Popular Posts
Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts
Wednesday, November 13, 2013
Thursday, October 31, 2013
566#Ai no Kotoba ~ Wishlist : How to Fall in Love?
Synopsis :
She has just two weeks. Two weeks to teach him how to fall in love – with his own life.
Adam Basil and Christine Rose are thrown together late one night, when Christine is crossing the Halfpenny Bridge in Dublin. Adam is there, poised, threatening to jump. Adam is desperate – but Christine makes a crazy deal with him. His 35th birthday is looming and she bets him she can show him that life is worth living before then.
Despite her determination, Christine knows what a dangerous promise she’s made. Against the ticking of the clock, the two of them embark on wild escapades, grand romantic gestures and some unlikely late-night outings. Slowly, Christine thinks Adam is starting to fall back in love with his life.
But has she done enough to change his mind for good? And is that all that’s starting to happen?
One of my favourite English authors! Can't wait to grab this!
According to MPH, harga novel ni RM 64.50, tapi kalau beli online dapat discount 20%. Harga RM 51.92. Takde duit lagi nak beliiiiii (T__T)
Kepada peminat Cecelia Ahern, jangan lupa dapatkan her new novel :D
Till then.
Wassalam.
Sunday, May 12, 2013
439#Ai no Kotoba ~ Siapa Ingat Novel Ni?
Novel Prisoner of Zenda karya Anthony Hope!
Rindu sangat dengan novel ni :D Hana belajar English Literature zaman Form 3 dulu belajar novel ni. Novel yang memang banyak kali Hana ulang baca sepanjang tahun 2009 tu sebab best sangat! Novel ni genre historical romance and adventure.
Oh ya! Kenapa ya novel ni still ada dengan Hana? Adakah Hana tak hantar?
Jawapannya, sudah semestinya tidak. Hana dapat novel ni masa tolong Cikgu Naeimah dan junior kemas bilik buku teks lepas SPM dulu. Masa tu pengetua baru tugaskan Cikgu Naeimah sebagai guru bilik buku teks. So memang banyak buku-buku yang dah tak akan guna sebab masa tu dah nak start belajar dalam Bahasa Melayu balik. Buku-buku untuk English Literature pun tukar baru juga.
So, kami kemaskan bilik buku teks tu dalam masa 2,3 minggu dengan budak-budak PBSM lain. Cikgu Naeimah tu guru penasihat PBSM kami :) Okey, dah lebih topik. Konklusinya, Hana dapat buku ni masa sesi kemas buku tu. Dah cikgu beri permission, ambil ajelah daripada bazir macam tu aje! Sayangnya tak ada buku Phantom of the Opera.
Sunday, April 28, 2013
417#Ai no Kotoba ~ Cover e-Novel 464 Untuk Nini
Comel tak? He he he :3
Yang ni cover terbaru untuk e-novel 464 Untuk Nini di blog e-novel Hana. Blog Colours ~ Melody and Harmony yang merupakan blog pertama yang Hana create tahun 2009 dulu :)
Tajuk asal e-novel ni panjang sangat :P He he! 464 + 143 = Naj + Nini. So, Hana tukar tajuk dan buat cover baru. Jadilah 464 Untuk Nini :3 Pendek kan? Previous title tu panjang sangat lorh. Ho ho ho!
E-novel ni mengisahkan si Najwan Faqqimi (sila Google Mukai Osamu :P) yang menjaga anak saudara sejak kematian adik kembarnya, Najwa Sofia sehingga tidak mempedulikan mengenai cinta dan perkahwinan. Auni Ammaleeyna (sila Google Han Hyo Joo :P) ni pula si heroine yang tidak pernah bercinta juga. Citer punya citer punya citer, kahwinlah mereka dua ni :)
Tapi part yang Hana nak tekankan lepas diorang kahwin. Sengaja cipta watak seorang lelaki yang penyabar seperti Najwan dan si gadis yang periang seperti Auni :) Sampaikan Hana jatuh cinta dengan watak yang dicipta oleh Hana sendiri :P Ha ha ha!
Sekarang baru upload Prolog dan Bab 1 aje di blog e-novel.
Prolog. Klik SINI.
Bab 1. Klik SINI.
Sneak peek untuk Prolog.
Selamat tinggal, Najwa Sofia. Along janji,
Along akan jaga anak Wawa seperti anak Along sendiri. Itu janji Along untuk
adik Along. Terima kasih Wawa, selama ini, sudi jadi adik Along. Selamat
tinggal.
