Popular Posts

Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

520#Ai no Kotoba ~ Ber-LINE, WeChat dan WhatsApp

*scheduled post - ditaip pada 30/6/2013*

Sekarang memang musim guna application LINE, WeChat, WhatsApp dll instead of SMS, kan? Most people lebih suka guna social apps macam ni untuk jimatkan kredit, plus kalau kebanyakan kenalan mereka turut menggunakan social apps.


Hana pun tak terkecuali. Tapi sekarang banyak guna LINE dan WhatsApp daripada WeChat. LINE untuk mama dan abah, WhatsApp pula kalau nak mesej kawan-kawan, mama dan abah juga. Tapi Hana paling suka LINE sebab LINE stickers tersangatlah comel x)


Kalau ber-LINE dengan mama dan abah, for sure akan gelak sorang-sorang bila tengok sticker apa yang dibalas. He he :D Banyak main dengan stickers aje kalau guna LINE. Paling tak boleh blah, abah suka sangat spam Hana punya LINE dengan stickers banyak-banyak pada masa yang sama (-__-) Mama pun sama. Cuma kalau spamming daripada LINE mama tu, Neesa kecik punya kerjalah tu. Suka sangat main dengan stickers (-___-)


Dulu guna WeChat kalau nak send stickers kat mama dan abah, tapi stickers untuk WeChat tak comel sangat. Tapi Hana guna LINE lagi lama daripada guna WeChat, sebab guna LINE tu kawan yang ajak. Masa tu takde lagi iklan LINE Siwon yang handsome di TV. Since then, Hana ajak mama dan abah tukar guna LINE pula.


Free social apps memang tersangat membantu, kan? Tapi lucu bila fikir sekarang banyak gelak sorang-sorang kalau ber-LINE dengan mama dan abah. Yang geramnya abah suka sangat send gambar makanan yang sedap-sedap (T__T) Janganlah kasi jeles! Tahulah Hana dok jauh dari rumah sekarang ni!

Bagi Hana, social apps macam ni lebih murah sebab jimatkan penggunaan kredit. Tambah-tambah kebanyakan kenalan pun hari-hari guna social apps macam ni for messaging. Dan sekarang ni riuh pasal KakaoTalk pula kan? Tak install lagi, malas nak guna. He he :D

Korang pula lebih suka yang mana? Free social apps atau ordinary SMS? :)

Till then.
Wassalam.

Tuesday, July 17, 2012

299#Ai no Kotoba ~ Gadget Dibawa Ke Sekolah?


Semalam, kecoh kat FB dan Twitter pasal 'kemungkinan' pelajar sekolah boleh bawa any gadgets ke sekolah starting 2013. Heaven! Oh, for the school students lah since I'm in college right now and we're allowed to bring any gadgets to college! Phone? Smart phone? Tab? Laptop? Just name it! Same goes to university students. Kembali pada topik, siap ada yang kata boleh buat kenduri lagi lepas dengar berita ni. Oh, I didn't watch Buletin Utama last night so all the info I got from internet. Internet is really-really helpful, isn't it?


credit gambar : Faqihah Husni

Okey, students! Jangan happy sangat. Perkara ni masih lagi dalam peringkat perbincangan dan parents and all those people out there are been invited to give their opinions regarding this issue. Banyak lagi hari yang menanti sebelum 2013 sampai, kan? Perhaps all your 'kenduri-kendara' sebab happy sangat dengan perkara ni become wastes, right? Tak ke rasa bengang sampai nak baling segala benda yang boleh dibaling ke TV?

Sebenarnya, ada pros and cons kalau nak laksanakan dasar ni. Tapi ramai yang menganggap there's a lot of cons than pros. Yalah, as an example, kalaulah pelajar Darjah 1 dibenarkan bawa any gadgets ke sekolah, tak ke rasa yang mereka akan main games je dengan gadgets tu? Angry Birds misalnya? Takpun secondary schoolers, especially the boys will play DOTA masa cikgu tak masuk kelas. 

Say hi to games, say goodbye to books. Garis panduan yang betul harus diwujudkan selari dengan dasar ni. Dan garis panduan itu wajib dipatuhi kalau nak mengelak penyalahgunaan gadgets tu. Tapi mampu ke semua pelajar ikut garis panduan tu?

Meh nak citer sikit, masa Hana duduk kat hostel selama 5 tahun tu pun berlambak je yang bawak gadgets. Tak kisahlah phone, MP3 or laptops. Wardens always give us warning, if they found all the gadgets, the gadgets would be confiscated. But, did the students care? Please! Masa tu ada ke yang fikir, " Alamak! Naya kalau cikgu rampas! Mau masuk bilik disiplin lepas ni." No, no. Kalau ada pun, mereka golongan minoriti. Gadgets dah jadi keperluan harian, terutamanya phone. 

