Saturday, July 13, 2013

532#Ai no Kotoba ~ Stokin Wuduk, Sarung Lengan T-shirt


Kali ni terasa rajin nak review dua produk. Eceh! Produk lah sangat :P He he. Bukan produk, lebih kepada barangan fabrik kot? Err... tak tahu nak cakap camne (-__-) 

Pernah tak korang dengar pasal stokin wuduk? Mula-mula Hana dengar pasal stokin wuduk, tak tahu nak bayangkan macam mana. Adakah stokin wuduk tu bermaksud kita basahkan kaki sekali dengan stokin? Err.. bila tengok gambar pun tak dapat bayang macam mana nak keluarkan kaki daripada stokin tu. Kat manalah lubang nak keluarkan kaki tu (-__-) Aishhhh...

Lepas beli barulah tahu. Oooo... Macam ni ke sebenarnya? Hukhuk.


Nampak tak garisan tu? Rupa-rupanya itulah celah lubang nak keluarkan kaki kita masa nak ambil wuduk nanti. Me so lame. He he :D

Stokin wuduk yang Hana beli ni agak panjang, sampai paras bawah lutut. Dah dekat sebulan kot beli, tapi baru nak pakai sebab stokin lama elok lagi. Tak payah nak membazir. Beli pun sebab nak buat spare. He he :D


Setakat ni puas hati dengan material untuk stokin wuduk ni. Kain dia tebal, tak jarang. Selesa aje nak pakai :) Stokin ni memudahkan kita kalau nak ambil wuduk, tak perlu nak buang stokin macam biasa. Tambah-tambah kalau rasa tempat tu insecure, ramai orang dan risau stokin hilang dalam ramai-ramai orang tu. 

Yang ni Hana beli masa singgah MetroPoint Kajang dulu. Harga dalam RM 3.90, beli tiga dapat RM 10. Murah kan? Kalau rasa susah nak jumpa, boleh beli daripada Koleksi Barakah atau Abaya Maratussolehah.


Second, Hana nak review pasal hand sleeves pula. Hand sleeves ni lain daripada hand socks, sebab ianya tak melekat pada lengan seperti hand socks. Material untuk hand sleeves pun lain juga. Hand sleeves ni dibuat daripada material yang sama seperti T-shirt, kiranya kain cotton T-shirt lah.


Hand sleeves ni Hana beli daripada Kak Muja. Dah lama dah, dah nak masuk setahun kot. Tapi sekarang baru nak buat review (-__-) Hand sleeves ni Hana pakai dengan T-shirt lengan pendek. Biasanya dengan T-shirt batch masa Form 5 dulu. Err... sebenarnya T-shirt tu aje yang Hana pakai dengan hand sleeves ni. Sebab T-shirt lain semua lengan panjang. Tapi kalau korang nak jahit terus pada T-shirt pun boleh. 


Yang Hana beli ni saiz M, tapi kalau nak jahit terus pada T-shirt rasanya better beli saiz L kot. Kalau rasa diri kecik tu belilah saiz M :P He he.

Untuk maklumat lanjut pasal hand sleeves ni, korang boleh klik SINI. Ada macam-macam warna lagi untuk hand sleeves ni. Untuk apa-apa soalan boleh direct tanya Kak Muja. Harga untuk sepasang pun berpatutan, RM 10 sepasang. Material pun tahan lasak, sama dengan T-shirt cotton kita :)

Itu aje kot yang Hana nak review :) Bolehlah jenguk blog dan FB mereka untuk maklumat lanjut ya? ^^

Till then.
Wassalam.

12 comments:

  1. tq for this entry :D :D

    ReplyDelete
  2. bagus jugak stokin tu, pensil pun tercari satung tangan tu. tq :)

    ReplyDelete
  3. macam best je pakai stokin wuduk .. nanti nak pi beli .. hehehe

    ReplyDelete
  4. jatuh hati lak ngn hand sleeves 2. .:)

    ReplyDelete
  5. tah kenapa tak teringat nak beli mcm tu,rajin sgt pakai bukak..hehe

    ReplyDelete
  6. stoking wuduk tu mmg cool..! hehe.. btw handsock tu nampak cool sangat la..hehe..

    ReplyDelete
  7. phewww..dah lama mencari stoking tu

    ReplyDelete
  8. 1st time dgr pasal stoking wudhuk ni.. bagus jugak kan.. thanks hana.. jap lg g metro kajang bleh cari.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, singgah kali pertama dan follow. Sudilah ke blog saya dan follow, sambil baca entri. Terima kasih. Selamat menyambut Ramadan.

    ReplyDelete
  10. Menarik la stokin wuduk tu. Senang, tak payah nak tanggal2 dah masa amek wuduk.

    ReplyDelete
  11. ckj pun macam hana juga la masa mula2 dgr fsl stokin wuduk agak pening2 jugak la xtau entah macam mana rupa stokin tu... ckj pun ada beli satu... hehehe..

    yang hand sleeves tu pun ckj ada beli juga.. ckj pun ada wat entry fsl hand sleeve tu..

    http://kayjueblog.blogspot.com/2012/05/dalam-kesibukkanku-sempat-bershopping.html

    ckj beli kat http://hijabformuslimah.blogspot.com/2012/02/sleeve-like-handsock-limited-edition_24.html

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News