Sneak peek untuk Bab 1.
“ Awak dah bagi wrong information kat saya tadi. Bos awak kata dia dah datang awal
pagi lagi,” tutur lelaki itu mengenai pertemuan mereka awal pagi tadi. Senyuman
tetap terukir pada wajah bersih itu.
“
Err…” Auni dah tak tahu nak kata apa.
Kawan bos ni marah aku ke? Muka senyum bagai aje ni.
Yang ni special! Masa Najwan lamar Auni!
Sneak peek masa Najwan lamar Auni :3
“ Baiklah, baiklah. Sekarang, saya ada dua options untuk awak,” kata Najwan selepas
menyedari tahap kebengangan Auni sudah bertambah. Auni sudah menarik senyum.
Tentu salah satu pilihan itu akan berpihak kepadanya.
“ So, tell me the options,” kata Auni
tidak sabar-sabar. Najwan tersenyum. Siaplah dia ni.
“ Okay, I’ll give you two options. First, be
mine. Second, make me yours,” kata Najwan selamba. Auni sudah jatuh rahang
sebaik sahaja kedua-dua pilihan yang dinyatakan oleh Najwan didengari dengan
teliti.
“ Awak..”
Auni kematian kata-kata. Tak adil! Berat sebelah!
Najwan
mengukir senyum dengan muka tenang tanpa riak bersalah. “ See? I’m giving you two choices? Awak nak pilih yang mana satu?”
Sudi-sudikanlah membaca dan memberi komen anda kepada sesiapa yang gemar membaca novel itu ^^ Enjoy reading!
Till then.
Wassalam.
Saturday, April 27, 2013
415#Ai no Kotoba ~ Writer's Fact : Surviving Your Relationship With A Writer :P
Wednesday, April 24, 2013
412#Ai no Kotoba ~ Ada Nak Exchange Link E-novel?
Lelaki dalam gambar ni Fatih Seferagic, bukan Zain Saidin :)
Fatih Seferagic lebih handsome, lebih muda dan lebih soleh daripada Zain Saidin.
Kurang-kurang Fatih Seferagic ni hafaz 30 juz Al Quran.
Zain Saidin ada? *statement sentap*
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Senyuman tidak lekang
daripada wajah bersih Fateh. Akhirnya dapat juga dia menarik nafas lega.
Lamaran sudah dibuat, sekarang dia perlu luangkan sedikit masa agar Aya
mengenali dirinya. Serta merta dia teringat akan ibu gadis itu. Pesanan yang
pernah wanita separuh umur itu berikan kepadanya lima tahun dahulu masih segar
dalam kotak ingatannya.
“ Kalau kamu
betul-betul ikhlas sayangkan anak mak cik, datang cari dia balik, bertemu
dengannya. Mak cik tak kisah kamu ambil masa berapa tahun. Selagi anak mak cik
belum kahwin, selagi perasaan kamu pada dia masih suci, datang cari dia balik. Insya-Allah,
kalau betul anak mak cik jodoh kamu, semuanya akan dimudahkan oleh-Nya.”
Fateh senyum lagi. Dia sudah kembali untuk menemui Aya
seperti mana nasihat ibu gadis itu. Perasaannya pada Aya kian bertambah, tidak
pernah berkurang walau sudah lima tahun dia tidak dapat melihat gadis itu di
hadapannya.
Insya-Allah, semuanya akan dimudahkan oleh-Nya.
“ Pasal abang Khaulah
tadi ya?”
Riak pada wajah Aya berubah terkejut. Cepatnya ibu dapat
teka?
“ Apa yang abang Khaulah cakapkan kat Aya?” Puan Aafiya
meneruskan soalan. Rambut Aya yang melindungi dahi diselit ke belakang telinga.
“ Dia…” Aya ketap bibir. Malunya! Ibu masih tersenyum
kepadanya, “ … lamar Aya.”
Alhamdulillah, ucap Puan Aafiya dalam hati. Ternyata anak
muda itu bersungguh-sungguh ingin memperisterikan Aya. Kata-kata yang pernah
Fateh ucapkan kepadanya pada hari terakhir lelaki itu datang melawat Aya
sentiasa diingatinya. Walaupun dia tidak begitu mengenali anak lelaki Puan
Yasmeen itu, tetapi Puan Aafiya tahu Fateh merupakan seorang lelaki yang baik.
Dan hari ini, anak muda itu datang menemui Aya kembali.
