Tuesday, April 23, 2013

411#Ai no Kotoba ~ Sneak Peek Bintang Timur Untukku



Selamaaaaaaaatttt pagiiiiiiiiii!

Okey, dah nak masuk tengah hari :)

Tak tahu nak update apa sebenarnya ni (-__-) So I decide to give a few sneak peeks of Bintang Timur Untukku. Erk.. malu *pekup muka*

Baru aje masuk pertengahan Bab 7. He he :D Manalah nak siap kalau tergoda dengan FB dan Twitter. Lagipun kawan-kawan pakat cuak dah tu. Tak lama lagi dah nak dapat result final exam Sem 2. Hana pun terasa cuak sekali. Ayoyoyo.

Ehem, ehem. Silalah baca sneak peeks pada yang sudi ya? He he. Insya-Allah Hana akan masukkan balik dalam blog e-novel Hana. Sekarang ni tengah privatekan blog tu buat sementara waktu. Hee~ :))

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senyuman terbit pada wajah Fateh. Dia melihat kepada gambar gadis itu yang diambil secara tidak sengaja. Mungkin ini tuahnya. Tuah untuknya sebelum berangkat ke luar negara dalam masa beberapa hari sahaja lagi. 

Bam!

Bunyi dentuman di luar Teratak Kasih mematikan senyuman Fateh. Teragak-agak dia mengangkat wajah sebelum dia disambut dengan sesuatu yang mengerikan. Susuk tubuh seorang gadis sedang terdampar di atas jalan raya. Tubuh itu berlumuran darah. Kereta hitam tadi sudah laju meninggalkan tubuh kaku itu.

“ Aya Sofia!” 

Aya Sofia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bunyi notifikasi pada telefon bimbitnya menarik perhatian Khaulah. Dia tersenyum meleret saat membaca sebuah mesej yang diterima daripada seseorang. Aya langsung tidak perasan dengan tingkah Khaulah yang sedang tersenyum simpul.

She looked safe and sound. I wish I could be home soon. 

Mesej itu segera dibalas. Sesekali mata Khaulah singgah pada Aya yang sedang melayan kanak-kanak di sekitar mereka. 

Come home soon. Adik tahu Angah nak sangat jumpa dia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Kau nak beli untuk siapa?” Syamir bertanya. Dia sudah puas membeli apa yang diingininya dari kedai itu.

“ Family aku, kawan-kawan..” Tumpuan Fateh lebih kepada cenderamata di hadapannya berbanding Syamir di sebelah. Hasnun dan Indra turut mendapatkannya. 

Indra tersenyum mengusik. Tangannya mencapai sebatang kayu panjang yang mempunyai ukiran dua bunga tulip sedang melingkari antara satu sama lain. Sebaris ayat turut diukir sama pada hujung kiri kayu panjang tersebut.

Ik hou van je. 

“ Untuk bakal isteri tak nak beli apa-apa?” Mata Indra melirik kepada Fateh.

Fateh terkedu. Dia menarik senyum simpul. Wajah Aya terbayang dalam mindanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu kerdipan bintang yang lebih terang daripada bintang-bintang lain menarik perhatian Fateh. Sejurus itu mindanya kembali menerawang memikirkan seorang gadis yang sudah lama bertakhta dalam hatinya.

Diakah bintang timur yang aku cari selama ini?

Fateh teringat akan suatu artikel yang pernah dibacanya bertahun-tahun yang lalu. Terlalu lama sehinggakan dia terlupa dari mana dia membaca artikel itu. Walau bagaimanapun, isi artikel itu terlalu bermakna baginya. Hati lelakinya tersentuh sebaik sahaja dia selesai membaca artikel tersebut.


Tu aje kot yang Hana nak kongsi *pekup muka malu* Selamat membaca! Sila doakan Hana berjaya siapkan BTU ini ya? Muchas gracias!

Till then.
Wassalam.

11 comments:

  1. baru baca sikit dah besttt. nak lagi.. ^^ sweet je <3

    ReplyDelete
  2. aamiin...ada sambungan tak nih? nak baca lagilah, tak puas nih... :)

    ReplyDelete
  3. Aww I can't imagine Fateh speaks Malay. Anyway, best! Keep writing! Looking forward to your novel :)

    ReplyDelete
  4. Sikit je. Tambah la lagi. Hehe. Best2 !

    ReplyDelete
  5. yaaaa!HANA cpt laa...xsbr daa ni nk bca yg full version pnye..

    ReplyDelete
  6. jiwang lak rasa bila baca.hehehe

    ReplyDelete
  7. yg dlm gmbr tu model je ke? atau konon2 watak utk cerita ni... ?? huhu

    ReplyDelete
  8. @Deqla Manjew konon2 watak dalam cerita ni.. hehe :3

    ReplyDelete
  9. wah..bg sikit jer tu buat suspen lak..ehe

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News