*scheduled post - ditaip pada 30/6/2013*
Dalam entri INI, Hana ada beritahu nak pergi date dengan someone kan :P He he. Nak update pasal date hari Sabtu tu.
Hana ada date dengan Mira Miya, novelis Jingga Selepas Hujan terbitan KarnaDya. Nama pena beliau Mira Muskam, tapi nama di FB Mira Miya. Acano tu Mira?
Dah lama kenal dengan Mira, tapi in virtual web ajelah. Kenal sebab Mira pun sama-sama join Urban Teen Writer (UTW). Tahun terbit novel kami pun sama, tahun 2010 x) *promote jap* He he :D
Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu tweeting dengan Mira and Mira tanya Hana kat mana sekarang. Lepas cakap sekarang kat Kajang dan bla bla bla, tak sangka rumah Mira dekat je dengan kampus Hana. Memang jodoh betul nak berjumpa :) So kitorang pun planned nak berjumpalah :)
Lepas Zohor hari Sabtu lepas, Mira datang ambil Hana dengan Nad. Nad kawan sekolej dan sekampus Hana, minta dia temankan Hana jumpa Mira. Kitorang pergi MetroPoint kat Kajang tu aje. Lepas settled a few things, kami pergi makan kat Chicken Rice Corner. Mira belanja x) Lain kali jumpa insya-Allah Hana belanja pula tau. Thanks Mira!
Kami sebaya tau ^__^
Tujuan gambar diambil? Nak send kat abah, sebab abah selalu send gambar makanan sedap-sedap dari rumah (>___<)
Nad :D
Gambar ni Mira yang edit, so Hana tak letak watermark :P He he.
Thanks semua. Bestlah dapat jumpa Mira :D Harap-harap dapat jumpa rakan-rakan UTW yang lain pula :) Ingatkan awkward masa first time jumpa, tapi tak pun. Rasa macam dah lama kenal face to face. He he :D
Lain kali bolehlah date lagi. Thanks juga pada Nad sebab temankan Hana :)
Klik
SINI untuk entri berkenaan di blog Mira :D He he.
Till then.
Wassalam.
seronoknya keluar jalan2 dan makan2..
ReplyDeletekemain seronok dy dating ek? hehehe..
ReplyDeleteBestnya keluar dating dengan gegirls ye? ^^
ReplyDelete