Thursday, May 23, 2013

466#Ai no Kotoba ~ Makna Di Sebalik Warna Bunga Ros


Daripada asyik update pasal anime aje, baik Hana kongsikan perkara ni juga. He he :D Suka bunga ros tak? Kebanyakan perempuan sukakan bunga ros, tambah-tambah yang mekar besar tu. Ada banyak warna bunga ros; merah, pink, kuning dll.

Kalaulah bunga ros merah selalu dikaitkan dengan cinta, apa pula maksud di sebalik warna-warna bunga ros yang lain? Jom baca makna di sebalik setiap warna bunga ros! :D


Merah 

Cinta yang tulus ikhlas, keghairahan dan keberanian. Berikan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpama berkata “ Aku cinta pada mu."


Pink

Memaparkan kegembiraan dan kesyukuran. Berikan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan " Terima Kasih." Berikan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati.


Kuning 

Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru. Berikan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang, untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan.


Putih 

Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “ You are heavenly.” atau “I am worthy of you.” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta. Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you.” 


Lavender 

Cinta pandang pertama dan pesona. Berikan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej ' cinta pandang pertama' pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa.


Oren 

Keghairahan dan keinginan yang tulus murni. Pilihan yang bagus untuk mengharapkan perhubungan itu pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.


Hitam
 
Permulaan yang baru, kelahiran semula atau kematian. Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru.


Biru 

Mustahil dan tak dapat disempurnakan. Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan.

Kredit : SINI

Hana paling suka ros putih, the bridal rose :) Mengenai makna yang ditafsirkan di sebalik setiap bunga ros ini hanyalah informasi tambahan, jangan terlalu obses pula ya :P He he.

Yang mana satu warna bunga ros yang menjadi kegemaran anda? 

Till then.
Wassalam.

12 comments:

  1. semua warna rose cantik..tapi yg merah le suka sangat

    ReplyDelete
  2. akak suka bunga ros.. especially warna merah.. :D

    ReplyDelete
  3. akk suka merah..semua pun akk suka kecuali warna pink..hahha..pelikkan.. nak buat macam mna.. erm.. tp warna lavender tu akk first time tgk..cantiknya.. =)

    ReplyDelete
  4. semuanya cantik.. ada ke ros hitam??

    ReplyDelete
  5. biru tetap pujaanku Hana..ahaha.. tapi kita suka rose putih atau merah jambu.. ada yg sudi bagi tak? hehe

    ReplyDelete
  6. @Nana Liena nanti suami Kak Nana bagi tau :D hehe

    ReplyDelete
  7. @Nurul Farahizzati ada nampak dalam filem aje, in reality tak jumpa lagi.. hehe :)

    ReplyDelete
  8. teringin nk dpt bunge ros merah :-[

    ReplyDelete
  9. ros hitam?? dalam anime prnah jumpa.. di alam realiti tak pernah jumpa.. hehe

    ReplyDelete
  10. Setakat ni pernah pegang yg warna merah je sebab kat sekolah dulu ada pokok ros. wangiiii. so, suka warna merah lah. Hitam pun nampak menarik :)

    ReplyDelete
  11. Rose pink tu cantikkkk....lembut je....lgpun mmg penggemar pink...hihihi

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News