Saturday, January 9, 2016

652#Love Note ~ Ini Kisah Seekor Jamer


Kat Rumah 13, rumah sewa Hana dan housemates ada seekor kucing tau. Comel sangat! :)

Nak jadi kisahnya housemate Hana si Jue  kutip seekor kucing  dekat satu construction area dekat Papa Rich Kajang. Memang tak jangka pun sebab tiba-tiba aje Jue bawa balik kucing ni. Asalnya nama kucing ni James Mario, pastu kami tukar ke nama senang sikit nak panggil - Jamer. 


Bila tak nak dia ganggu masa makan kitorang suka letak Jamer dalam bakul. Sorry eh Jamer hehe


Dah macam kucing dalam game Neko Atsume hehe


Jamer ni alahai tak tahulah nak cakap kucing apa. Biasanya kucing suka main-main, lompat sana sini, kejar barang tapi si Jamer ni tak. Kerja dia makan, tidur, baring. Kalau kena buli pun dia bunyi miow miow perlahan aje hehe. Kalau peluk si Jamer ni dia tenang je, tak adanya nak gerak sana sini mintak lepas. Bila dah lama pastu dia bosan barulah sibuk nak ke tempat lain. Cuma kalau ada sesiapa yang nak makan dia akan datang mengiau atau duduk tenung kita dengan muka comel dia tu. Jarang sangat nak tengok dia aktif kejar bola.


You're so fluffy I'm gonna die > <

Nak kata si Jamer ni punya pasif (atau pemalas) sampaikan ada housemates Hana yang asalnya takut dengan kucing boleh main dan pegang si Jamer. Sayang sangat dengan Jamer ni. Dahlah budak kecik ni jarang keluar kecuali nak buat pelaburan sendirian berhad aje, jadi bila dia keluar dari pagi balik keesokan hari ya Allah tak tahu nak cakap risau macam mana :(

Alhamdulillah masa mula mula kami bela Jamer ni dia tak ada masalah sangat cuma nampaklah tak bermaya. Lepas bawa cucuk immunisation lepas tu bagi makan ubat Jamer dah makin elok. Sekarang dia dah makin gemuk dan gendut, geram betul bila tengok dia jalan lepas tu perut ke bawah hehe.


Kalaulah boleh seludup Jamer masuk dalam flight semalam :(


Housemates Hana bawa Jamer jalan tengok tasik kat Putrajaya semalam, alang alang ramai dah balik kampung

Sebab sekarang kami dah cuti semester, ada housemate Hana bawa Jamer balik ke rumah. Anis pernah bela kucing bolehlah dia jagakan Jamer. Nampak gaya adik beradik Anis pun tunggu aje Jamer ni datang rumah :) Harap Anis boleh gemukkan dan jantankan sikit si Jamer ni, ni tak asyik dia aje kena kejar dengan kucing jantan lain.

I miss you Jamer. Jumpa lepas empat minggu ni.

Till then.
Wassalam. 


11 comments:

  1. ololoo. comelnyaa. jamer ni kucing jantan ea. sebab tu perangai dia macam tu. lagi best bela kucing yg pemalas drpd hyperactive kan

    ReplyDelete
  2. bahagianya Jamer ada penjaga yang penyayang...tenang je muka dia...mcm dah hadapi hidup penuh pancaroba...
    ^_^

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH JAMER WHY SO CUTE WHY WHY UGH

    ReplyDelete
  4. eeee demok nya dia T_T ahahahaha kim slm peluk ciom pls

    ReplyDelete
  5. Comel je jamer tuh. Geram plak nengok ๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
  6. iskkkk comelnya kucennggggg. gebuu rasa nak peluk2 tenyeh je

    ReplyDelete
  7. Comelnyaaaaaa!!! Nama fancy betul.. hahahahaahaha peluk dia untuk sayaaa XD

    ReplyDelete
  8. Alahai best nya la kalau oreo mcm ni. Ni tak, hyperactive melampau. Hehehe

    ReplyDelete
  9. alahai kuitnyaaaaa *tumbuk bantal* kami memang pantang jumpa kucing yang fluffy2 :3

    ReplyDelete
  10. Sangat gebu :3 Alhamdulillah jamer jumpa dgn orang yg baik :')

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)