“ Insya-Allah, mak
cik. Saya akan cari Aya balik lepas saya pulang ke Malaysia. Dan, bila hari tu
dah tiba saya harap mak cik dapat berikan restu mak cik kepada saya untuk
memperisterikan Aya.”
“ Ada ke orang yang nak
jadikan gadis yang cacat macam Aya ni isteri?”
Air mata Aya berlinangan juga. Sudah lama dia menahan air
mata itu. Tangannya mengenggam pada paha yang ditutupi dengan kain tebal. Puan
Aafiya tergamam.
“ Kenapa cakap macam tu, sayang? Tak baik tau rendah diri
macam tu,” Puan Aafiya bersuara bimbang.
Inilah perkara yang ditakutinya sekiranya ada lelaki
datang melamar Aya. Tentu Aya akan menjadikan fizikalnya yang lumpuh separuh
badan sebagai alasan untuk tidak menerima lamaran itu.
“ Sanggup ke dia layan Aya hari-hari? Ibu kan tau, Aya
tak suka susahkan sesiapa. Cukuplah Aya susahkan ibu, Ami dan Mak Cik Nani aje.
Aya takut ibu… Aya takut kalau suatu hari nanti, dia akan buang Aya lepas dia
bosan dengan Aya.”
Air mata Aya semakin lebat mengalir. Puan Aafiya pantas
bangun lalu dia memeluk tubuh kecil anaknya. Tubuh Aya menggigil dalam
pelukannya. Pelukannya semakin dieratkan.
“ Sayang…” Rambut panjang mengurai Aya yang dibiarkan
lepas bebas diusap, “ … ibu kenal abang Khaulah. Dialah lelaki yang selamatkan
Aya dari kemalangan tu. Dia jugalah yang sanggup bersusah payah datang ke
hospital setiap hari untuk tengok Aya walaupun Aya masih koma sebab kemalangan
tu.”
Tuesday, April 23, 2013
411#Ai no Kotoba ~ Sneak Peek Bintang Timur Untukku
Senyuman terbit pada wajah Fateh. Dia melihat kepada gambar gadis itu yang diambil secara tidak sengaja. Mungkin ini tuahnya. Tuah untuknya sebelum berangkat ke luar negara dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
Bam!
Bunyi dentuman di luar Teratak Kasih mematikan senyuman Fateh. Teragak-agak dia mengangkat wajah sebelum dia disambut dengan sesuatu yang mengerikan. Susuk tubuh seorang gadis sedang terdampar di atas jalan raya. Tubuh itu berlumuran darah. Kereta hitam tadi sudah laju meninggalkan tubuh kaku itu.
“ Aya Sofia!”
Aya Sofia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bunyi notifikasi pada telefon bimbitnya menarik perhatian Khaulah. Dia tersenyum meleret saat membaca sebuah mesej yang diterima daripada seseorang. Aya langsung tidak perasan dengan tingkah Khaulah yang sedang tersenyum simpul.
She looked safe and sound. I wish I could be home soon.
Mesej itu segera dibalas. Sesekali mata Khaulah singgah pada Aya yang sedang melayan kanak-kanak di sekitar mereka.
Come home soon. Adik tahu Angah nak sangat jumpa dia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Kau nak beli untuk siapa?” Syamir bertanya. Dia sudah puas membeli apa yang diingininya dari kedai itu.
“ Family aku, kawan-kawan..” Tumpuan Fateh lebih kepada cenderamata di hadapannya berbanding Syamir di sebelah. Hasnun dan Indra turut mendapatkannya.
Indra tersenyum mengusik. Tangannya mencapai sebatang kayu panjang yang mempunyai ukiran dua bunga tulip sedang melingkari antara satu sama lain. Sebaris ayat turut diukir sama pada hujung kiri kayu panjang tersebut.
Ik hou van je.
“ Untuk bakal isteri tak nak beli apa-apa?” Mata Indra melirik kepada Fateh.
Fateh terkedu. Dia menarik senyum simpul. Wajah Aya terbayang dalam mindanya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suatu kerdipan bintang yang lebih terang daripada bintang-bintang lain menarik perhatian Fateh. Sejurus itu mindanya kembali menerawang memikirkan seorang gadis yang sudah lama bertakhta dalam hatinya.
Diakah bintang timur yang aku cari selama ini?
Fateh teringat akan suatu artikel yang pernah dibacanya bertahun-tahun yang lalu. Terlalu lama sehinggakan dia terlupa dari mana dia membaca artikel itu. Walau bagaimanapun, isi artikel itu terlalu bermakna baginya. Hati lelakinya tersentuh sebaik sahaja dia selesai membaca artikel tersebut.
