About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Sunday, March 18, 2012

173#Ai no Kotoba ~ Segmen : Jom Kongsi Cerita Zaman Kanak-kanak Anda!



Yang ni segmen pertama Dalila Mimi. Jadi, pakat-pakat support dia ya? Klik banner untuk join.

Cerita zaman kanak-kanak? Agaknya cerita yang klise. Zaman mula nak kenal dunia, kan? Tentu lah nakal tak hengat! He he. Tapi, zaman kanak-kanak Ribena seorang Farhana Zukri ni tak adalah sampai masuk longkang, mandi sungai, merayau satu kampung. Sebab kampung Hana tak boleh nak didefinisikan sebagai sebuah kampung yang sebenar-benarnya. Panjat pokok? It is a must. Wajib tu. Siapa yang tak suka panjat pokok, kan? Ha ha.

Macam yang korang tahu, sejak umur lima tahun lagi Hana tengok anime. Bantai aje anime apa. Mecha, military, slice of life, romance, semua genre anime Hana rembat tengok. Gundam yang jadi favourite budak-budak lelaki (mecha and military) pun Hana tengok! Sebab tu sampai sekarang tak boleh buang virus anime ni. Tak apa, tak kisah langsung. Nak terus melekat sampai ke tua? Melekat aje lah.

Main batu seremban, congkak, Pepsi Cola, lubang tikus, semua tu jadi permainan sejak kecik. Main kejar-kejar, tipu lah kalau korang tak pernah rasa, iya dak? Gaduh sikit, terus kata tak nak kawan. Kan?

Rasa-rasanya cerita zaman kanak-kanak kita hampir sama. Dan Hana pun agak malas nak recall apa yang jadi zaman kecik-kecik tu. Tapi, zaman tu lah yang da best! Tapi, kita kena belajar mendewasakan diri. Tak boleh jadi macam Peter Pan yang tak mahu membesar. It's just a fairy tale and our lives ain't fairy tale. Peace~




Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

1 book page(s) ♥:

Dalila Samsudin said...

kita tak suka panjat pokok ! pasal kita takut tinggi :p ehek . thanks join ! :)

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)