*scheduled post - ditaip 29/6/13*
Hari Khamis 27 Jun 2013 lepas, Hana ada kelas Phlebotomy Practical. Ada dua sesi; sesi pertama pukul 9 AM - 12 PM, sesi kedua pukul 2 PM - 5 PM. Tapi macam biasa, kami dilepaskan awal kalau aktiviti dah tamat. Sesi pertama tamat dalam pukul 11:30 AM, sesi kedua tamat dalam pukul 3:45 PM.
Apa itu phlebotomy?
Phlebotomy is the action of cutting veins, arteries and capillaries. Itu apa yang Miss Ezad beritahulah. Senang cerita, phlebotomy ni berkaitan dengan cucuk jarum, ambil darah. Faham? Senang kan? He he :D
Untuk sesi pertama, kami diberi pengenalan mengenai phlebotomy dan praktis cucuk jarum pada mannequin. Serius cakap mannequin tu macam tangan manusia betul. Kalau tak cucuk pada vein dia, darah takkan keluar. Boleh kata macam model betullah. Amat berguna untuk praktis.
Nak cucuk jarum ni bukan senang. Kena ingat a few steps untuk mengelakkan silap cucuk vein, air bubble masuk dalam syringe dan sebagainya. Tapi praktis ni memang best!
Yang ni needle jenis butterfly, seperti yang korang boleh tengok di blog Kak Deno :)
Sir Najib dan Miss Ezad yang handled kelas Phlebotomy kami. Untuk sesi kedua, kami kena pairing untuk praktis pada diri sendiri. Hana paired dengan Gee. Kesian pula nak cucuk Gee, sebab Sir Najib tunjuk demo guna butterfly needle pada Gee. He he :)
Sebelum balik. Tapi tak semua ada dalam gambar ni :)
Lengan kiri Hana ada dua lebam kesan kena cucuk. First time tu tak jadi, sebab apa entah. Silap cucuk rasanya. Then, Gee cucuk untuk kali kedua. He he. Lenguhlah juga untuk hari tu. Tapi sekarang dah pulih. Lebam dan kesan kena cucuk pun dah hilang :)
Till then.
Wassalam.
akak pun ada cucuk gak.. cucuk suami untuk ubat cair darah.. nak tak nak cucuk jugak hehehe..
ReplyDeletesalam petang ahad dari bunda..
ReplyDeleteserius takut. hahaha kalau syaza teriak dulu lah! dah lah yg nak cucuk tue tadak pngalam ! risau2
ReplyDeletewahhh syoknye nti jd doktor la ea Hana? :)
ReplyDeletemasa akak first time menderma darah dulu, nurse tu cucuk jarum ke lengan akak sampai lebam biru kehitaman.. dekat 3minggu baru hilang kesan lebam tu.. kenapa jadi macam tu ya hana?
ReplyDeletenak pengsann rasanya kalau nak kena ambik darah... >.<
ReplyDelete@anamizu takdela.. Hana kira jadi medical scientist :) banyak buat R & D, analysis camtu
ReplyDelete@Mizz Aiza masa Hana derma darah dulu, lebam kejap aje hilang.. tapi ada kawan Hana yg jadi macam kes akak.. sama ada sebab platelet akak tak dapat clotting ngan cepat atau vein tu terlalu membengkak sebab salah cucuk..
ReplyDeleteOkaylah tu dapat derma. Aritu ada derma darah dekat sekolah, azwa tak dapat derma. Darah rendah plak..hehe :)
ReplyDeletehe3 brani gak hana ni :) dua kali cucuk, xskit ke?? sy msa kat wad blan1, byk kali juga kena cucuk, yg xmnjdi 2 jgan ckap la..letih rsa..
ReplyDeletebab cucuk ambik darah ni penting sangat to us patients, still remember masa my arwah kat hospital misi duk cucuk cucuk banyak kali tak kena, ngamok la orang tengah sakit.
ReplyDelete@Haruno Hana 하나
ReplyDeleteowh, ye ke.. akak rasa maybe sebab yang kedua tu kot hana..