Saturday, May 19, 2012

294#Ai no Kotoba ~ Review 4 Blog



Rindunya kat blog ni. Dah seminggu Hana tinggalkan blog ni. Janggal sangat sebab biasanya hari-hari update blog tapi sekarang ni baru dapat update lepas seminggu. Alhamdulillah, sepanjang Hana dok kat KMKN ni, semuanya best. Yang penting makan best. Ho ho ho.

Orientasi dua minggu, minggu depan habis hari Rabu. Nak cerita banyak-banyak sal KMKN tapi nanti dulu lah. Hana nak review empat blog daripada GA Nurin dulu ya? For 24 hours.


*Dah banyak kali reload tapi still tak nak keluar header. Sorry*



Daa~

Sunday, May 13, 2012

[SPECIAL] Review 5 Blogger Terpilih




*Sticky Post 48 jam*








Sila klik pada header untuk ke blog mereka. Update pantas! Hari ni ada jamuan kecil-kecilan. Esok dah nak bertolak ke Kedah. Sorry kalau tak sempat nak balas jejak korang. Kepada yang follow, tinggal kan link di Shoutbox untuk memudahkan Hana follow balik. Thanks

Saturday, May 12, 2012

293#Ai no Kotoba ~ Segmen : Geng Blogger



Sempat lagi join segmen sebelum bertolak ke Kedah. Jom join!. Tamat pukul 11.59 hari ini :)

Hana Geng Blogger C :)

Kepada peserta Segmen : Geng Blogger ni yang follow Hana, sila tinggalkan komen dan URL blog kat entri ni untuk memudahkan Hana jejak korang balik dan follow. Tapi, Hana cuma boleh follow balik blog yang ada Follower Widget sahaja. Dah sampai limit follow guna Button Follow yang float tu. Ada sesiapa yang still tak tahu kenapa? Boleh baca details kat SINI.
Terima kasih.

nota : Mulai 12 Mei (hari ini), Hana tak akan online blog, FB mahu pun Twitter sebab akan bertolak ke Kedah. Esok (13 Mei), akan mula berdaftar di Kolej MARA Kuala Nerang. Sorry matriks and UiTM, saya pilih KMKN berbanding anda berdua. Tolong doakan perjalanan kami selamat ya? Amin.

Friday, May 11, 2012

292#Ai no Kotoba ~ Hadiah Daripada Mereka =)


*kalau rasa ini entri nak show-off, tekan pangkah ya*

Alhamdulillah. Jamuan kecil-kecilan berjalan dengan lancar. Terima kasih pada Cikgu Naeimah, Najwa, Juniey, Safwe, Ezzat, Farah (walaupun mari sebentar cuma untuk beri hadiah sebab perlu segera ke tempat lain), saudara mara Hana yang sudi datang petang tadi. Terima kasih untuk kunjungan dan juga hadiah yang diberikan :). Dan juga pada sesiapa sahaja yang beri hadiah pada hadiah beberapa hari sebelumnya. Thanks a lot =)

Daripada Alya. Tee yang comel :3

Daripada Mak Cik Ton dan Aqeer *jiran*

Daripada Farah =) *tak boleh bawak ke KMKN, terpaksa tinggal kat rumah =(*

Daripada Najwa ;)

Daripada Cikgu Naeimah *diseludup dalam beg untuk dibawa ke KMKN*

Daripada Cikgu Naeimah juga *dah ada dua pasang kasut la nampak gayanya. yayy!*

Hajatnya nak tidur awal malam ni tapi tersangkut dengan Narnia : Prince Caspian. Ho ho ho. Ada date kejap dengan Ben Barnes malam ni di TV3 pukul 10 malam ;)

Thursday, May 10, 2012

291#Ai no Kotoba ~ ALERT Muslim! Jom Report Page Ni!





Mula online awal pagi tapi dah buat Hana mengucap panjang. Mula-mula sebab terbaca status Liyana Izzati pasal Edward Martin Jesus. Seorang lelaki yang terlalu bodoh kerana murtad dan telah menetapkan ingin membunuh diri pada 3 Jun ini hanya kerana cintanya di-reject oleh seorang perempuan. 

