Wednesday, July 3, 2013

520#Ai no Kotoba ~ Ber-LINE, WeChat dan WhatsApp

*scheduled post - ditaip pada 30/6/2013*

Sekarang memang musim guna application LINE, WeChat, WhatsApp dll instead of SMS, kan? Most people lebih suka guna social apps macam ni untuk jimatkan kredit, plus kalau kebanyakan kenalan mereka turut menggunakan social apps.


Hana pun tak terkecuali. Tapi sekarang banyak guna LINE dan WhatsApp daripada WeChat. LINE untuk mama dan abah, WhatsApp pula kalau nak mesej kawan-kawan, mama dan abah juga. Tapi Hana paling suka LINE sebab LINE stickers tersangatlah comel x)


Kalau ber-LINE dengan mama dan abah, for sure akan gelak sorang-sorang bila tengok sticker apa yang dibalas. He he :D Banyak main dengan stickers aje kalau guna LINE. Paling tak boleh blah, abah suka sangat spam Hana punya LINE dengan stickers banyak-banyak pada masa yang sama (-__-) Mama pun sama. Cuma kalau spamming daripada LINE mama tu, Neesa kecik punya kerjalah tu. Suka sangat main dengan stickers (-___-)


Dulu guna WeChat kalau nak send stickers kat mama dan abah, tapi stickers untuk WeChat tak comel sangat. Tapi Hana guna LINE lagi lama daripada guna WeChat, sebab guna LINE tu kawan yang ajak. Masa tu takde lagi iklan LINE Siwon yang handsome di TV. Since then, Hana ajak mama dan abah tukar guna LINE pula.


Free social apps memang tersangat membantu, kan? Tapi lucu bila fikir sekarang banyak gelak sorang-sorang kalau ber-LINE dengan mama dan abah. Yang geramnya abah suka sangat send gambar makanan yang sedap-sedap (T__T) Janganlah kasi jeles! Tahulah Hana dok jauh dari rumah sekarang ni!

Bagi Hana, social apps macam ni lebih murah sebab jimatkan penggunaan kredit. Tambah-tambah kebanyakan kenalan pun hari-hari guna social apps macam ni for messaging. Dan sekarang ni riuh pasal KakaoTalk pula kan? Tak install lagi, malas nak guna. He he :D

Korang pula lebih suka yang mana? Free social apps atau ordinary SMS? :)

Till then.
Wassalam.

11 comments:

  1. ehhehhe.. install je la hanna..kekekkekek :))

    ReplyDelete
  2. hahaha , comel je main LINE tu dengan mak abah , tapi mmg lahh , sticker LINE tu comeyl2 woooo ^____^

    ReplyDelete
  3. Lissa suka guna social apps. murah. dan jimat. hee walaupun Lissa guna dlm lappy jeaa.. x daa hp mahall... hp guna sms biasa. haha

    ReplyDelete
  4. he3..bestlah dpat main dgn family, tp sy xpkai line..kdg je on wrless..2 pn sje2 buka tgok =) xberminat sgt..yg best free la..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum haruno...yer la skg ni byk yg boleh digunakan semua ada...mama guna whatsApp jer...;)

    ReplyDelete
  6. semua akak tak guna lagi sebab takde smartphone.. hihi..

    ReplyDelete
  7. semua best, tapi bila ada internet le,,,kalau dok, xder le ehe

    ReplyDelete
  8. prefer whatsapp. wechat ni mcm problem sikit lah. nape ntah.

    ReplyDelete
  9. phone kita samsung biasa ja Hana..haha.. cara kuno ja la.. hehe

    ReplyDelete
  10. ~.~, x ada telefon canggih lagi...masih hengpong zaman batu...huuu~ haha!

    ReplyDelete
  11. Akak suka pakai whatsapp. Laju sikit sebab takde stickers besar2. Almaklum la, fon cap ayam je. Hehe~

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News