Showing posts with label my novella. Show all posts
Showing posts with label my novella. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

417#Ai no Kotoba ~ Cover e-Novel 464 Untuk Nini



Comel tak? He he he :3

Yang ni cover terbaru untuk e-novel 464 Untuk Nini di blog e-novel Hana. Blog Colours ~ Melody and Harmony yang merupakan blog pertama yang Hana create tahun 2009 dulu :)

Tajuk asal e-novel ni panjang sangat :P He he! 464 + 143 = Naj + Nini. So, Hana tukar tajuk dan buat cover baru. Jadilah 464 Untuk Nini :3 Pendek kan? Previous title tu panjang sangat lorh. Ho ho ho!

E-novel ni mengisahkan si Najwan Faqqimi (sila Google Mukai Osamu :P) yang menjaga anak saudara sejak kematian adik kembarnya, Najwa Sofia sehingga tidak mempedulikan mengenai cinta dan perkahwinan. Auni Ammaleeyna (sila Google Han Hyo Joo :P) ni pula si heroine yang tidak pernah bercinta juga. Citer punya citer punya citer, kahwinlah mereka dua ni :)

Tapi part yang Hana nak tekankan lepas diorang kahwin. Sengaja cipta watak seorang lelaki yang penyabar seperti Najwan dan si gadis yang periang seperti Auni :) Sampaikan Hana jatuh cinta dengan watak yang dicipta oleh Hana sendiri :P Ha ha ha!

Sekarang baru upload Prolog dan Bab 1 aje di blog e-novel.

Prolog. Klik SINI.
Bab 1. Klik SINI

Sneak peek untuk Prolog.

Selamat tinggal, Najwa Sofia. Along janji, Along akan jaga anak Wawa seperti anak Along sendiri. Itu janji Along untuk adik Along. Terima kasih Wawa, selama ini, sudi jadi adik Along. Selamat tinggal.

Sneak peek untuk Bab 1.

“ Awak dah bagi wrong information kat saya tadi. Bos awak kata dia dah datang awal pagi lagi,” tutur lelaki itu mengenai pertemuan mereka awal pagi tadi. Senyuman tetap terukir pada wajah bersih itu.

            “ Err…” Auni dah tak tahu nak kata apa. Kawan bos ni marah aku ke? Muka senyum bagai aje ni.


Yang ni special! Masa Najwan lamar Auni!

Sneak peek masa Najwan lamar Auni :3

“ Baiklah, baiklah. Sekarang, saya ada dua options untuk awak,” kata Najwan selepas menyedari tahap kebengangan Auni sudah bertambah. Auni sudah menarik senyum. Tentu salah satu pilihan itu akan berpihak kepadanya.

          “ So, tell me the options,” kata Auni tidak sabar-sabar. Najwan tersenyum. Siaplah dia ni.

          “ Okay, I’ll give you two options. First, be mine. Second, make me yours,” kata Najwan selamba. Auni sudah jatuh rahang sebaik sahaja kedua-dua pilihan yang dinyatakan oleh Najwan didengari dengan teliti.

          “ Awak..” Auni kematian kata-kata. Tak adil! Berat sebelah!

          Najwan mengukir senyum dengan muka tenang tanpa riak bersalah. “ See? I’m giving you two choices? Awak nak pilih yang mana satu?”


Sudi-sudikanlah membaca dan memberi komen anda kepada sesiapa yang gemar membaca novel itu ^^ Enjoy reading!

Till then.
Wassalam.



Wednesday, April 24, 2013

412#Ai no Kotoba ~ Ada Nak Exchange Link E-novel?


Gambar yang tak ada kaitan. Cuma suka dengan ayat tu :)

Hana dah bukak balik blog e-novel! Sini sini! Klik SINI! He he :D Untuk sesiapa yang minat baca novel onlinelah. Dah lama sangat tinggalkan blog tu. Penuh dengan sawang kot! K, hiperbola.

Ehem! Ehem!

