Tuesday, June 4, 2013

489#Ai no Kotoba ~ Isteri Tuan Guru Nik Aziz Solat Tanpa Telekung



Tertarik dengan berita ini, teringat pula pada entri INI yang Hana posted semalam :) Tengok kawan shared berita ni di news feed, baru aje di-upload di page Cinta Selepas Nikah.


Isteri Tuan Guru NIK AZIZ Solat TIDAK BERTELEKUNG
Islam itu Indah


Ketika Tuan Guru Nik Aziz hadir ke majlis perasmian Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 2012, Tuan Guru berkesempatan menunaikan solat Zohor di Istana Negeri, iaitu di satu sudut ruang pameran sempena ekspo itu berlangsung berjemaah bersama anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Walaupun tidak ada kain sembahyang yang lengkap (telekung), beliau mendidik umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat. Sekali lagi persoalan yang taboo bermain di fikiran ramai orang, 'Bolehkah wanita bersolat tanpa telekung?'

Sebelum itu, suka saya ingatkan bahawa entri ini sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Buat pengetahuan semua, di Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sering memperbetulkan salah faham berkaitan isu telekung ini menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu.

Katanya, telekung dan warna putih bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara. Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.

Apakah hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung?. Solatnya adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.

Aurat bagi wanita ketika bersolat sama sahaja dengan aurat di luar solat (kecuali kategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.

Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) dan agak tebal (tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah Islam yang sebenar yang tidak sesekali merumitkan penganutnya.

Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks dengan alasan tidak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan baunya tidak menyenangkan. Ada yang terlebih bijak pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja, termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar (malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.

Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.


Islam itu mudah bukan? Setuju dengan kata-kata Aisya Lieza di entri INI.

" Kalau nak tahu aurat kita tu tertutup dgn smpurna or not, tengoklah boleh ke tak pakaian yang kita pakai tu dalam solat  :)) "

Kan? :)

Till then.
Wassalam.

10 comments:

  1. Betulll, islam memang indah. Solat di mana2 saja. =)
    Subhanallah!

    ReplyDelete
  2. :) islam itu simple n indah kita y mbuat ia jadi complicated :)

    ReplyDelete
  3. pakai telekung atau tidak..bukan satu masalah sebenarnya..

    asalkan menutup aurat dan bebas dari najis...itu yang Aya belajar...

    hehe..

    ^^V

    ReplyDelete
  4. ISlam itu memudahkan..
    tak payah telekong pun tak apa..yang penting pakaian yang dipakai longgar dan tidak ketat seperti telanjang...siapa yang tak tau pasal agama kompom cakap sesat..hmmmm

    ReplyDelete
  5. ska bca entri nie. .pnuh dgn ilmu. .thankss. . :)

    ReplyDelete
  6. Kat Europe ni pun dorang solat tak pakai telekung, itu la kan, Islam itu mudah.

    ReplyDelete
  7. dekat Malaysia mungkin xjumpa sangat org solat dekat mana2 n without telekung sebab kemudahan yang ada. Alhamdulillah,
    Dekat sini, compass je penting untuk solat. Ada compass, solat je mana2 asalkan tempat kering n bersih =)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News