Monday, October 22, 2012

333#Ai no Kotoba ~ 4:30 AM


Comel tak? Hee :D

Tepat 4:30 AM, alarm yang diset pada phone abah yang lama berbunyi. Aish. Phoneku habis bateri thanks to Neesa yang gunakan since pagi semalam sampailah bateri tu betul-betul habis sebab nak tengok Bola Kampung X dan main Baby Care Center (-__-). Bateri 100% habis menjelang petang dan Hana malas nak caj. Baru aje charge tadi :P

Kenapa bangun pukul 4:30?

Dah janji nak puasa dengan mama hari ni. Bangun awal sebab nak panaskan nasi, goreng telur dan drummet tadi. Subuh kat sini dalam pukul 5:45 AM. Awal kan? Belum pukul 7 PM dah bunyi azan Maghrib. Time goreng telur tu, mama pun masuk dapur. Tengok-tengok, si kecik Neesa ikut mama dari belakang. Awalnya budak ni bangun (-__-).

" Kakak, gi la idor."

Dengan gaya selamba, siap gerak tangan lagi dia suruh Hana pergi tidur balik. Ei budak kecik, awaklah pergi tidur balik. Belum pukul 5 AM lagi dia dah bukak fridge, minum air sejuk dalam tu. Tak sedar pagi ni sejuk ke Neesa oi?

Lepas tu, makan pulak toast dua keping. Sapu dengan susu pekat. Neesa oo Neesa. Abah pun tak bangun lagi. Awak dah bangun makan?

And right now, dia tengah main game dengan phone mama kat sebelah atas. Sedap punya meniarap atas katil. Hana? Of course duduk atas katil jugak. Ho ho. Eh eh, Subuh dah masuk. Bangun solat Subuh ya anak-anak. Jangan Subuh gajah pulak (^_^)

Till then.
Wassalam.

16 comments:

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)