Sebenarnya nak tanya, ada sesiapa nak exhange link blog e-novel korang tak? Sebab Hana baru aje ubah balik blog tu, so bloglist kosong. Untuk yang ada blog e-novel sahaja! Bukan blog personal. Blog e-novel + blog personal? 2 in 1? Boleh ajelah.

Kalau ada sesiapa yang nak, boleh letak link kat komen untuk entri ni. Syaratnya masukkan link blog e-novel Hana sekali tau? :) Link yang NI. Kepada yang rasa nak baca karya Hana yang tidak seberapa, bolehlah singgah ke blog Colours~Melody and Harmony :) Baru nak aktif balik aje lepas cleaning process. He he. Cleaning process lah sangat kan?

Nak kasi sneak peek untuk Bintang Timur Untukku lagi. Ter-excited! Alhamdulillah. Dah sampai Bab 10. Target Hana nak siapkan paling banyak dua bab aje sehari. Insya-Allah :) Ganbatte!

Lelaki dalam gambar ni Fatih Seferagic, bukan Zain Saidin :)
Fatih Seferagic lebih handsome, lebih muda dan lebih soleh daripada Zain Saidin. 
Kurang-kurang Fatih Seferagic ni hafaz 30 juz Al Quran.
Zain Saidin ada? *statement sentap*

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senyuman tidak lekang daripada wajah bersih Fateh. Akhirnya dapat juga dia menarik nafas lega. Lamaran sudah dibuat, sekarang dia perlu luangkan sedikit masa agar Aya mengenali dirinya. Serta merta dia teringat akan ibu gadis itu. Pesanan yang pernah wanita separuh umur itu berikan kepadanya lima tahun dahulu masih segar dalam kotak ingatannya.

            “ Kalau kamu betul-betul ikhlas sayangkan anak mak cik, datang cari dia balik, bertemu dengannya. Mak cik tak kisah kamu ambil masa berapa tahun. Selagi anak mak cik belum kahwin, selagi perasaan kamu pada dia masih suci, datang cari dia balik. Insya-Allah, kalau betul anak mak cik jodoh kamu, semuanya akan dimudahkan oleh-Nya.”

            Fateh senyum lagi. Dia sudah kembali untuk menemui Aya seperti mana nasihat ibu gadis itu. Perasaannya pada Aya kian bertambah, tidak pernah berkurang walau sudah lima tahun dia tidak dapat melihat gadis itu di hadapannya.

            Insya-Allah, semuanya akan dimudahkan oleh-Nya. 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Pasal abang Khaulah tadi ya?”

            Riak pada wajah Aya berubah terkejut. Cepatnya ibu dapat teka?

            “ Apa yang abang Khaulah cakapkan kat Aya?” Puan Aafiya meneruskan soalan. Rambut Aya yang melindungi dahi diselit ke belakang telinga.

            “ Dia…” Aya ketap bibir. Malunya! Ibu masih tersenyum kepadanya, “ … lamar Aya.”

            Alhamdulillah, ucap Puan Aafiya dalam hati. Ternyata anak muda itu bersungguh-sungguh ingin memperisterikan Aya. Kata-kata yang pernah Fateh ucapkan kepadanya pada hari terakhir lelaki itu datang melawat Aya sentiasa diingatinya. Walaupun dia tidak begitu mengenali anak lelaki Puan Yasmeen itu, tetapi Puan Aafiya tahu Fateh merupakan seorang lelaki yang baik. Dan hari ini, anak muda itu datang menemui Aya kembali.

            “ Insya-Allah, mak cik. Saya akan cari Aya balik lepas saya pulang ke Malaysia. Dan, bila hari tu dah tiba saya harap mak cik dapat berikan restu mak cik kepada saya untuk memperisterikan Aya.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Ada ke orang yang nak jadikan gadis yang cacat macam Aya ni isteri?”

            Air mata Aya berlinangan juga. Sudah lama dia menahan air mata itu. Tangannya mengenggam pada paha yang ditutupi dengan kain tebal. Puan Aafiya tergamam.

            “ Kenapa cakap macam tu, sayang? Tak baik tau rendah diri macam tu,” Puan Aafiya bersuara bimbang.

