Sesiapa yang dah pernah tengok Kami-sama Hajimemashita dan sukakan anime KsH ni, pasti akan sukakan anime Inu x Boku SS ni juga :D Anime berjumlah 13 episod ini mempunyai elemen komedi, romance dan supernatural. SS tu stands for Secret Service :P
Shirakiin Ririchiyo merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga Shirakiin yang mewarisi darah supernatural creatures daripada moyangnya dahulu. Half human and half youkai (youkai = monster). Kerana ingin hidup berseorangan, dia berpindah ke Mansion de Ayakashi a.k.a. Ayakashi Kan.
Di Ayakashi Kan, kesemua penghuninya merupakan half human & half youkai yang sama seperti Ririchiyo, cuma jenis supernatural creatures yang mereka warisi kesemuanya berlainan. Nak dijadikan cerita, setiap penghuni di Ayakashi Kan akan mendapat seorang Secret Service agent untuk menjaga mereka. Lebih kurang macam bodyguard. Secret Service agents di Ayakashi Kan juga half human & half youkai.
Ririchiyo ni pula jenis anti-sosial, tak reti nak bergaul dengan orang. Sengal juga si Ririchiyo ni. Dia suka bercakap angkuh tapi tingkah lakunya pula macam seorang yang caring. Semuanya sebab sewaktu di rumah keluarganya dahulu, dia perlu belajar banyak perkara yang membabitkan supernatural disebabkan dia mewarisi darah moyangnya itu dan menyebabkan dia tidak dibesarkan oleh ibu bapanya sendiri. Semuanya diuruskan oleh pembantu-pembantu rumahnya. Dalam setiap keluarga, cuma seorang sahaja yang akan mewarisi darah supernatural creatures tu dan kononnya mereka merupakan reincarnation moyang-moyang mereka.
Sepanjang anime ni berlangsung, Ririchiyo mula belajar untuk menerima orang lain di sekelilingnya dan juga sedikit demi sedikit rahsia Soushi dan komuniti half human & half youkai di Ayakashi Kan dibongkarkan.
Anime ni sweet! He he :D Suka sangat tengok Ririchiyo dan Soushi. Tambah-tambah the second last episode :P Penggemar anime komedi romantik memang patut tengok anime ni.
Soushi handsome!!!
(>__<)
Till then.
Wassalam.
slm ziarah..
ReplyDeletewah review psl anime..like2...
hehe..
btw,slm ramadhn..
selamat berpuasa dan berhujung minggu hana..
ReplyDelete