About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Monday, February 1, 2016

671#Love Note ~ Day Out with Mama @Pasar Siti Khadijah


Semalam dah keluar berjalan kat KB Mall, hari ni pun Hana keluar lagi. Tapi hari ni keluar dengan mama pula :) Kami pergi Pasar Siti Khadijah dengan misi membeli bekalan makanan untuk Hana bawa balik Kajang hujung minggu ni :p Yalah bukan senang nak cari makanan dari Kelantan kat sana. Nanti kempunan pula.

Sebab dua dua tak pandai drive, kami cadang nak naik bas aje ke Kota Bharu tapi alang alang ada pak cik prebet kami naik prebet ajelah. Nasib baik jalan tak jam macam semalam. Hana dan mama sampai dekat area Parkson KB pun dah dekat pukul 10:30 pagi. Tapi itu pun boleh tahan ramai dah orang kat sana.

Mula-mula kitorang pergi ke tingkat 2 Pasar Siti Khadijah tu. Kalau nak cari makanan macam serunding, keropok keping dan macam macam lagi makanan kering bolehlah cari kat sana. Nak cari budu dan sos pencicah yang sedap pun boleh :p Mama belikan serunding, agar agar kering (sedap!), kismis dan gula gula kepala (yang tradisional punya). Itu pun mau habis RM50 sebab beli banyak. 


Lebih kurang macam ni lah kedai kedai kat tingkat 2 Pasar Siti Khadijah

Siap beli barang, kami ke kedai Mak Su Hana yang dekat bawah pasar. Mak Su asalnya berniaga kat Arked Uda, tapi sebab tempat tu kena renovate ke apa entah Mak Su pindah sini. Sibuklah tengok ramai orang datang beli emas dengan Mak Su hehe. Yang paling best mestilah sebab Mak Su belanja macam macam :p Dahla semalam Mak Su dah datang rumah bawa tomyam dan paprik sedap :p Dasar anak sedara kuat makan haha.


Ni antara guard pemalas kat kedai Mak Su. Tidur aje kerjanya.

Dekat pukul 12 tengah hari tu, Hana dan mama gerak ke stesen bas sebab nak balik rumah. Tapi mama ajak singgah Zon Ria kat area stesen bas tu. Merasalah dapat baju baru haha thank you mama :) Semalam masa kat KB Mall dah nak beli blaus tapi macam mahallah pulak. Blaus yang design lebih kurang Hana nak beli semalam dapat harga kurang 50% kat Zon Ria tu. Kalau kat tempat lain memang dalam RM40-RM60 harganya. Banyak pilihan pakaian, beg dan kasut kat situ. Bolehlah lain kali ajak mama ke situ lagi. Kalau tak fikir nak kena save duit untuk kolej memang shopping banyaklah tadi :p

Balik rumah memang penattt tapi puas hati :p Teringat zaman berhingus mama bawak naik bas kalau nak ke KB masa weekday sebab abah kerja. Even dah besar tapi tetap kenangan tu :) 

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

5 book page(s) ♥:

ros nordin said...

Bestnya jalan Pasar Siti Khadijah. dah lama akak tak pegi sana. dulu zaman belajar selalu jalan sana cari barang.hehe..

Azwar Syuhada said...

Azwar tak sampai lagi Pasar Siti Khadijah. Please Hana tolong bawa kita round2 sana..hehehe ;)

Yoo ♡ said...

hehe, bila baca entry ni rindu pulak nak jalan-jalan dengan mak saya guna public transport lagi XD

niesaazizan said...

Bestnya shopping!!lapar nasi kerabu..=(

Asha Lya said...

Nostalgia tu...bestnya shopping kat pasar siti khadijah
Klau akak pun pasti memborong trutama serunding hhihi

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)