            Inilah perkara yang ditakutinya sekiranya ada lelaki datang melamar Aya. Tentu Aya akan menjadikan fizikalnya yang lumpuh separuh badan sebagai alasan untuk tidak menerima lamaran itu.

            “ Sanggup ke dia layan Aya hari-hari? Ibu kan tau, Aya tak suka susahkan sesiapa. Cukuplah Aya susahkan ibu, Ami dan Mak Cik Nani aje. Aya takut ibu… Aya takut kalau suatu hari nanti, dia akan buang Aya lepas dia bosan dengan Aya.”

            Air mata Aya semakin lebat mengalir. Puan Aafiya pantas bangun lalu dia memeluk tubuh kecil anaknya. Tubuh Aya menggigil dalam pelukannya. Pelukannya semakin dieratkan.

            “ Sayang…” Rambut panjang mengurai Aya yang dibiarkan lepas bebas diusap, “ … ibu kenal abang Khaulah. Dialah lelaki yang selamatkan Aya dari kemalangan tu. Dia jugalah yang sanggup bersusah payah datang ke hospital setiap hari untuk tengok Aya walaupun Aya masih koma sebab kemalangan tu.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesiapa yang berminat nak exchanged link blog e-novel masing-masing, komen URL blog e-novel korang ya? Terima kasih! ^^

Till then.
Wassalam.

Tuesday, April 23, 2013

411#Ai no Kotoba ~ Sneak Peek Bintang Timur Untukku



Selamaaaaaaaatttt pagiiiiiiiiii!

Okey, dah nak masuk tengah hari :)

Tak tahu nak update apa sebenarnya ni (-__-) So I decide to give a few sneak peeks of Bintang Timur Untukku. Erk.. malu *pekup muka*

Baru aje masuk pertengahan Bab 7. He he :D Manalah nak siap kalau tergoda dengan FB dan Twitter. Lagipun kawan-kawan pakat cuak dah tu. Tak lama lagi dah nak dapat result final exam Sem 2. Hana pun terasa cuak sekali. Ayoyoyo.

Ehem, ehem. Silalah baca sneak peeks pada yang sudi ya? He he. Insya-Allah Hana akan masukkan balik dalam blog e-novel Hana. Sekarang ni tengah privatekan blog tu buat sementara waktu. Hee~ :))

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senyuman terbit pada wajah Fateh. Dia melihat kepada gambar gadis itu yang diambil secara tidak sengaja. Mungkin ini tuahnya. Tuah untuknya sebelum berangkat ke luar negara dalam masa beberapa hari sahaja lagi. 

Bam!

Bunyi dentuman di luar Teratak Kasih mematikan senyuman Fateh. Teragak-agak dia mengangkat wajah sebelum dia disambut dengan sesuatu yang mengerikan. Susuk tubuh seorang gadis sedang terdampar di atas jalan raya. Tubuh itu berlumuran darah. Kereta hitam tadi sudah laju meninggalkan tubuh kaku itu.

“ Aya Sofia!” 

Aya Sofia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bunyi notifikasi pada telefon bimbitnya menarik perhatian Khaulah. Dia tersenyum meleret saat membaca sebuah mesej yang diterima daripada seseorang. Aya langsung tidak perasan dengan tingkah Khaulah yang sedang tersenyum simpul.

She looked safe and sound. I wish I could be home soon. 

Mesej itu segera dibalas. Sesekali mata Khaulah singgah pada Aya yang sedang melayan kanak-kanak di sekitar mereka. 

Come home soon. Adik tahu Angah nak sangat jumpa dia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Kau nak beli untuk siapa?” Syamir bertanya. Dia sudah puas membeli apa yang diingininya dari kedai itu.

“ Family aku, kawan-kawan..” Tumpuan Fateh lebih kepada cenderamata di hadapannya berbanding Syamir di sebelah. Hasnun dan Indra turut mendapatkannya. 

Indra tersenyum mengusik. Tangannya mencapai sebatang kayu panjang yang mempunyai ukiran dua bunga tulip sedang melingkari antara satu sama lain. Sebaris ayat turut diukir sama pada hujung kiri kayu panjang tersebut.