Jikalau profil FB Edward Martin Jesus itu real, bukan fake dan memang benar dia murtad dan nak bunuh diri kerana cinta di-reject, doakanlah dia agar segera bertaubat sebelum terlambat. Berdasarkan komen-komen kat setiap status dia, kawan-kawan FB dia telah menasihatkan dia hampir berbulan-bulan kerana sayangkan dia yang sudah sesat daripada jalan Islam. 

Kedua, sebab tengok share kat Fan Page Apit pasal satu page yang cukup-cukup menghina Islam dan page itu memang wujud. Hana dah siap buka dan report page tu lagi. Sebak betul tengok Islam dihina sebegitu rupa dan mereka menghina Rasulullah SAW dengan lakaran seekor haiwan, al Quran dilukis seolah-olah berada di atas tanah dan najis ada di atas kitab suci itu.


Sila ke link INI untuk report page.

Begitu mudahnya Islam dihina sedemikian rupa. Di mana kegemilangan Islam sewaktu pemerintahan Khulafa al Rasyidin, Khalifah Umar al Aziz, Salahudin al Ayubi dan Sultan Muhammad al Fateh? Benar lah dunia semakin mendekati kiamat. Bila kita hanya menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri, bila agama kita dengan mudahnya dipersendakan oleh musuh-musuh Islam dan bila kita hanya mampu melihat sahaja tanpa dapat bertindak apa-apa.

Ya Allah, Kau jauhkan kami daripada fitnah akhir zaman, selamatkanlah kami daripada sebarang kegoncangan iman. Sesungguhnya hanya kepada-Mu kami memohon. Kami sedar iman kami tidak setebal iman para sahabat Rasulullah, para tabiin dan ulama-Mu yang lain, maka kami mohon serendah-rendah hati kami agar Engkau sentiasa memelihara kami dalam jagaan-Mu Ya Rabb. 

Jangan biarkan musuh-musuh Islam mentertawakan kita. Kita gunakan peluang yang kita ada untuk menentang mereka semula. Peringkat iman ada dalam tiga kategori. Pertama, mencegah dengan menggunakan tangan (kuasa), kedua mencegah dengan lisan dan ketiga ialah mencegah dengan hati dan mencegah dengan hati merupakan selemah-lemah iman.

update : Apa yang seorang rakan blogger beritahu, page ni ada lagi. Cuma orang yang buat report tu aje yang tengok page ni Not Found sedangkan page ni ada lagi sebenarnya. :(

Wednesday, May 9, 2012

290#Ai no Kotoba ~ Dua Doodle Baru Daripada Apit



Tentu ramai yang dah join Segmen : Doodle Nama Saya kat blog Apit kan? He he. Alhamdulillah sekali lagi Hana dapat jadi peserta terpantas yang Apit nak. Tapi, tak lama lagi dah nak sambung mengaji, so tak dapat online 24 jam 7 hari macam sekarang. Ada masa-masa tertentu untuk online. Dan ini juga bermakna mungkin Hana tak dapat jadi peserta terpantas segmen doodle Apit lagi. Wuuwuu (T^T).

Kali ni nak tunjuk doodle terbaru yang Hana dapat daripada Apit! Oh ya. Kenapa dua? Dua tu sebab doodle untuk Segmen : Saya Nak Doodle Nie! tu Hana tak buat lagi entri sampai sekarang. So Hana nak letak sekali dalam entri ni lah :)

Doodle daripada Segmen : Saya Nak Doodle Nie!
Sekilas pandang nampak macam SNSD's Seo Hyun dalam We Got Married je. Kan?

Yang ni pula doodle daripada Segmen : Doodle Nama Saya
Macam nak buat header baru dengan doodle ni je :P

Memang suka sangat semua doodle yang Apit buat. Semuanya comel-comel, cun melecun gitu. Untuk dua segmen paling latest ni Hana dah stop guna warna turqoise. Biasanya akan guna warna turqoise kan? Saja nak try guna warna lain pulak. Daa~ (^.^)v

289#Ai no Kotoba ~ Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan




Ditag oleh Kak Yayah. So, cepat-cepat lah Hana nak settlekan tag ni :)


Nak join sila klik header Miss Z :)

Jumlah follower : 1300
Negeri kelahiran : Kelantan

Done (^_^)
s



288#Ai no Kotoba ~ Wordless Wednesday : Unstable Mood




+



Tuesday, May 8, 2012

287#Ai no Kotoba ~ Sebab Kenapa Saya Pilih UniKL







Bermula entri INI, INI, INI, INI, INI sehingga lah entri INI, Hana ada beritahu yang Hana terima offer untuk Foundation in Science & Technology - Science under UniKL kan? Setakat hari ni, ada yang menyokong dan ada jugak yang tak menyokong dengan alasan mereka yang tersendiri. Gara-gara UniKL ni IPTS. 

