486#Ai no Kotoba ~ [Tips] Solat Secara Mudah Jika Outing
Petang ni nak berkongsi sikit tips untuk solat secara mudah jika keluar outing. Terutamanya kepada perempuanlah :) Sebab lelaki memang tak payah risau nak solat macam mana asalkan pakai pakaian yang sesuai.
Tips ni baru aje Hana amalkan. Biasanya kalau keluar outing dengan girlfriends, kitorang akan outing daripada pukul 11 AM sampailah pukul 5 PM :P He he. Lama sangat kan? Kalau dah jarang jumpa, memang banyak benda nak dibualkan. Habis satu mall kitorang pusing banyak kali.
Memandangkan keluar outing lama sangat, Hana memang prepare bawa kain solat sebab malas nak berebut dengan orang lain di surau mall. Dalam keadaan ramai macam tu, memang kena sabarlah. Tapi, kalau tak nak bawa kain solat dan tunggu giliran guna kain solat surau, senang aje :)
- Pastikan pakaian yang dipakai menepati ciri-ciri menutup aurat. Longgar, hanya muka dan pergelangan tangan sahaja nampak. Dah pakai long sleeve tapi bimbang tersingkap? Pakai handsock sekali masa solat :)
- Bimbang stokin yang dipakai kotor? Bawa sepasang stokin yang dikhususkan untuk solat.
- Tudung bawal/selendang jarang? Pastikan anda pakai inner neck. Hana cadangkan inner neck yang agak besar untuk top coverage. Paling sesuai sebenarnya pakai tudung Akel dan pashmina. Tapi Hana pakai bawal aje.
- Tarik sedikit inner neck untuk cover bahagian bawah dagu seperti mana biasa kita cover dagu masa solat.
Dan, anda boleh bersolat dengan mudah tanpa perlu tunggu giliran untuk gunakan kain solat surau atau susah payah bawa kain solat bersama-sama anda. Sesiapa yang pakai jubah dan baju kurung akan lebih ada advantage :)
" Macam mana kalau saya bimbang kain atau hujung seluar akan tersingkap juga walaupun dah pakai stokin? Rasa tak secure."
Untuk kes macam ni atau lupa bawa stokin spare, Hana akan pakai kain solat bahagian bawah tu. Meaning, bukan sekali dengan kain telekung solat lah :)
See, mudah bukan? Selain daripada kita latih diri kita untuk menutup aurat dengan sempurna, kita boleh praktikkan solat secara mudah seperti ini. Cikgu kokurikulum Hana kata, solat seperti ini biasanya dilakukan jika pergi berkhemah atau ada aktiviti lasak untuk memudahkan kaum perempuan.
Islam itu mudah. Kita sendiri yang susahkan diri kita sendiri.
Ada sebarang tambahan atau pembetulan? :)
Till then.
Wassalam.
thanks for sharing hana... *_^... useful info and great piece of entry...
ReplyDeletekalau nak tahu aurat kita tu tertutup dgn smpurna or not, tgklah boleh ke x pakaian y kita pkai tu lam solat.. tip y mnrik hana :))
ReplyDeletetakpe2 , bule pakai tips ni , hehe
ReplyDeleteLagi satu aurat tangan. Aurat sehingga pergelangan tangan kan. Kadang2 walau pakai jubah, tapi ada butang. Tangan kita tetap tersingkap auratnya. So, lebih selamat kalau pakai sarung tangan yang banyak di jual sekarang. And, kena pastikan tudung tidak tersingkap sewaktu sujud atau rukuk. Nampak leher, nampak tengkuk, sayang jer nanti kan.
ReplyDeletenicee entry sis hana., :) betul. beribadah tuu bukan susah pun, kan? :)
ReplyDeleteThanks for sharing ye dik. Memang berguna sangat tips ni dan bermanfaat juga :)
ReplyDeleteNice sharing. :D
ReplyDeleteAkak pon mmg wat centu, Alhamdulillah.
Actually, solat xperlu pon pakai telekung. Memadai dengan menutup aurat dgn sempurna. Kalau nak tahu part mana aurat kita masa solat, sama jugak macam kita depan ajnabi. Hehe. Thanks for sharing.
wow hana..thanks a lot untuk entry ni..sometimes tu budget nak pinjam telekung surau tu tapi kena tunggu turn..nak bawak beg besar kemalasan melanda..pernah nak cuba cara ni tapi takut orang pandang lain pulak..and rasa macam tak sah pulak solat tu..alhamdullilah..thanks hana..thanks again :')
ReplyDeletethanks for sharing kak :)
ReplyDeletetips yg berguna..especially buat mereka2 yg selalu travel... :)
ReplyDeleteperkongsian yg menarik tp kdg2 singgah kat surau/masjid je. hehehe
ReplyDeleteorang malaysia ni kalau nengok orang solat dengan jubah + stokin atau baju kurung + stokin, depa tu akan buat muka pelik yg amat. sbb pada mindset depa, kena pakai telekung jgk. rakyat malaysia kena ubah mindset
ReplyDeletenice tips..jadi lepas ni tak ada la alasan utk menangguh solat.. ^^ kita tak suka pakai telekung kat surau2..huhu..tak selesa..
ReplyDeleteassalamualaikum haruno...nice n3...;)
ReplyDelete