Ik hou van je. 

“ Untuk bakal isteri tak nak beli apa-apa?” Mata Indra melirik kepada Fateh.

Fateh terkedu. Dia menarik senyum simpul. Wajah Aya terbayang dalam mindanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu kerdipan bintang yang lebih terang daripada bintang-bintang lain menarik perhatian Fateh. Sejurus itu mindanya kembali menerawang memikirkan seorang gadis yang sudah lama bertakhta dalam hatinya.

Diakah bintang timur yang aku cari selama ini?

Fateh teringat akan suatu artikel yang pernah dibacanya bertahun-tahun yang lalu. Terlalu lama sehinggakan dia terlupa dari mana dia membaca artikel itu. Walau bagaimanapun, isi artikel itu terlalu bermakna baginya. Hati lelakinya tersentuh sebaik sahaja dia selesai membaca artikel tersebut.


Tu aje kot yang Hana nak kongsi *pekup muka malu* Selamat membaca! Sila doakan Hana berjaya siapkan BTU ini ya? Muchas gracias!

Till then.
Wassalam.

Monday, April 22, 2013

410#Ai no Kotoba ~ Bintang Timur Untukku #Random



Fatih Seferagic sebagai Al Fateh b. Fathurrahman.
Heliza Helmi sebagai Aya Sofia bt. Muhammad.

Siapa? Untuk apa?

Sekarang Hana tengah usahakan manuskrip ni :) Baru sampai Bab 6, muka surat 49. Dua orang ni bayangan watak oleh Hana aje. He he :D 

Ingatkan nak tumpu pada yang ni aje. Insya-Allah. Kalau terkena writer's block untuk Bintang Timur Untukku, terpaksalah beralih kepada manuskrip lain pula.

Alhamdulillah. Setakat ni semuanya berjalan lancar. Cuma jari asyik sakit-sakit aje sebab tak biasa lagi guna on-screen keyboard. Hana guna on-screen keyboard masa nak guna spacebar aje :) Hee~

Terfikir untuk publish kat blog e-novel Hana lepas buat Bab 20. Insya-Allah. Sekurang-kurangnya ada banyak bab spare. Target kali ni lebih daripada 400 pages Microsoft Word. Insya-Allah.

Moga Dia permudahkan. Aamin.

Till then.
Wassalam.

Wednesday, April 17, 2013

402#Ai no Kotoba ~ Gembiranyaaaa :D



Alhamdulillah!

Dua berita gembira kot. He he :D
Alhamdulillah, berjaya juga Hana siapkan manuskrip yang ingin dihantar ke Kaki Novel. Harap-harap dapat publish sebagai my second novel :) I put many efforts in this second manuscript. Insya-Allah. Kalau dah tertulis sebagai rezeki, manuskrip itu akan diterbitkan juga. Aamin.

Kedua, dah dapat balasan e-mel daripada Zalora! Ha ha :D Insya-Allah, dapat kupon RM 50 untuk dibelanjakan di Zalora. Lepas baca entry NI di blog Mama Mia, terus tertanya-tanya. Sebab makin lama makin ramai bloggers bercerita mengenai kupon RM 50 yang diterima daripada Zalora. Rupa-rupanya ini antara marketing strategy oleh pihak Zalora yang membabitkan para bloggers. 

Dah lama survey sehelai blaus ni kat Zalora. Insya-Allah, harap-harap adalah rezeki tu. He he :D

Till then.
Wassalam.

Friday, April 5, 2013

384#Ai no Kotoba ~ Teringinkan Second Baby :)



Alhamdulillah!

Hana cuma mampu tersenyum selebar-lebarnya sebaik sahaja masuk bab terakhir yang perlu dirombak :) Tak sangka, dapat siapkan proses rombakan pada malam ini juga. Malam Jumaat yang mulia :) Selepas tiga minggu berpenat lelah memerah otak untuk mencari idea sambil-sambil membuat rombakan pada manuskrip, selesai juga tugas itu dengan jayanya :D

Insya-Allah, esok Hana akan memulakan proses mengedit. Edit mana salah eja, tambah apa yang patut. Lepas betul-betul berpuas hati, barulah Hana akan hantar kepada pihak editor untuk proses penilaian. Harap-harap dapat green light daripada pihak editor untuk terbitkan baby kedua ni (T__T) Sob3.

