adalah antara daya penarik Sara Skirts kepada penggemar-penggemar skirt labuh di luar sana. Lai lai, mari beli mari beli :D Boleh mix and match dengan blaus dan kemeja yang dah ada dalam almari tu ;) Boleh gayakan ke kelas, masa outing dengan kawan-kawan atau semasa menghadiri majlis-majlis keramaian.


Kepada yang berminat nak menjadikan salah satu (atau lebih) Sara Skirts sebagai tambahan di wardrobe anda, anda boleh terjah sendiri di The Minn's Collection atau contact empunya TMS ni sendiri, sama ada melalui FB atau WhatsApp :) Info boleh tengok dekat gambar yang kedua tu.

Personal FB : Athirah Abdul Sattar 

Jangan lupa terjah!

Till then.
Wassalam.

Friday, December 6, 2013

572#Ai no Kotoba ~ Banjir


Isu banjir terutama di Kuantan dan Kemaman memang banyak di FB sekarang. Kesian dengan mangsa banjir, terutama warga emas dan kanak-kanak yang kesejukan di pusat pemindahan. Ada yang kena berpindah sekali lagi sebab pusat pemindahan yang asal dinaiki air.

Alhamdulillah kawasan rumah Hana tak pernah banjir walaupun dekat dengan kawasan Pasir Mas yang selalu banjir kalau musim tengkujuh macam ni :)

Dalam rumah (hostel) Hana ada sorang asal Kemaman. Kesian Rafee sebab kawasan rumah dia banjir. Cuma sekarang family dia kat hospital memandangkan ibu dia masuk hospital sebelum banjir. 

Harap harap kerajaan lebih peka dengan isu banjir ni. Katanya Malaysia negara terbaik uruskan mangsa banjir kan? Kalau dapat buat macam negara Jepun dan Thailand yang sediakan khemah plastik (yang comel kalau tengok Jepun punya) lebih elok. Dapat jaga privasi mangsa-mangsa banjir sedikit sebanyak.

Sudah sudahlah dengan perang politik. Waktu macam ni lah YB setiap kawasan patut turun padang dan usahakan yang terbaik untuk mangsa-mangsa banjir di kawasan jagaan mereka.

Jangan lupakan mereka dalam setiap doa kita :)

Till then.
Wassalam.

nota : Tak sabar nak pergi Big Bad Wolf esok x) Insya-Allah kalau takde aral melintang ;)

Broaden News