Thursday, October 31, 2013

566#Ai no Kotoba ~ Wishlist : How to Fall in Love?


How to fall in love?

Eceh.

Yang ni bukan pertanyaan, tajuk novellah :p Hee.

Cecelia Ahern's new novel! How to Fall in Love. Baru aje released 7th November lepas kat UK and has yet arrive in Malaysia. 


Synopsis :

She has just two weeks. Two weeks to teach him how to fall in love – with his own life.
Adam Basil and Christine Rose are thrown together late one night, when Christine is crossing the Halfpenny Bridge in Dublin. Adam is there, poised, threatening to jump. Adam is desperate – but Christine makes a crazy deal with him. His 35th birthday is looming and she bets him she can show him that life is worth living before then. 

Despite her determination, Christine knows what a dangerous promise she’s made. Against the ticking of the clock, the two of them embark on wild escapades, grand romantic gestures and some unlikely late-night outings. Slowly, Christine thinks Adam is starting to fall back in love with his life. 

But has she done enough to change his mind for good? And is that all that’s starting to happen?


One of my favourite English authors! Can't wait to grab this!

According to MPH, harga novel ni RM 64.50, tapi kalau beli online dapat discount 20%. Harga RM 51.92. Takde duit lagi nak beliiiiii (T__T)

Kepada peminat Cecelia Ahern, jangan lupa dapatkan her new novel :D 

Till then.
Wassalam.

Monday, October 28, 2013

564#Ai no Kotoba ~ Susu oh Susu


Hana tak suka susu. Muktamad.

Takde ar, anti dengan susu lembu putih yang pure tu aje. Kalau susu coklat dan susu yogurt Hana suka sebab sedap :p oh ya, susu strawberi tak termasuk sebab manis (>.<) Dutch Lady Strawberry yang jadi favourite Nanad tu memang takkan diminum la. Manissssssss!

Biasa kalau perut tengah lapar dan konon-kononnya nak restrain myself from eating Maggi, akan cari benda alah ni. Memang akan buat stok minuman yang wajib ada dalam loker tu.


Cadbury Hot Chocolate ~ 

Iqra Milk tu Aini kasi sebab nak try. Best juga tapi Hana suka Cadbury punya lagi. Biasa minum dengan oat sebab kalau minum macam tu aje tekak cam takleh nak terima jugak. Konon-konon menyahut seruan Amy Mastura untuk Kempen Sayangi Jantung Anda masa zaman iklan Quaker Oat dengan Amy Mastura tu.

Tapi kalau makan macam ni, kolestrol tetap mai juga :p


Tak ke memang sengaja panggil kolestrol datang bermastautin dalam tubuh kita kalau asyik makan macam ni? 

Memang kena kurangkan makan makanan berat macam ni. Body fat and abdomen fat naik bahaya. Tambah-tambah abdomen fat yang melekat dalam blood capillaries kita tu. Lemak tulah yang susah nak turun.

Sayangi jantung anda, perangi lemak.

Hee :p

Till then.
Wassalam.

Sunday, October 27, 2013

563#Ai no Kotoba ~ Dahulu dan Sekarang




Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang paling besar, rasa nak kongsi di blog ni.

Hidup baru, novel baru, anime baru, pengalaman baru, semua!

Dahulu, cuma tahu subjek English, Bahasa Melayu, Matematik.

Sekarang, mula belajar subjek yang memang tak pernah belajar sebelum ni. Anatomy & Human Physiology, Philosophy, Clinical Laboratory. 

Dahulu, cuma berada dalam kelompok kecil. Dunia tidak seluas mata memandang.

Sekarang, dunia dah makin luas, makin ramai kenalan baru.

Dahulu, tidak kenal apa itu classical music yang menjadi halwa telinga orang ramai sejak beratus-ratus tahun dahulu, pandai layan lagu biasa aje.

Sekarang, makin suka classical music, makin bertambah koleksi classical music dalam playlist. Elgar's Salut d'Amour Op. 12, Scubert's Ave Maria, Franz Liszt's La Campanella.

Setiap masa, setiap saat, akan ada perubahan dalam hidup kita.

Setiap kali jatuh, berusaha untuk bangun. Kita tak akan jatuh untuk selama-lamanya. Insya-Allah, akan tiba masanya bila kita mencuba untuk bangun, kita akan dapat berdiri teguh selepas itu. Orang yang tidak berjaya dahulu insya-Allah boleh berjaya di masa hadapan kalau dia ambil iktibar atas apa yang terjadi sebelum ni. 

Salam Subuh :)

Till then.
Wassalam.

Saturday, October 26, 2013

562#Ai no Kotoba ~ New Look, Again ;)


Dah lama since last post. Alhamdulillah hari ni dapat luang masa kejap edit blog :p Kasi nafas baru sikit. Ha ha.

So, macam mana? From full pink to pink-white-black? Takde nampak terlalu childish kan? :p

Header baru tu Hana amik from Google, kecikkan sikit. Malas nak edit lebih lebih. Sekarang ni mood dengar classical music, tu sebabnya header pun gambar piano :p 

Insya-Allah minggu depan Hana akan mula mid term exam. All the best for me :p Hee

Till then.
Wassalam.

Saturday, October 12, 2013

561#Ai no Kotoba ~ New Life :)


Dah nak masuk sebulan baru boleh blogging (T__T) I miss blogging so much! Tapi memang tak menyempat langsung. FB pun dah jarang buka :(

So here I am, challenging myself for the new path of my life :)


Bachelor of Clinical Laboratory Science (Hons.)

Target : 
1. ISEM
2. UK for Masters program


Pray for me will you? Hee :p 

Insya-Allah Hana akan cuba update lagi ;)

Till then.
Wassalam.


Broaden News