Hana berharap sangat sebab Hana lebih berpuas hati dengan manuskrip kedua ni berbanding novel pertama Hana. Lagipun, masa zaman mengarang manuskrip untuk novel pertama tu, Hana main aci taram belasah aje. Sebab masa tu mengarang hanya untuk suka-suka. Budak yang kebosanan tak tahu nak buat apa lepas PMR tamat (-__-) Yeah, that's me.

Kalau boleh, tolonglah doa-doakan sekali untuk Hana ya? Minta-minta dilembutkan hati pihak editor tu untuk menerbitkan second manuscript ni :) Jealous bila tengok senior-senior dah banyak terbitkan novel-novel baharu. Hana pula baru terkial-kial nak siapkan second manuscript (-__-)

Oh ya, kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar manuskrip ke Penerbitan Kaki Novel, boleh e-melkan karya anda di hantarmanuskrip@kakinovel.com. Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh ajukan kepada admin e-mel itu atau pun terus PM kat Cik KN di FB Kaki Novel atau di Fan Page Kaki Novel.

Till then.
Wassalam.

Tuesday, April 2, 2013

379#Ai no Kotoba ~ Saya Gembira :)



Just a short entry to express my feelings right now :)

Alhamdulillah, selepas dua minggu lebih akhirnya semakin membuahkan hasil :)

Manuskrip asal : 52 bab, 336 muka surat.

Setakat ini selepas membuat sesi rombakan selama dua minggu setengah, Hana mampu menyiapkan sehingga 51 bab dan 311 muka surat :) Dan masih banyak lagi bab yang berbaki daripada manuskrip asal sebelum manuskrip itu benar-benar siap. 

Insya-Allah, kali ini lebih bermanfaat untuk diri sendiri dan rakan-rakan berbanding novel pertama. Tapi, manuskrip ini belum tentu akan diterbitkan juga. Persaingan terlalu banyak dan Hana sudah lama tidak menulis :) Walau apapun, hati ni nak sangat melihat novel terbaru nukilan sendiri di rak-rak buku. 

Teruskan berusaha, Nurul Farhana. Teruskan usaha anda dan bertawakal kepada-Nya. Jika benar tertulis rezeki untukmu, akan ada rezeki itu. Insya-Allah.

Till then.
Wassalam.

Saturday, October 20, 2012

329#Ai no Kotoba ~ Kerja Kerja Kerja



Dah lama kot kerja ni dibuat secara tak menentu. Masa zaman Form 3 dulu rela berjaga daripada tengah malam sampai Subuh sebab kerja ni. Kadang-kadang tak tidur seharian. Dengan PMR yang makin mendatang, kerja ni lagi mendapat tempat di hati. Sayangnya kerja ni terpaksa ditinggalkan bila PMR makin menjelang tiba dalam dua minggu lagi. Yang pastinya PMR tahun 2009.

Lepas PMR, kerja ni disambung lagi. Alhamdulillah kerja yang pertama siap pada hari Ahad minggu terakhir tahun 2009, seminggu sebelum tahun 2010 datang. Kemudian, kerja yang pertama itu berjaya menempatkan dirinya dalam satu dunia penulisan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Okey, okey, okey.

Kerja apalah yang Hana dok melalut dari tadi lagi ni? Sebenarnya, sejak masuk KMKN ni, masa untuk Hana menulis novel makin sikit. Kadang-kadang tak ada langsung. Masa cuti sekarang nilah Hana gunakan untuk tebus balik masa tu.

Sekarang Hana tengah tumpu pada next projek. Kali ni berjudul Restu Daripada Ummi. Insya-Allah, kalau editor berpuas hati, bolehlah dijadikan sebagai novel yang kedua :) Tapi, progress RDU ni baru aje sikit. Kali ni baru nak mula balik. Takpe kalau perlahan pun, asalnya hasilnya gempak! Kan?

