About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Sunday, March 11, 2012

155#Ai no Kotoba ~ Sejenak Bersama Melur Jelita


Macam entri Hana yang lepas, Hana ada kasi tau pasal nak pergi jumpa Kak Melur Jelita yang famous dengan novel Awak Suka Saya Tak?. Kepada sesiapa yang belum baca, Hana sarankan baca! Novel tu memang tip top. Tanyalah sesiapa yang pernah baca ASST, pasti akan kata novel itu memang tak akan mengecewakan anda. Hana kasi lebih daripada 5 bintang pada ASST. Pengisiannya dan jalan cerita yang sempoi, boleh dikatakan ASST sama best dengan novel-novel Hlovate. Cuma Hvolate lebih berkisar pada dunia remaja sedangkan ASST lebih matured.

Sebab abah tak boleh hantar sebab ada hal yang tak dapat dielakkan, Hana usaha juga nak pergi even terpaksa naik bas. Hana pergi dengan adik Hana, Syikin. Tunggu bas sekejap aje, tak sampai 15 minit bas dah sampai. Alhamdulillah. Kitorang sampai KB Mall lebih kurang dalam pukul 12. Event tu start pukul 1. Mula-mula tu window shopping dulu sambil-sambil dan tunggu pukul 1. Dapat jugaklah pashmina dan anak tudung dalam tangan. He he. Then, Syikin ajak pergi ke kiosk Hot & Roll. Dia nak makan kejap. Lepas makan, terus chow ke ground floor. 

Nak beli novel Mustafa Kamal Artartuk nukilan Abdul Latip Talib tapi ongkosnya enggak ada. Nak kata ada tu, ada. Cuma duit tu Hana nak guna untuk beli barang nak buat felt craft lepas ni. Terpaksa tangguh niat dulu. Tak apalah, Pesta Buku Kelantan ada lagi.

Masa tengah belek buku kat ground floor tu, ada orang tegur. Rupanya Azim. Junior Form 4 kat Maher tahun lepas. Last year dia Form 3. Memang baik dengan dia. Nak mintak tolong, mintak aje dengan dia. Lagipun, dia minat novel jugak. Dia beritahu yang Kak Melur dah sampai and Azim bawa Hana jumpa Kak Melur. Ingatkan nak salam aje tapi Kak Melur terus peluk Hana. He he. Dia tak sangka Hana datang juga. Dah inform pada FB, tapi yang tu Hana tak sure lagi boleh datang atau tak. Banyak kali jugak kitorang bergambar bersama.

So, here's the pictures.



Jangan kat apa-apa. Hana tahu kaki Hana nampak pelik. Abaikan ;)



Sejak dua menjak ni, line macam siput sedut aje. Nak upload banyak-banyak pun tak boleh. Dulu tak macam ni. Sebab perubahan cuaca yang selalu hujan ke? Wallahualam. Oh ya! Kak Melur kata dia akan datang ke Pesta Buku Kelantan 2012 yang akan datang. Insya-Allah akan pergi lagi. Tapi, memang terbaik dan meriahlah KB Mall Book Fair 2012 ni. Sesi bersama Sara Aisha dan Fauziah Ashari pula lepas sesi bersama Kak Melur. Minggu depan Anita Aruszi dan Siti Nur Dhuha pulak yang datang.

nota comel : Okey tak header baru Blog Cik Haruno Hana tu? Ngeh3... Rasa-rasa nak letak gambar edit tak menjadi ni. Peace~


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

4 book page(s) ♥:

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

wah!bestnya pesta buku kat kb mall!lama xg..huhu...biasa wajib pergi sbb suka buku2 cite..nanti nak baca buku hana la..tunggu balik nanti..hehe...hana duk kelate kat mane?

Haruno Hana 하나 said...

Kaisara : best Kak Dila! banyak sangat buku kat sana! Hana dok alik Salor, sebelum Pasir Mas.. Kak Dila org kelate gak eyh? dok alik mana? :D

dear yayah said...

serius ke best novel ASST? nak beli gak la :)

Haruno Hana 하나 said...

Yayah : best!!!! mmg rugi kalau x baca! novel ni len dr yg len

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)