Wednesday, March 28, 2012

193#Ai no Kotoba ~ Sleepy Night



Kenapa post title cam tu? Memang mata ni dah layu semacam aje. Tapi sempat gak join segmen Abang Ben. He he. Bukannya apa, pagi tadi pergi Karnival MARA seawal 9 pagi. Hampir tengah hari, singgah lak kat Kelantan Book Fair yang diadakan berdekatan dengan kawasan karnival tu. Pukul 1.30, pergi sekolah tolong Cikgu Naeimah buat kerja sikit. Pukul 4, cikgu bawa pergi book fair dengan budak-budak ni sementara nak tumpang balik. Pukul 6.45, singgah kat pasar malam. Pukul 7.20 malam baru jejak kaki kat rumah. Hajatnya nak join segmen Cik Mun dan post pasal aktiviti hari ni dan pasal something yang mungkin berguna untuk korang, tapi nampaknya terpaksa tangguh dulu. Tak sempat nak blog review malam ni jugak. Sorry :(


1 comment:

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)