Hajatnya nak promote RDU dalam blog. Self cover pun Hana ada buat. Hana jadikan RDU ni sebagai e-novel dahulu. Tapi versi yang belum editlah. Lepas siap, baru edit untuk dinilai oleh editor. Okeylah, see you soon. Nak tengok sampai muka surat berapa Hana dapat memerah otak untuk petang ni. ^_^

Till then.
Wassalam.

Thursday, April 5, 2012

221#Ai no Kotoba ~ Thanks LY Readers :'D


Entri kali ni khas untuk mereka yang menyokong Hana dalam dunia penulisan. Serius terharu! Walaupun novel pertama Hana sudah berada di pasaran sejak Disember 2010, tapi hingga kini ada yang masih memberi feedback. Yalah, baru baca kan? Tambah-tambah lagi bila rasa diri ni kecik macam semut aje kalau nak banding dengan novelis famous macam Kak Anita Aruszi, Kak Izza Aripin, Cik Kaseh Esmiralda, Kak Bikash Nur Idris, Kak Damya Hanna dll. Kat bawah ni antara komen mereka yang Hana hargai sangat-sangat :'D Ada lagi, tapi letak yang ni aje lah dulu. Tak nak entri jadi panjang sangat :) Tapi tak adalah sepanjang novelis lain. Kena tingkatkan lagi usaha! Ganbaru!




Tapi novel Hana ni seperti sesuai untuk remaja aje. Ha ha. Mana taknya, citer main belasah aje. Alhamdulillah , rezeki dapat publish. Terima juga pada Penerbitan Kaki Novel sebab sudi beri Hana peluang untuk bertapak dalam bidang ni walaupun karya pertama Hana tak sehebat novelis lain. Baru karya pertama tapi dah meletup-letup :D

Nak buat promo sikit ni, kepada sesiapa yang sudi boleh baca sedikit bab Lovin' You kat SINI. Nanti nak cerita pasal sejarah LY dan kenapa LY ni berkait dengan simfoni dan piano. Kalau korang tak nak baca, tak apa. Hana tau entri ni agak membangga diri. Boleh tekan [X] kalau nak (^.^)v

nota comel : Sesi blog review tinggal 3 sahaja lagi. Insya-Allah akan bersambung malam esok. Malam ni tengah sibuk siapkan order pelanggan, jadi terpaksa tangguh sehari. Nampak gaya kena buat autopublish post ni.

Friday, September 30, 2011

55#Ai no Kotoba ~ Poem, Dedicated by Sarah n' Zafirah :)

Assalamualaikum,


Recently, one from my juniors at Maher created a poem entitled Lovin' You
she said the poem was inspired by my Lovin' You
I feel glad and the poem is awesome too!
thanks Maysara Hashim and Zafirah Yasmin
;)


random. my new Berry Baby~ abah bought for me when he visited Cameron a week ago. thanks~


here the poem goes~



Lovin' You,
Pertama Kali Kita Bersua,
Jantungku Berdegup Kencang Melihatmu,
Aku Cuba Untuk Melawan Perasaan Ini,
Namun........
Alangkah Sedihnya Diriku Ini Tak Berdaya,

Lovin' You,
Hidupku Kini Semakin Ceria Bersamamu,
Setelah Sekian Lama Aku Dibelenggu Kesedihan Yang Nyata,
Hidupku Semakin Gembira,
Dikala Aku Berdampingan Denganmu,
Inginku Luahkan Perasaanku Ini,
Tetapi....
Aku Hanyalah Insan Yang Lemah,

Lovin' You,
Hatiku Terdetik Untuk Mencipta Sebuah Simfoni,
Tentang Liku-Liku Kehidupan Kita Yang Bahagia Tak Terkata,
'Lovin' You' Menjadi Tema Simfoniku,
Dikala Malam Menjelma,
Aku Memainkan Lovin' You Sambil Didampingi Olehmu,
Alangkah Bahagianya Diriku Terbang Bersamamu ,
Menuju Ke Taman Syurga,