Dulu sorok-sorok kalau nak guna, macam main hide-and-seek dengan wardens sebab tak nak kantoi, lepas ni siap banding lagi gadgets siapa paling canggih dan mahal. Form 1 guna Galaxy SIII, guru guna Nokia X2. Tapi, mostly tengok cikgu-cikgu just guna phone macam Nokia 3310 aje. Bukan nak perlekeh, tapi kenyataan. Padahal cikgu-cikgu lebih dari mampu kalau nak guna any of Galaxy series, iPhone or Xperia series. Senario biasa di sekolah rasanya. Sometimes I'm wondering, kenapa cikgu-cikgu tak guna phone yang lebih canggih? Anak murid je yang beria-ria tukar phone.


Kalau nak bawa gadgets, tak salah kalau nak bawa, sebab sekarang ni zaman IT. Budak-budak kecik macam my adik bongsu yang baru 4 tahun tu pun dah reti main smart phone, tablets. Jadi, kita tak boleh nak sekat kemajuan zaman sekarang. Semua perkara memerlukan gadgets sekarang ni. Dan pelbagai jenis gadget baru akan keluar dalam masa yang cukup singkat. Tak tahu lah gadgets apa lagi yang akan muncul lepas ni. Just wondering.

So, ada pendapat pasal isu ni? Pros and cons? 

Saturday, May 5, 2012

281#Ai no Kotoba ~ Ada Hacker Komen Entri Saya??!







Propa habis tajuk. Adush! Entri ni bersambung daripada entri INI. Kan Hana dah beritahu perbezaan antara hacker dan cracker? Memang tak dapat dinafikan yang tak ramai tahu pasal cracker. Dan ini bukan biskut cracker okey? (=.=) Like I mentioned before, hackers are not criminal, mereka lebih kurang security tester *itu apa yang mereka gelarkan diri mereka*. Test security mana-mana akaun yang low and many more. Crackers are criminal, mereka lah yang patut ditakuti selama ni.

Pasal entri semalam, thanks pada yang beri respon. Rata-rata takut kalau-kalau akaun mereka kena hack/crack *pening nak guna istilah mana satu sebab dah terbiasa guna hack*. Kalau Hana sendiri terkena pun akan start gelabah dan macam-macam lagi lah. Bimbang akaun tu disalahguna etc.



Bukti!

Masa Hana nak approve comments moderation, nampak ada noti 2 komen kat spam. Terus bukak dan terbaca komen kat atas ni. Mula-mula tu nervous jugak sebab bimbang mereka marah dengan entri ni *sorry*. Lepas baca baru Hana faham, dah boleh start senyum dah lepas tu. He he. Hana publish jugak even spam. Nanti ada yang tak percaya pulak :P Lagi pun komen mereka tu ada kepentingan jugak di sini. 

Kita nilai daripada dua belah pihak. Daripada pihak A (umum) dan pihak B (para hackers). Hana pun dah disable fungsi anonymous kat komen sebelum ni sebab taknak ada anon yang memberi komen-komen yang tidak sepatutnya. Terima kasih encik hackers sebab terbaca entri ni dan komen ^_^.

Sebenarnya, ada sikit Hana nak tanya dengan Encik HackerKini. Apa maksud kelemahan password hanya 1% daripada punca anda kena godam? 90% lagi tu merujuk kepada apa? Kalau Encik HackerKini terbaca entri ni, mintak tolong jasa baik encik untuk jawab. Terima kasih ^_^

Hana ada jugak terbaca kat satu blog ni, dah lupa blog apa. Blogger ni pernah kena hack sekali then Hana berani-berani lah cuba bukak fan page hacker tu di FB. And mereka beritahu mereka sort of security tester. Mereka akan beri balik akaun tu. 

And mereka pernah beritahu ada sikit syarat-syarat berkaitan etika kemanusiaan untuk setiap tuan punya blog kalau nak ambil balik akaun mereka. Hormat orang tua, jangan menyombong etc. It's true! Memang tak tipu. Tapi seriously Hana dah lupa blog mana yang kena hari tu. Hana jumpa tak sengaja masa blogwalking. Sebab tuan punya blog tu ada buat entri sal hacker yang hack akaun dia tu.

So, apa pulak pandangan korang kali ni? 

Friday, May 4, 2012

280#Ai no Kotoba ~ [Tips] Hacker and Cracker. Beza ke?







Apa benda yang Hana dok merepek kat post title tu? Tetiba aje keluar pasal hacker. Ada akaun yang kena hack ke? Ha ha. No no no. Tak adalah. Tetiba aje rasa nak buat entri pasal ni lepas terbaca status senior dari Maher dulu. 

Korang tahu ke perbezaan antara hacker dan cracker? Mostly tentu akan fikir yang hacker ni menyusahkan orang ramai kan? Diorang hack mana-mana akaun dan buat korang rasa gelabah sebab tak dapat bukak akaun tu. Plus korang akan bimbang kalau akaun tu disalahgunakan, betul tak?

Tapi tak semua hacker tu jahat *bukan nak bodek*. Sebab sesetengah hacker ni dia hack akaun yang menggunakan password yang boleh dikategorikan sebagai lemah. Contohnya yang guna no IC, nama samaran, nama girlfriend/boyfriend dan macam-macam lagi. 