" Kau dah dapat matrik, dapat UiTM tapi still nak pergi UniKL yang sah-sah IPTS tu?"

Yes. Memang Hana dapat matrik kat Kuala Pilah, dapat UiTM pun kat Kuala Pilah tapi Hana memang insist nak pergi FIST - Sci kat Kuala Nerang ni. Dah lah dapat first choice for UPU, ingat senang ke nak dapat first choice yang kita nak tapi still berdegil jugak nak ke UniKL yang IPTS ni. Apa kes?

Macam yang Hana dah membebel banyak, UniKL ni under MARA. Setiap pelajar dia boleh buat loan MARA dan akan bayar ikut pointer. So, the point is Hana dan semua student yang buat loan MARA kat UniKL ni kena study rajin-rajin biar dapat pointer gempak. 3.5-4.0 tak payah bayar. Free of charge. Lagi untung daripada PTPTN. Kalau nak apply biasiswa, Hana tak dapat straight As. Ha ha. Budak-budak yang dapat straight As pun kena compete with each other, apatah lagi Hana ni. Peace (^.^)v

Graduan UniKL pun makin laku sekarang ni. Ramai yang tak grad lagi tapi dah dapat offer kerja. UniKL pun ada banyak praktikal. Bukan main teori aje semata-semata dan silibus UniKL pun boleh kata diiktiraf uni kat UK lah. And Hana dah tekad nak ke sana. Jadi, Hana harap korang support lah pilihan Hana ni. Banyak lagi sebab kenapa Hana pilih UniKL tapi biarlah Hana aje yang tahu. 

Hajatnya nak apply degree Medical Science in Environmental Healthcare lepas foundy selama 1 tahun 2 bulan ni. Dah banyak jugak survey sal degree ni. Angan-angan betul. Daftar pun belum lagi. Tak sabar nak ke KMKN! XD

Ni antara kawan blogger yang akan ke FIST UniKL dan diploma kat UniKL - Wawa, Farah dan Azam. Wawa aje sama foundation dengan Hana, Farah dan Azam pulak diploma. Apa pun, all the best! :D Wawa pun ada buat entri tau? Klik SINI

Tak sabar tunggu 13 Mei ni <-- tarikh daftar FIST (>__<) 

286#Ai no Kotoba ~ Hari Apa Ni Ya? Ada Yang Special Ke?



Saja je tajuk macam tu. Firstly Hana nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sedunia! Ucapan ni khas ditujukan kepada semua sukarelawan Palang Merah/Bulan Sabit Merah tak kira lah korang menetap kat mana. Khususnya kepada Cikgu Naeimah, rakan-rakan Majlis Penasihat BSM Maher (Faiz, Juniey, Faisal, Syawal, Iqa, Apiz) dan Abe Mie, sukarelawan BSM Malaysia/Kelantan. 


Kerana kenal dan aktif dalam BSM, Hana mula berani berdepan dengan orang ramai. Kalau tak, memang sure tak nak bercakap in public. Hana juga kenal semangat kesukarelawan yang tak dapat dibayar dengan apa-apa. Memang puas hati kalau dapat menolong orang. Betullah apa yang orang cakap, aktif dalam kokurikulum atau mana-mana badan NGO sedikit sebanyak membantu kita yakin pada diri sendiri selain daripada dapat menimba pelbagai pengalaman, belajar skill yang tak pernah kita cuba dan mengenali semua orang.

Jadi, Selamat Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sedunia! Insya-Allah, kita akan bertemu lagi 8 Mei yang akan datang. Chill~ (^.^)v




(^.^)v




Monday, May 7, 2012

285#Ai no Kotoba ~ Segmen : Doodle Nama Saya




Nama : Hana
Warna : #FA5858

Tagging :

Done!
Doodle daripada segmen last pon Hana tak buat entri lagi (-.-)

284#Ai no Kotoba ~ Dah Semak UPU Korang?