Lovin' You,
Perpisahan Selama 7 Tahun Amat Menyakitkan,
Aku Kini Sudah Bebas Dari Dibelenggu Masalah,
Tetapi...
Hidupku Sepi Tanpamu,
2K Gelaran Bagiku Selagi Lovin' You Kekal Di hati Kita,

Lovin' You,
Hidup Kita Semakin Bermakna,
Selepas Kita Terikat Bersama
Selamanya...
Masashi Aika Tanda Cinta Kita,
Yang Terus Berputik Dari Hati,

Kini...
Simfoni Lovin' You Bermain Dihatiku,
Buat Selama-lamanya,
Dan...
Simfoni Kita Akan Terus Berlagu,
Selagi Ianya Kekal Dihati Kita.........

Hasil Karya:
Nur Maisarah,
Zafirah Yasmin


I love the way both of them expressed their feelings through this poem although both of them are only in Form One! thanks because read and love my Lovin' You. thanks again dearest sisters~
:)

Wednesday, September 15, 2010

13#Ai no Kotoba ~ Lovin' You

emm....
what should i say eh?
he~~~
actually, aku hepi sangat2, mana taknya, tak sabar nak tunggu LY dipublish...
perkara ni confirm n' KN mintak aku berikan surat penyerahan manuskrip tu, 
aku dah anta n' sekarang nie tengah tunggu rep daripada diorang pulak :)
Raya? biasa2 je...
takde mood sangat nak menulis nie, nak sambung Don't Forget pulak..
idea tengah mencurah-curah untuk novel...
Alhamdulillah....
:)

Saturday, August 14, 2010

12#Ai no Kotoba ~ Lovin' You publish? betul ke?

 saja gatal nak letak pic ni. comey sangatttt :)


kali ni aku nak cakap sket pasal apa yang dah jadi kat aku whole day ni. yalah, dah lama sangat aku tak menulis kat blog ni. awal pagi semalam, aku dapat check gmail account aku yang hanakimi7 punya then aku dapat tau aku terima emel daripada admin@kakinovel. dia nak minta pengesahan daripada aku pasal novel LY yang aku hantar sebelum ni. mula2 tu aku terkejut jugak sebab aku dah lupa pasal hal ni. pihak editorial tanya sebab nak tau aku tiru citer Goong n' BOF ke? aku balas tak, maybe nampak sama sebab perangai Kira n' Kotomi tu cam Shin n' Chae Kyung dalam Goong n' watak2 dalam LY tu study kat elit school.

pastu, dia mintak biodata aku, nama pena, blurb+copywrite, no tel sume tu. dalam hati tak payah nak cakaplah sebab rasa happy even aku sendiri tak sure betul ke diorang nak publish LY tu. aku balas balik emel tu n' dioarang mintak manuskrip penuh LY. aku balas jugak. aku tanya, betul ke LY akan dipublish sebab kalau betul, aku nak buang LY yang aku letak kat blog n' admin tu cakap mereka akan bagi jawapan kat aku minggu depan. so, aku kena sabar.

perkara ni just Najwa je yang tau sebab aku tak nak heboh2 lagi. dibuatnya tak jadi, kecewa aku. bukannya apa, aku hairan kenapa admin nak mintak biodata aku n' sume2 perkara pasal aku kalau benda tu belum tentu lagi confirm. seolah-olah aku simpan harapan menggunung, kalah gunung Evererest. lebih baik diorang mintak je manuskrip penuh n' then lepas tu baru mintak sume info pasal aku kalau benda tu dah confirm. aku betul2 harap jawapan yang akan aku terima next week tu positif, iaitu LOVIN' YOU DITERIMA DAN AKAN DIPUBLISH DALAM VERSI CETAK. tulah harapan aku sebab aku tak nak kecewa sebab diorang dah bagi aku harapan lepas diorang mintak semua info tu. 

tulah yang aku harapkan sekarang ni. aku harap sangat2 LY boleh dipublish ke versi cetak melalui jawapan yang akan admin bagi kat aku next week. Amin...

Broaden News