Saturday, October 20, 2012

329#Ai no Kotoba ~ Kerja Kerja Kerja



Dah lama kot kerja ni dibuat secara tak menentu. Masa zaman Form 3 dulu rela berjaga daripada tengah malam sampai Subuh sebab kerja ni. Kadang-kadang tak tidur seharian. Dengan PMR yang makin mendatang, kerja ni lagi mendapat tempat di hati. Sayangnya kerja ni terpaksa ditinggalkan bila PMR makin menjelang tiba dalam dua minggu lagi. Yang pastinya PMR tahun 2009.

Lepas PMR, kerja ni disambung lagi. Alhamdulillah kerja yang pertama siap pada hari Ahad minggu terakhir tahun 2009, seminggu sebelum tahun 2010 datang. Kemudian, kerja yang pertama itu berjaya menempatkan dirinya dalam satu dunia penulisan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Okey, okey, okey.

Kerja apalah yang Hana dok melalut dari tadi lagi ni? Sebenarnya, sejak masuk KMKN ni, masa untuk Hana menulis novel makin sikit. Kadang-kadang tak ada langsung. Masa cuti sekarang nilah Hana gunakan untuk tebus balik masa tu.

Sekarang Hana tengah tumpu pada next projek. Kali ni berjudul Restu Daripada Ummi. Insya-Allah, kalau editor berpuas hati, bolehlah dijadikan sebagai novel yang kedua :) Tapi, progress RDU ni baru aje sikit. Kali ni baru nak mula balik. Takpe kalau perlahan pun, asalnya hasilnya gempak! Kan?

Hajatnya nak promote RDU dalam blog. Self cover pun Hana ada buat. Hana jadikan RDU ni sebagai e-novel dahulu. Tapi versi yang belum editlah. Lepas siap, baru edit untuk dinilai oleh editor. Okeylah, see you soon. Nak tengok sampai muka surat berapa Hana dapat memerah otak untuk petang ni. ^_^

Till then.
Wassalam.

6 comments:

lifegoeson said...

so 464 camne??

Haruno Hana 하나 said...

@lifegoeson nak rombak.. bahagian konflik n antagonis tak cukup kuat.. kena kasi jahat kaw2 :P

Cik Nur said...

lama juga tak jenguk Hana... eh..xde shoutbox dah di sini ye...

Haruno Hana 하나 said...

@Cik Nur ada je cuma Hana hide kat tepi tu ^^

CiK FizA said...

GO GO Hana go ! hee :DD

Pelangi Senja said...

good luck penulis muda.:)
jom join GA ne..^__^
http://onakdayungbiopar.blogspot.com/2012/10/kain-pasang-cantik-giveaway.html

Post a Comment

Recent Posts