393#Ai no Kotoba ~ Darah. Jangan Takut!
Nak share dari SINI.
Nak jadi doktor sebab nak bantu ramai orang tapi tak boleh? Jangan risau :) Dengan menderma darah pun anda sudah membantu ramai orang. Terdetik nak kongsi mengenai pentingnya menderma darah untuk membantu orang di sekeliling kita.
Jangan takut untuk menderma darah! Jarum tu tak akan makan si penderma pun! Serious talk!
Si Won pun derma darah :) He he~
Kalaulah anda lepas untuk menderma darah dari semua segi yang diperlukan seperti taraf haemoglobin dalam darah, tekanan darah, berat badan cukup dan sebagainya, pergilah untuk menderma darah. Insya-Allah, banyak nyawa yang mampu anda selamatkan dengan hanya menderma darah.
Hana baru sekali menderma. Alhamdulillah semua lepas. Mujur lepas aje tang berat tu. Yang penting masa nurse tu nak cucuk jarum, jangan gabra. Yang tu penting. Masa nurse tu suruh golek golek benda bulat kat tangan tu pun buat rileks aje. Ingat! Jarum tak akan makan si penderma! Tak perlu takut :)
Pak cik drakula ni pun derma darah :P Anda bila lagi?
Soalan : Mengapa saya perlu menderma darah?
Jawapan : Ianya dapat menyelamat nyawa dan meningkatkan kesihatan.
Pemindahan darah adalah diperlukan untuk :
1. Wanita hamil yang mengalami komplikasi kehamilan, seperti kehamilan ectopicdan, pendarahan sebelum, semasa atau selepas bersalin.
2. Kanak-kanak yang mengalami anemia yang agak teruk akibat malaria atau kekurangan zat makanan.
3. Pesakit-pesakit yang memerlukan pembedahan dan juga untuk pesakit kanser.
4. Pemindahan darah berkala bagi pesakit Talasemia dan Sicke Cell.
5. Untuk menghasilkan clotting factors bagi pesakit haemophilia.
Bekalan darah diperlukan secara berterusan kerana jangka masa menyimpannya amat singkat sebelum ianya boleh digunakan. Hanya dengan menderma darah secara berkala oleh mereka yang prihatin dan sihat boleh menjamin bekalan yang mencukupi.
Darah adalah hadiah yang paling berharga. Ianya merupakan hadiah kehidupan. Dengan membuat keputusan untuk menderma, anda sebenarnya menyelamatkan seorang insan yang lain.
Dah baca? Good :) Untuk sesiapa yang sihat dan melepasi semua kehendak yang diperlukan sebelum menderma darah, bolehlah sumbangkan darah anda. Insya-Allah, ganjaran pahala menanti anda kerana berbuat demikian untuk menyelamatkan nyawa insan lain.
Ingat! Jarum tu tak akan makan si penderma!
Till then.
Wassalam.
Teringin nak derma tapi tak cukup berat.. Seddeyyyy.. Sobs! T_T
ReplyDeleteamal mengaku amal takut.. tapi the problem is berat badan tak normal lahh :)
ReplyDeleteakak sokong sesiapa yg sudi derma darah sebab akak mmg perlukannya..dah beberapa kali masuk darah...akak xleh derma kat org sbb sendiri pun tak cukup...
ReplyDeletedeqla xleh derma la.. berat badan x cukup...hihi... x menahan tgk dracula derma darah.. bkn ke dracula yg kuat isap darah org..? hahaha..
ReplyDeleteKita tak pernah lagi derma darah. Kita kurus sgt, boleh ke ? I try.. ingt pesan akak : Jarum tu tak akan makan si penderma!
ReplyDelete