Sunday, May 12, 2013

439#Ai no Kotoba ~ Siapa Ingat Novel Ni?



Tadi Neesa pergi sepahkan buku-buku kat book shelf. Semua novel terbaru dan lama, komik tak kiralah koleksi Maid Maiden, Detective Conan, Doraemon semua tu pakat kena sepah (-__-) Neesa pergi ambil mana-mana buku yang dia berkenan then buat sepah atas lantai.

Budak tu memanglah. Time nak kemas, baru terhegeh-hegeh cari kakak sulung dia ni (-__-) Dahlah buat gaya kerek semacam masa suruh Hana tolong kemaskan. Malas nak layan, biar dia kemas sendiri :P He he.

Dalam banyak-banyak buku Neesa buat sepah, terjumpa novel ni :) Novel apakah? 


Novel Prisoner of Zenda karya Anthony Hope!

Rindu sangat dengan novel ni :D Hana belajar English Literature zaman Form 3 dulu belajar novel ni. Novel yang memang banyak kali Hana ulang baca sepanjang tahun 2009 tu sebab best sangat! Novel ni genre historical romance and adventure.

Oh ya! Kenapa ya novel ni still ada dengan Hana? Adakah Hana tak hantar?

Jawapannya, sudah semestinya tidak. Hana dapat novel ni masa tolong Cikgu Naeimah dan junior kemas bilik buku teks lepas SPM dulu. Masa tu pengetua baru tugaskan Cikgu Naeimah sebagai guru bilik buku teks. So memang banyak buku-buku yang dah tak akan guna sebab masa tu dah nak start belajar dalam Bahasa Melayu balik. Buku-buku untuk English Literature pun tukar baru juga.

So, kami kemaskan bilik buku teks tu dalam masa 2,3 minggu dengan budak-budak PBSM lain. Cikgu Naeimah tu guru penasihat PBSM kami :) Okey, dah lebih topik. Konklusinya, Hana dapat buku ni masa sesi kemas buku tu. Dah cikgu beri permission, ambil ajelah daripada bazir macam tu aje! Sayangnya tak ada buku Phantom of the Opera.


Prisoner of Zenda ni mengisahkan pengembaraan Rudolf Rassendyll di Ruritania. Rudolf ke sana untuk menyaksikan coronation of King Ruldof V. Nak pendekkan cerita, Rudolf terjumpa dengan King Rudolf  V dalam sebuah hutan. Yang mengejutkan, wajah mereka 101% sebijik! Except Rudolf ada janggut, King Rudolf V pulak clean shaved.

Duke Michael of Strelsau also known as Black Michael ni adik kepada King Rudolf V yang nak rampas takhta abang dia. King Rudolf V diculik dan Rudolf diminta oleh Colonel Sapt dan Fritz von Tarlenheim menyamar sebagai King Rudolf V untuk menjayakan sesi coronation. Nak tak nak, terpaksalah Rudolf terima.

Upacara tu berjalan dengan lancar. Tapi nak selamatkan King Rudolf V tu yang jadi masalah. Rudolf bersungguh-sungguh nak selamatkan King Rudolf V. At the same time, Rudolf jatuh cinta dengan tunang King Rudolf V, Princess Flavia. Princess Flavia juga jatuh cinta dengan Rudolf, sebab selama ini Princess Flavia tak cintakan King Rudolf V yang sebenar. Masa ni Princess Flavia still tak tahu identiti sebenar Rudolf yang menyamar sebagai King Rudolf V.

King Rudolf V berjaya diselamatkan dan Princess Flavia learned the truth about Rudolf. Sedih sebab sad ending untuk mereka berdua. Princess Flavia stayed kat Ruritania to serve her duty as the Queen for her country. Sekali pada setiap tahun mereka akan berbalas surat dan Princess Flavia akan sertakan sekali bunga ros untuk Rudolf. And Rudolf ended up being alone, tak boleh lupakan Princess Flavia yang sudah menjadi Queen of Ruritania :'(

Novel ni memang best! Sama dengan Phantom of the Opera! Malangnya Hana tak belajar Phantom of the Opera masa Form 2, sebaliknya belajar Potato People. Potato People pun best, tapi still prefer Phantom of the Opera lagi :P

Ingat lagi tak novel yang korang belajar untuk English Literature zaman muda-muda dulu?

Till then.
Wassalam.

15 comments:

  1. Nas tak belajar yang tu..kalau tak silap form 3 dulu Potato People kot.. :)

    ReplyDelete
  2. best cite nie :) masih ingat hingga sekarang :)

    btw nice blog :)

    ReplyDelete
  3. hahaha,akak ingat lg,sye dah tak ingat dah

    ReplyDelete
  4. phantom of the opera bestttt! dah takdak buku tuu =_+
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  5. ingtttttt :) suka baca novel nih dulu.. sengih2 je.. hek3.. :)) bestt novel nih..x boring lgsung...hek3.. :)

    ReplyDelete
  6. time form 3, akak kena belajar Dr. Jeckyll and Mr. Hyde ( tak tahu la betul ke x ejaannya.. haha ).. yang paling best! masa f2.. Phantom Of The Opera.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. lain negeri ek,
    kami selangor blaja dr jekyll and mr hide =)
    best3

    ReplyDelete
  8. kita form 3 tak ingat la apa..haha.. sbb blah selangor kan lain..tpi phantom opera ingt lagi..ahaha..siap ada movie..nak hayati punya pasal tgk la movie tu..hhuhu..

    simpan lagi ea bku tu.kta punya dh ke mana.. ==' hehe

    ReplyDelete
  9. ahah...dh lupa dok belajar dl..sbb dh lama sgt dah...

    ReplyDelete
  10. Novel ni tak pernah habis baca. Potato people je habis. Masa exam PMR pun jawab potato people. Tak jawab yang ni. Hehe. Tapi lepas exam dah baca habis. Memang best !

    ReplyDelete
  11. Ishhh , mana boleh tak ingat.. masih segar diingatan nie... cerita mula2 sampai habis dia pun still ingat..

    Bila naik form4&5 tukar novel Catch Us If You can.. cerita nie lagi seronok !! agak2 ada tak movie dia ekk ? mesti best kalau ada..

    ReplyDelete
  12. Dah tak ingat dah novel prisoner of zenda...macam mana jalan ceritanya.thanks for the sinopsis..tindu zaman sekolah2x dulu....

    ReplyDelete
  13. Lissa dulu bukan buku nii.. Lissa blajar Robinson Crusoe. hehe

    ReplyDelete
  14. novel faveret ni! best gila novel ni ekeke masih igt sampai sekarang story line dia. saya prefer novel ni dr novel masa form 2 (potato people) hahaha. novel masa form 2 tu saya tak brp suka C:

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)