Tak sampai lagi jam 12 tengah hari 7 Mei 2012 untuk semak kemasukan UPU tapi dah boleh semak sekarang ni. Kepada yang lahir tahun 1994, boleh ke SINI untuk semak result UPU korang. Ingat tu. Yang lahir tahun 1994 aje tau? Ha ha. For those yang berdebar-debar, lafaz lah basmalah (basmalah merupakan kata untuk ungkapan Bismillah). Tenangkan diri dulu. Masukkan no IC dan tekan Masuk. Terus terpacul result UPU korang.



Alhamdulillah, Hana dapat first choice. Memang cita-cita nak jadi food technologist sebab tu apply Diploma Teknologi Makanan. Tapi, nampaknya Hana akan say goodbye to my first choice sebab memang nak ke KMKN for UniKL Foundation. He he. Sorry, UiTM. Mungkin cita-cita nak jadi food technologist tu pun akan bertukar.

Lepas foundation tu boleh je Hana apply degree Chemical Engineering for Food. Tapi, lepas survey banyak-banyak dengan senior, Hana jadi berminat dengan Medical Science in Environmental Healthcare lak. Apa-apa pun, it's still a long journey. Foundation pun tak masuk lagi. Wish me all the best! ^_^

Batch SPM 2011, korang dapat kat mana? Share la jugak :)

283#Ai no Kotoba ~ Thanks Korang :)



Sepanjang 6 Mei 2012 memang boleh kata Hana tak online langsung. Online pun masa pagi tu aje. Ada outing dengan kawan-kawan Hana. Girls day out okay? Ha ha. Last outing sebagai penanam anggur tidak bertauliah sebelum pergi KMKN dan bergelar pelajar balik. 

Entri ni macam appreciation untuk kawan-kawan Hana yang ada berikan hadiah. Thanks banyak-banyak Na, Eifa dan Alya. Tapi ni tak bermakna Hana kecik hati dengan mereka yang tak bagi hadiah tau? Chill aje (^.~)v

Yang ni Na dan Eifa yang belanja B-) Mereka berdua beli satu slice seorang untuk Hana dan Hanun yang akan ke KMKN. Absolute Chocolate from Secret Recipe. Kek terbaru from SR yang awesome! Suka rasa choc yang pahit-pahit macam ni. Tak sempat nak snap. Terus ngappp! masuk mulut B-)

Baju ni Alya yang beri. Comelnya gambar makanan kat situ >__< Thanks Alya. Aku bawak pergi KMKN eyh? He he :D

Satu outing yang best! Jalan-jalan pusing KB Mall cari barang. Sempat jugak sambar tee lengan panjang sehelai dua. Beli inner neck jugak sebagai spare inner neck Hana yang ada satu aje tu. Lagi pun sekarang musim sale. Potongan sampai 70% pun ada (@.@). Rambang mata kejap.

Nasib baik tak ramai orang sebab Dato' Siti dah datang hari sebelumnya. Kalau tak tentu ramai macam apa aje. Orang yang tengah berhimpit-himpit secara sengaja pun ada. Sudah lah buat muka tak malu depan public. Dey.. cari tempat tersorok lah kalau kau nak berhimpit-himpit macam tu. Tak kenal ke jantina korang ni?

Update merapu di pagi hari. Jam baru aje menunjukkan pukul 5.04 pagi. Nak upload gambar outing, tapi dengan Na dan Hanun yang banyak. Harap je Hana bawak kamera dan henfon, tak snap sendiri. Malas aih. Cilok mereka punya aje.

Saturday, May 5, 2012

282#Ai no Kotoba ~ " Comel Tak Bantal Baru Saya?"



Entri bergambar! Entri pasal adik bongsu Hana. Kalau tak nak baca tak apa. Kali ni update personal aje. Neesa dapat bantal baru~ Handmade punya! Tapi kali ni bukan Hana yang buat. 50-50 dengan mama. He he. Tapi muka monyok aje tu sebab baru lepas gaduh dengan adik lelaki bongsu Hana. 






Broaden News