Saturday, October 20, 2012

328#Ai no Kotoba ~ Kelantan vs ATM


Malam ni final untuk piala Malaysia, kan? Not sure. Hana memang betul-betul-betul tak minat bola. Kalau ada pun, sama ada tekan channel lain atau masuk bilik menghadap anime. Tapi, ada juga bersungguhnya kalau melibatkan negeri kita kan?

Tapi, tak suka sangat pada penyokong bola yang fanatik sampai guna bahasa haram apa entah pada penyokong pasukan lain. Hari tu timbul kes kat Twitter masa Kelantan vs Selangor. Please. Tak kisahlah penyokong Kelantan ke, Selangor ke, negeri lain ke, jangan guna perkataan kesat macam tu. Kalau kena bash, mulalah nak lawan mulut. Berdamai aje. 

Bukan nak tuju pada semua orang. Sesetengah orang tu, sebab dia seorang, semua orang yang terlibat dengan dia terpalit sekali bahasa kesat tu. Harap-harap tak jadilah macam tu lagi.

Hanya mengharapkan yang terbaik. Kalau ada rezeki untuk Kelantan jadi juara, insya-Allah. Keputusan akan tahu pada malam ni. Sama-samalah kita menunggu ^_^






Till then,
wassalam.

5 comments:

  1. Datang sini . Jom join segmen saya : http://aimishyuu.blogspot.com/2012/10/segmen-3rd-blog-paling-awesome.html . Nak jadi sponsor tak ?

    ReplyDelete
  2. saya pun tak minat bola..mg pertembungan mereka kali ini tidak terjadi perkara yg memalukan

    ReplyDelete
  3. go go red warrior ! GO GO ATM ! Ehh ? =,=

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)