Tu aje kot yang Hana nak kongsi *pekup muka malu* Selamat membaca! Sila doakan Hana berjaya siapkan BTU ini ya? Muchas gracias!
Till then.
Wassalam.
Monday, April 22, 2013
410#Ai no Kotoba ~ Bintang Timur Untukku #Random
Fatih Seferagic sebagai Al Fateh b. Fathurrahman.
Heliza Helmi sebagai Aya Sofia bt. Muhammad.
Siapa? Untuk apa?
Sekarang Hana tengah usahakan manuskrip ni :) Baru sampai Bab 6, muka surat 49. Dua orang ni bayangan watak oleh Hana aje. He he :D
Ingatkan nak tumpu pada yang ni aje. Insya-Allah. Kalau terkena writer's block untuk Bintang Timur Untukku, terpaksalah beralih kepada manuskrip lain pula.
Alhamdulillah. Setakat ni semuanya berjalan lancar. Cuma jari asyik sakit-sakit aje sebab tak biasa lagi guna on-screen keyboard. Hana guna on-screen keyboard masa nak guna spacebar aje :) Hee~
Terfikir untuk publish kat blog e-novel Hana lepas buat Bab 20. Insya-Allah. Sekurang-kurangnya ada banyak bab spare. Target kali ni lebih daripada 400 pages Microsoft Word. Insya-Allah.
Moga Dia permudahkan. Aamin.
Monday, April 15, 2013
400#Ai no Kotoba ~ Hlovate Is Back! The Anthem!
Judul : AnthemPenulis : HlovatePenerbitan : Jemari Seni Sdn. BhdHarga : Sem. Malaysia -> RM 24, Sabah/Sarawak -> RM 26
Hana start minat Hlovate ni lepas baca [tunas]. Masa tu tak publish lagi. Baca yang kawan Hana si Najwa yang dengan gigihnya pergi print daripada blog Hlovate sendiri. Sejak hari tu tangkap chenta dengan semua karya Hlovate. aA+bB, Gurindam Jiwa, 5 Tahun 5 Bulan, Contengan Jalanan, Versus, Ked's Story, Rooftop Rant. Memang minat semualah! :D
Mengikut Cik JS, Anthem ni boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 ni. Bagi yang tak dapat nak pergi, boleh order online start 26 April 2013 dengan JS sendiri. Jangan lupa dapatkan Anthem!
Si penulis misteri, Hlovate. I really love her novels! Yup! Hlovate seorang perempuan dan pernah menuntut di luar negara. JS sendiri ada beritahu yang Hlovate merupakan seorang perempuan cuma identiti sebenar masih lagi dirahsiakan. Hlovate is really inspiring!
Selain Anthem, boleh dapatkan Hlovatinta juga. Hlovatinta yang menghimpunkan kata-kata Hlovate. Memang suka dengan setiap quote Hlovate dalam novel-novel beliau. Too inspiring :)
Hlovatinta ni pula cuma RM 10 :)
Kepada peminat Hlovate dan peminat novel, jangan lupakan dapatkannya!
Till then.
Wassalam.
Friday, April 5, 2013
384#Ai no Kotoba ~ Teringinkan Second Baby :)
Saturday, March 30, 2013
374#Ai no Kotoba ~ Tiga Novel Baharu :D
Baru aje sampai. Hehe :D Thanks Kaki Novel for these free novels for every month. Dua gambar kat atas tulah gambar yang abah suruh check kat WhatsApp. Abah ni. Mengada betul (-__-) Hehe.
Alhamdulillah. Rezeki lagi untuk bulan ni :) Novel-novel yang sampai sebelum ni pun tak sempat baca semua lagi. Hana nak start dengan Cheese dulu. Tertarik sangat dengan novel yang ni. Insya-Allah, Hana akan buat review lepas ni.
Till then.
Wassalam.
Sunday, March 11, 2012
155#Ai no Kotoba ~ Sejenak Bersama Melur Jelita
Friday, March 9, 2012
150#Ai no Kotoba ~ Jom Jumpa Melur Jelita!
Thursday, February 16, 2012
101#Ai no Kotoba ~ Awak Suka Saya Tak?

Monday, February 13, 2012
99#Ai no Kotoba ~ Yay! Yay! Novel baru! :D

Sunday, February 12, 2012
97#Ai no Kotoba ~ Longing For These


Subscribe to:
Comments (Atom)