Tuesday, May 14, 2013

443#Ai no Kotoba ~ Kisah Tiga Orang Menteri & Pokok Epal


Ada terbaca di FB mengenai kisah tiga orang menteri dan pokok epal. Rasanya eloklah dikongsi bersama-sama untuk dijadikan pengajaran :)

Sumber : SINI


Diceritakan oleh Syeikh Ali Soleh Muhammad Ali Jaber, seorang guru tahfiz Masjid an-Nabawi tentang kisah tiga orang menteri dan seorang raja. 

Pada suatu hari raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni. Berkata raja, “ Pergi panjat pokok epal dan petik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing."

Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seseorang yang berpangkat menteri diberi arahan sebegitu? Disebabkan arahan khalifah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh memanjat pokok buah epal tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti bagi memenuhi karung guni yang diberi oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak. Beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi. Imannya tidak sekukuh Menteri A. 

Maka Menteri B memanjat dan sampai separuh pokok, menteri itu terfikir, “ Buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah. Cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup"

Lalu Menteri B pun turun dan mengutip buah yang bercampur. Ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri. Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri. Ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu aje dah cukup, janji penuh karung guni ni. Lagi pun raja mana ada masa untuk melihat isi dalam karung ini." 

Lalu Menteri C pun mengutip batu bagi memenuhkan karung guninya.

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja. Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat isi karung guni tersebut. Namun raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak. Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara. Baginda mengarahkan makanan yang hanya boleh dimakan ialah apa yang ada dalam karung mereka. 

Maka mereka menghadapi situasi berbeza :

Menteri A, sudah tentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buah yang lazat dan berkualiti.

Menteri B, terpaksa memilih buah yang baik. Kadang-kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupkan bekalan makanan.

Menteri C, inna lillahi...... Itu jawapan yang mampu diberi

Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita,

Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redha-Nya, 

Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C ?

Dan penjara itu seumpama kubur.

Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua kena lalui.

Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita.?

Atau kita ini hanya Menteri C sahaja?

Marilah kita sama-sama renungi dan ambil pengajaran dari kisah ini.



nota : Sebuah kisah yang cukup menarik kan? Semoga dapat menjadi pengajaran untuk kita :)

Till then.
Wassalam.

12 comments:

  1. menraik dan penuh pengajaran..:) mcm tu juga dlm hidup kita..kita kdg2 x sedr apa yg brlku..:D

    ReplyDelete
  2. First time baca cerita ni. Ingatkan cerita dongeng je. Nice sharing. Hidup di dunia hanya sementara. Bersama sama lah mencari redha-Nya.

    ReplyDelete
  3. hehe.. menarik juga yea.. kalau nak buat sesuatu keja tu kena ikhlaskan hati..kalau tak tak berkat..

    ReplyDelete
  4. cerita yg menarik dan banyak pengajaran yg boleh diambil...

    ReplyDelete
  5. penuh dengan pengajaran..nice story... :)

    ReplyDelete
  6. sangat menarik kisah ni.. jadi seperti menteri A la best.. tak sia2 dia jujur&amanah.. :D

    ReplyDelete
  7. lapar tengok buah epal tu dik..hehe

    ReplyDelete
  8. nicee heehe
    hye adik slm kenal :)
    erm now kt unikl mestech ke?
    ambik kos ape?
    akk kt miit ;)

    ReplyDelete
  9. Menarik.. Kita kena buat amal macam Menteri A kan.
    terima kasih perkongsian ini akak.

    ReplyDelete
  10. terima kasih sharing.. kadang2 kita sendiri tak tahu siapa diri kita sbnrnya..

    ReplyDelete
  11. @Mademoiselle♥ insya-Allah bulan 6 ni technical training kat sana, bulan 9 masuk degree.. hehe :D MIIT tu! City Campus :D

    ReplyDelete
  12. kita kena jujur lam smua tindak tanduk kita sbb akn ada kesan pada kkita nnti :) org jujur sllu untung :)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News