About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Sunday, January 31, 2016

670#Love Note ~ No Internet + Sushi Craving


Nak dijadikan cerita tengah malam Selasa lepas wifi kat rumah Hana buat hal. Habis musnah harapan impian nak tengok Cheese in the Trap Episode 7 and Episode 8 (T_T) Nak update blog, tengok drama online apatah lagi. Maaf ya tak balas blogwalking korang, insya-Allah Hana akan cuba trace balik mana-mana link sebelum ni :)

Sepanjang tak ada internet hampir seminggu ni memang kerja Hana habiskan buku yang current read dan tengok drama dan anime yang memang ada stok dalam hardisk. Dapatlah tengok Who Are You: School 2015 yang dah lama terperuk dalam hardisk tu sebelum Hana tengok Akatsuki no Yona, Akagami no Shirayukihime dan Kamisama Hajimemashita Season 2. Hana baca manga aje untuk Akatsuki no Yona dengan Akagami no Shirayukihime tu, sekarang baru tengok anime sebab manga lagi jauhhhh ke hadapan :p Kamisama Hajimemashita pun sama Hana baca manga, cuma dah tengok Season 1 sebelum ni.

Dalam pukul 10 pagi tadi Hana ke KB Mall. First time jejak kaki ke sana sepanjang cuti sem ni. Pergi pun bukan apa sebab adik yang ajak lagi pun Hana memang nak beli barang juga. Alang alang tengah mengidam nak makan sushi, ajaklah budak sorang tu pergi Sushi King. Kitorang jadi first customer :p

First time makan di Sushi King KB Mall, boleh tahan besar juga restorannya. Sebelum ni pernah makan di MetroPoint Kajang dengan The Mines aje. Ingatkan nak makan sushi dengan mixed bento, tapi kalau makan bento tu sah sah dah kenyang so Hana makan sushi aje.


Ambil lima piring, tapi makan tiga aje dah kenyang 

Mungkin Hana akan review buku yang Hana baru habiskan lepas ni. Rindu betul bila tak boleh blogging minggu lepas :(

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

4 book page(s) ♥:

ros nordin said...

Akk pun seminggu gak tak update blog/bw. tapi sebab x sihat.. sekarang dah ok baru blogging balik..hee
ni yg selera plak tgk sushi..>.<

Zizie Zack said...

eiii.. laparnya tengok sushi.............

E'in said...

e'in tak penah mkn shushi seumur hidup.. hihi

Aqilah Azmi said...

Qila pun rindu nk blogging :(((((

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)