Monday, January 11, 2016

654#Love Note ~ Lebih Mewah atau Tidak Mampu?


Beberapa hari ni kecoh dengan kisah pelajar yang pinjam duit tabung masjid, tidak makan sampai terkoyak usus, tak boleh makan sebab tak ada duit. Ada yang bersimpati tapi ada yang pukul semua pelajar universiti sama rata - pelajar lebih banyak habiskan duit belanja dengan bermewah-mewahan sampai tiada duit. Tapi betul ke?



As an uni student myself, memang terasa juga dengan statement macam ni. Memanglah Hana tak adalah ikat perut sampai kena masuk ER, kena pinjam duit tabung masjid tapi faham perasaan pelajar yang kena ikat perut tu. Walaupun elaun MARA masuk setiap bulan tapi lepas tolak duit rumah sewa, duit printing, duit Unifi, cuma tinggal beberapa ratus aje lagi. Itu tak campur kalau kena tolong parents bila mereka memerlukan. 

Memang ada uni students yang hidup mewah, dapat aje duit belanja terus pergi shopping, makan di restoran mahal atau beli gadjet baru. Tapi apa yang ditunjukkan pada Instagram, Facebook dan Twitter mereka tu tak bermaksud semua pelajar sama sahaja. Malah mungkin apa yang ditunjukkan di media social mereka itu pun tak seperti apa yang kita fikir. Apa yang kita tahu di sebalik gambar yang mereka tunjukkan itu? Mungkin gambar atau status itu sekadar melepaskan craving mereka lepas lama ikat perut?

Tak tahulah pasal JPA dengan PTPTN, tapi MARA students memang ramai makan Maggi lah tiap hujung bulan hehe


Ambil contoh daripada pengalaman Hana sendiri, bukannya tak pernah dapat elaun terus ajak kawan makan ke tempat yang best sikit, contohnya Nando's. Memang makan kat situ mahal tapi kalau sekali atau dua kali sebulan rasanya tak salah. Kita pun ada craving masing masing, bukannya ibu mengandung aje ada :p Tak salah pun uni students nak merasa makan di tempat macam tu asalkan bertempat jugalah masanya. Kalau dah tiap tiap hari atau tiap tiap minggu manalah duit belanja tak cepat habis.

We as uni students kena pandai bahagi peruntukan belanja. Hana akan beli stok makanan kering dan basah setiap kali dapat elaun masuk. Sekurang-kurangnya dengan masak kat rumah sewa tu bolehlah kurangkan makan di luar. Tapi kalau dah buat macam tu pun duit belanja tak cukup nak buat macam mana. Ada aje perkara lain yang memerlukan duit walaupun kita cuba nak berjimat.

Harap harap akan lebih banyak suspended food program diadakan di mana mana IPT. Dapat bantu pelajar yang memerlukan sedikit pun jadilah. Kesian sangat bila baca ada yang sampai terpaksa pinjam duit tabung masjid :(

Till then.
Wassalam.



11 comments:

  1. hmmm psl ni qila nk comment sikit ehehe
    qila kan uia kan and benda ni kan under uia student kan hahaha so bila dlm group IIUM online tu ada satu akak tu post la.

    bkn apa, 'girl' tu or the students yg manja sgt sekarang ni.
    padahal banyak kut diorang letak free food. and makanan murahan semua ada.
    pastu hm siap demand delivery sekali. amboi dh la free food.

    ha ni jela points yg qila simpulkan dr group tu hihi. betul gak akak tu ckp, i mean ada je free food tp jgn la kita nak demand lelebih kan hehe. pastu ada satu bro tu pun ckp, masuk la program memana. dpt free food gak kut. siap boleh tapau etc.

    and then hm tah lah, qila pun sumpah miskin hahahaha maggi fav ok :p hahaha. tapi tkde la sampai parah centu an adoi la. tp serious ada kut society duk post bebanyak kali dkt group tu free food for the one yg memerlukan. hm hm.
    entah lah hihi.

    and yes :p bukan ibu mengandung je craving hikhik sepp kak! qila pun keluar dgn kawan ikut syarat je hahaha pastu tak keluar dh pun. balik rumah je hikhik

    sorry terpanjang comment sbb qila rs mcm entah. nak share gak! hahaahah sorry <3 hugs!

    ReplyDelete
  2. kalau namanya student maggi tu memang tak dapat dipisahkan.^^

    ReplyDelete
  3. bagi cik en, pengurusan kewangan itu, tp tgk ramai juga yg dah pandai janakan duit.. cth buat bisnes printer, vendor dan lain lain

    ReplyDelete
  4. Penah jugak merasa zaman belajar dulu. Mcm mana kering poket tu tapi still masih lg bertahan takde la sampai berlapar tak makan. Huhu.

    ReplyDelete
  5. @Aqilah Azmi takpe Qila hehe :) akak ada dengar juga pasal banyak program fee food tu, cuma yg ni nak generalkan aje sebab bukan semua IPT ada program ni :) akak jarang makan maggi so paling kurang masak nasi goreng atau nasi putih + telur kicap hehe biasalah tu student kan

    ReplyDelete
  6. susah jugak kan jadi student bergantung dengan duit biasiswa/pinjaman.. mana mau support study lagi.. living cost lagi.. Lissa yang kerja ni pun masih lekat dengan maggi. hahahahaha T_T

    ReplyDelete
  7. yg ikat perut tu mungkin dr keluarga yg susah.. mungkin jenis yg tak pandai nak urus duit dorg ke.. mungkin la..

    ReplyDelete
  8. it is not news anymore. memang kadang2 orang yang tak pernah mengalami dia akan pukul sama rata je semua orang and cakap budak2 univ ni bermewah2 dengan duit allowance atau biasiswa. true, once in a while we need to treat ourselves with good food or good stuff. biasa la tu makan instant noodles hujung bulan. ada orang ikat perut awal2 so hujung bulan dia boleh makan sedap, compared to other people. yang penting, perancangan belanjawan. yang menulis sekarang ni pun suka berbelanja benda mengarut2 haha, tapi bila makan instant noodles hujung bulan/semester, janganla merungut, tapi tatap lah barang2 bergaya yang di beli tu baru la "nikmat" masa makan tu hahaha~

    ReplyDelete
  9. hmm kesiannya. x namanya student la kalo x kenyang dengan megi je. yg penting student tu sendiri kene bijak kan. cari side income ke, berjimat cermat ke, join aktiviti yg blh makan free ke. haiyaa huda ponn kene start plan da sem depan

    ReplyDelete
  10. it depends on ourself actually, kita tau kemampuan kita, so pandai pandai kena kira bajet sendiri kan :)

    ReplyDelete
  11. aaaaaa akak boleh masak :( uia takleh! mana aci hahaha. ha ah betul gak kan, sbb maybe some ipta terlepas pandang etc etc. haih. payah betul dunia sekarang ni! mcm mcm lah haha. (gelak tp dlm hati sumpah takut T_T) thanks kak! hihi.

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News