Sunday, August 6, 2017

700#Love Note ~ [Product Review] Krim Malam Syahirah Korean Secrets White Glow


Hana pernah cerita yang I wanna try using night cream masa review produk Pure Beauty ni. And I have bought one dan tersangat puas hati. So Hana nak share pasal krim malam untuk rangkaian produk penjagaan muka baharu keluaran Syahirah. I use Krim Malam Syahirah Korean Secrets White Glow. Dah nak masuk tiga minggu Hana guna krim malam ni. Bila dah rasa ada perubahan pada muka, barulah boleh nak share kat sini :)

Packaging yang serius comel :)

Alkisahnya Hana tengah scroll FB lepas tu ternampak iklan untuk produk baharu Syahirah ni. Menarik betul iklannya. Lepas tu baca komen kat bawah. And kebanyakan yang guna new products ni berpuas hati. Ramai yang guna rangkaian Hydra Soft instead of White Glow. Fungsi Hydra Soft ni buat buat muka flawless, mulus sekata. White Glow pula untuk mencerahkan. I bought this one to match my Pure Beauty White & Bright Cleasing Foam. Nanti nak try yang Hydra Soft pula.



Bekas pun cantik! Design yang memikat hati ;)

Lepas cuci muka sebelum tidur, Hana akan air dry kan muka sebab tak nak lap muka dengan tuala. Air dry lebih elok daripada lap kesan air dengan tuala sebab ada tuala yang agak kasar permukaannya. Tapi kalau dah mengantuk sangat memang guna tualalah jadinya haha. Selepas seminggu lebih guna, Hana perasan bintik bintik kecil pada bawah bibir hilang dan kulit jadi semakin lembut. Memang teruja sebab ni my first night cream. Bila nampak hasil yang positif, memang fikir tak nak tukar lain dah.



Hana beli krim malam ni kat Guardian, Watsons dan Giant pun ada produk ni. Sebab masa tu ada promotion kat Guardian, daripada harga asal RM24.50 Hana dapat beli dengan RM22.05. Harga asal dah murah, lepas sale lagi murah haha memang sesuai sangat dengan sesiapa yang nak berjimat. Hana tengok harga untuk produk lain macam toner, facial cleanser, day cream dll pun murah. Rasanya kalau beli satu set pun mungkin dalam RM60-RM70 kalau tanpa promotion.


Gambar kat atas ni full set for Syahirah Korean Secrets White Glow. Ada pembersih muka, pembersih muka anti jerawat, toner, krim siang, krim malam dan krim kecantikan. Hana baru beli facial cleanser memandangkan my Pure Beauty dah nak habis. Lepas guna beberapa minggu baru Hana akan share pasal facial cleanser tu juga. Hajatnya nak cuba toner dia sekali, tapi lain kali kot beli. Kalau korang berminat, bolehlah dapatkan produk Syahirah Korean Secrets ni ;)

Till then.
Wassalam.

4 comments:

Badrina Ibtisam said...

hi! ore klate jgk kooo. hehe

dh a few times saw this product! nampak menarik!
nice sharing btw! ;) (Y)

Nurrul Hazieqah said...

Wahh, macam best ajee..

CUma nurrul tak boleh pakai sebarang2.. mampu tengok ajee org lain pakai..

Shahida Dzulkafli said...

Cantiklah packaging dia..

Gen Y girl said...

Macam best je. Dulu pernah pakai moisturizer syahirah, and it turned out really good. Tapi yg korea ni tak pernah lagi la. Hehe btw bau dia cemana eh? Wangi tak?

Post a Comment

Recent Posts