Mereka hack sebab nak beri kesedaran kepada tuan punya akaun tu supaya gunakan password yang strong. Kuat macam The Hulk! Okey, dah start meraban bahagian The Hulk tu. Tapi pasal hacker yang boleh dianggap baik ni Hana ada baca kat sesetengah blog yang dah dihack sebab alasan low security. 




Jadi, apa beza antara hacker atau cracker?


Hacker : People who create or improve programs with fellow hackers.

Cracker : People who create or share programs to gain unauthorized access to computer system. Their motives are malicious and can be destructive.


So, senang cakap hackers are not crimical tapi cracker ni jelas-jelas criminal. Kiranya yang dok hack akaun tu and kena buat macam-macam dia suruh baru dapat balik or tak dapat langsung tu layak dipanggil cracker lah. Kan?

Tapi, kita dah terbiasa panggil hacker. Macam mana tu?

nota comel : Kalau ada kesilapan maklumat, jangan segan-segan nak betulkan (^.^)v. Info ni pun Hana dapat daripada manga Dengeki Daisy dan senior yang study sal computer system. Dalam manga pon ada info camni? Yes! Betul. Ha ha :D Oh ya! Sila klik Donate kalau rasa entri ni berguna. Terima kasih *bows*

Monday, April 2, 2012

209#Ai no Kotoba ~ Neesa dan Talking Tom


Korang tentu kenal Talking Tom kan? Satu app yang ada kucing kelabu comel yang akan cakap balik apa yang kita cakapkan. Kali ni entri pasal adik bongsuku yang sekarang tengah syok main Talking Tom. Dah lama nak install Talking Tom tapi malas. Lagipun bukannya Hana main benda ni. Masa tengah breakfast tadi terus install Talking Tom. Baru install Talking Tom versi lama, Talking Tom 2 tak install lagi. Ha ha.


Lepas install tu terus test main. Neesa yang tengah breakfast terus tertarik dengan bunyi tu. Mama gelak aje lah sebab dengar suara lucu macam tu. Dahlah sampai sekarang terus main Talking Tom tu. Yang lucunya, Neesa bercakap dengan Tom tu macam Tom tu betul-betul hidup. Budak-budak lah katakan. Ha ha.

Introducing my lovey-dovey Aneesa. Credit to Dila. Masa ni Dila datang rumah. Kat belakang tu saya :D He he.

Bila fikir-fikir, budak-budak zaman sekarang ni, I mean yang baru nak membesar macam Neesa ni lah, nampak gaya childhood mereka tak adventure macam zaman kita dulu. Mereka membesar dengan smartphone , iPad, tablet dan macam-macam lagi. Baru lima tahun dah pandai guna iPad. Learning ABC, 123 from iPad, tabs etc. Walaupun nampak macam " Cool! Kecik-kecik dah pandai guna!", tapi sebenarnya childhood macam ni tak best macam zaman dulu-dulu. Biasanya kecik-kecik camni kita akan main congkak, hide and seek, batu seremban dll dengan kawan-kawan sebaya. Tapi, sekarang ni? Duduk sorang-sorang sambil main high tech camtu. No adventure lah.

Apa pendapat korang? Best ke childhood camni? :)

Sunday, April 1, 2012

204#Ai no Kotoba ~ App Kamera Best Untuk Pengguna Android


Untuk malam ni terpaksa hentikan sekejap segmen blog review. Insya-Allah akan bersambung esok. Sebab segmen ni memerlukan pemerhatian yang tinggi dan Hana risau tidak mempunyai cukup masa untuk malam ini. Tapi untuk entri ni Hana nak kongsi suatu application bagi pengguna Android. Mungkin ada yang belum tahu. Untuk sesiapa yang sukakan gambar seperti dalam We Heart It atau Tumblr, mungkin korang boleh guna app ni untuk dapatkan gambar seperti itu. Check this out!

App ni namanya Lomo Camera. Korang tentu kenal Lomo Aquapix Camera yang comel tu kan? Tapi Hana tak pernah guna pun. Tak ada duit nak beli *lap air mata*. Macam biasa, korang boleh download app ni kat Google Play. Tak rugi tau? :)


Nampak tak arrow tu tunjuk pada apa? Haaa... tu lah Lomo Camera app. Klik install.

Ni antara editor yang korang boleh guna melalui app ni. Setakat ni Hana tak download lagi effect yang lain. Korang touch aje pada effect yang korang nak.


Nak tengok tak contoh gambar dengan semua effect tu? Kalau nak, scroll bawah. Silakan menjamu mata.

Lomo Camera Effect : Lomo

Lomo Camera Effect : Rusty

Lomo Camera Effect : Polaroid

Lomo Camera Effect : Paper

Lomo Camera Effect : Dreams

Lomo Camera Effect : Film


Cantik tak effects untuk app ni? Hana paling suka Dreams, Lomo dan Polaroid. Nampak comel gitu. Untuk pengguna Android yang still tak tahu pasal app ni, boleh lah mula usha. Mungkin lepas ni kalau Hana jumpa app yang bagus-bagus, Hana akan buat entri pulak. Yalah, bukan semua orang tahu dan guna app ni kan? Dahlah app kat Google Play ni banyak tahap riban-riban *ye ke?*. Okeylah, selamat mencuba!

Broaden News