Thursday, March 1, 2012

124#Ai no Kotoba ~ 1 Mac dan Sedikit Peringatan


Alhamdulillah, dapat gak bernafas hingga akhir Februari 2012. So, I'm welcoming March 2012. Nervous! Sebab result SPM akan diberi 22 Mac ni! Ya Allah, memang sah malam 22 Mac tu tak boleh nak tidur sebab nervous fikir nak ambil result pagi 22 Mac. 


Jom pakat cuba perkara baru, perkara yang mampu mendekatkan diri kita pada Allah. Kalau dulu kita banyak langgar perintah-Nya, solat sengaja dilengah-lengahkan, tak tutup aurat and else, so why not kita cuba perkara yang lebih baik lagi? Masa kat atas dunia ni bolehlah nak kata kubur lain-lain, seksa kat dalam kubur dan neraka tu boleh ke kita tahan? I bet for sehari pun memang 150% tak boleh nak tahan seksa tu. Mati bila-bila masa aje adik abang oi~ Entah-entah esok kita dah tak bernyawa dah. Jangan main-main pasal ni.

Hana pun dalam proses nak ubah diri. Bolehlah kita pakat-pakat tegur yang mana salah, yang mana betul. Contohlah, ada bar tender yang suruh kita solat, in fact dia langsung tak pernah solat, agak-agak apa yang kita akan kata?

" Ek eleh, kau tu langsung tak solat! Ada hati nak tegur aku!"

Kan? Itulah dunia zaman sekarang. Jangan tengok pada orang yang menegur, sebaliknya tengoklah pada teguran yang diberikan. Jangan juga kita menasihati jika kita tak suka mendengar nasihat orang. So, both sides kena sama-samalah ubah diri. Kiamat tak lama aje lagi. Cuma, rahsia hari itu hanya dalam pengetahuan Allah. Dah banyak tanda-tanda akhir zaman sejak dua menjak ni.

Lately, kita dah makin alpa. Makin alpa sebab hanyut dengan nikmat duniawi. Walhal Jannah Ilahi berganda-ganda, berjuta-juta ganda lagi nikmat daripada apa yang kita kejar sekarang ni. Cuma atas kita aje, live well or live hell, we choose. Lebih baik live hell atas dunia tetapi kita dapat live well in heaven kat akhirat kelak. Takdelah sengsara nak tanggung azab berzaman-zaman. Yes. Kita akan dapat masuk syurga lepas semua seksaan atas dosa kita tu langsai tapi takkan ada orang yang sanggup tunggu kena seksa dulu baru dapat masuk syurga. Sebab seksaan satu hari di akhirat tak sama dengan satu hari di dunia.

Tak kasihan ke pada baginda Rasulullah SAW? Sebelum baginda wafat, baginda masih lagi menyebut " Umatku... umatku" Sampai begitu sayang Rasulullah pada kita walhal baginda tak pernah bertemu dengan kita. Kalau bukan pada Rasulullah kita nak harapkan syafaat, pada siapa lagi? It's true yang syafaat ada pada al Quran and else, tapi senang ke nak dapat?

Sekadar renungan, peringatan untuk Hana juga ^_^

5 comments:

  1. gud luck yer...nervous jugak ni..x tau result cam na...mintak2 dapat 11A+ la..Amin...

    ReplyDelete
  2. gud luck hana tuk spm nnti...

    yup2,sbg hamba Allah, mesti gak kena ubah diri tuk jd some1 better...

    sbb mati ni, xkire usia..mungkin esok, kite dah xde...

    ReplyDelete
  3. All the best nanti, hadapi dengan tabah^^~ ahha, bar tender pon tak pernah jumpe, yup! sama2 perlu cermin diri sendiri...

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)