Wednesday, July 17, 2013

536#Ai no Kotoba ~ [Movie Review] Warm Bodies


Dah lama sangat nak tengok movie ni, tapi sekarang baru dapat tengok. Tengok hari Jumaat lepas. Sadisss~

Movie ni tersangatlah comel~ He he. Tapi agak touching, sebab zombies ni semua nak belajar pasal perasaan manusia. 


R merupakan zombie yang hanya memakan otak manusia sebab dia nak merasai kembali perasaan yang manusia ada. Dia bertemu Julie dan pada masa yang sama, R telah membunuh dan memakan otak boyfriend Julie, Perry. He starts to has feelings towards Julie sebab dipengaruhi dengan perasaan Perry kepada Julie.

R membawa Julie ke sebuah lapangan terbang yang terbiar, tinggal dengannya di dalam sebuah flight. He wants to keep Julie safe from all the zombies outside. Masa Julie nak larikan diri pun and being surrounded by the zombies, R datang selamatkan dia.

Kemudian jantung R yang dah lama mati mula berdegup kembali. Semakin lama dia semakin merasai perasaan seorang manusia. Dan dia juga sudah mula bermimpi.

Mula-mula Hana ingatkan movie ni typical movie pasal supernatural boyfriend, hot girl etc, tapi rupa-rupanya tak. Hana lagi suka Warm Bodies ni daripada Twilight Saga. Elemen tipikal still ada, but I think I've got something else from this movie. Tengok bagaimana zombies tu semua nak berubah sebab nak merasai perasaan manusia, dah tak mahu emotionless seperti biasa. Movie ni agak touching sebenarnya :)

Nak spoil banyak-banyak, rasanya tak semua tengok lagi walaupun movie ni dah lama keluar :P He he. Selamat menonton kepada sesiapa yang baru nak menonton!

Till then.
Wassalam.


4 comments:

  1. rasa tertarik pulak dgn movie ni tau..unik..hehe :)

    ReplyDelete
  2. menakutkan x hana?? hehehexD >.< takut je tgk muka lelaki tu..ekkekekek

    ReplyDelete
  3. tak tengok lagi movie ni.. tp ramai yg cakap best. huhu

    ReplyDelete
  4. Cerita lama ek? Tak pernah tengok la pulak. Tapi macam interesting :)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News