Monday, June 24, 2013

510#Ai no Kotoba ~ First Week Technical Training :D

*scheduled post*

Yang ni cerita minggu lepas. 

The first week of my so called technical training.

Hari Sabtu 8 Jun tu kami daftar di UniKL MESTECH, around pukul 12 PM. Untuk tahun ni, cuma 24 orang pelajar FIST UniKL SPT Science 2012/2013 sahaja yang ber-technical training di UniKL MESTECH. 21 orang pelajar perempuan, 3 orang sahaja pelajar lelaki. 

Nampak tak kaum Adam dah nak pupus tu? He he :P

Hana, mama, abah dan Neesa pergi ke UniKL MESTECH pagi tu dengan bantuan Che Long. Che Long ni nak kata abang sepupu Hana tu, bukan. Tapi ada kaitanlah dengan keluarga belah mama. Kebetulan Che Long and his family tinggal di Kajang, so memudahkan sikit urusan Hana.

Lepas daftar, isi borang, ambil gambar untuk student ID, pilih saiz untuk lab coat dll, kami semua pergi ke hostel. Hostel agak jauh daripada kampus, berpeluhlah setiap kali jalan nak pergi kampus atau balik ke hostel. Hostel kami tu macam apartmen. Setiap unit rumah ada tiga bilik dan penghuni enam orang.

Tapi, sekarang setiap rumah mengalami rombakan. Akan ada lapan pula penghuni, dan ada tambahan katil di setiap bilik tengah di setiap unit rumah.



Hari daftar. Memang selesalah rumah yang kami dapat. Bukan yang Hana dan housemates aje, setiap unit rumah pun sama. Besar, selesa. Loker pun besar. Meja yang ada beg tu meja saya ya kawan-kawan :D He he.


Gambar atas ni jadual untuk our fist week. Banyak talks, tests dan lectures aje. Tapi bukan lectures macam kat kolejlah. Banyak borak. He he :D 


Skill Lab. Masa ni kitorang diperkenalkan dengan dunia medical sedikit sebanyak dan kepentingan CPR. 


Sir Norzein yang bertugas untuk First Aid Module. Sir Norzein ni sporting habis! Cerita beliau sepanjang menjadi MA di IJN selama hampir 16 tahun sebelum bekerja di UniKL MESTECH memang menarik! 

Sir Norzein bercerita mengenai medical life dan juga pasal CPR. Beliau kata, ada sesetengah medical based staffs, tak kisahlah doktor ke, MA ke apa ke, pentingkan populariti dan duit. Beliau ingatkan kami untuk sentiasa ikhlas dengan kerja kami. Kalau pentingkan glamor ke, duit ke, kita takkan ke mana. Bekerjalah secara ikhlas dan kerana Allah SWT. Tambahan lagi, kerja dalam dunia medikal ni memang perlukan kesabaran yang tinggi.

Beliau ada bercerita, selalu juga baru aje sampai rumah nak makan nasi atau baru aje tutup pintu pagar, kena panggil untuk kembali ke hospital. Letih memang letih, tapi itu dah tanggungjawab, nak buat macam mana kan?

Oh ya, Hana bercerita pasal dunia medikal ni tak bermaksud Hana ambil medik. Tak. Insya-Allah Hana akan ambil Clinical Laboratory Science (CLS). CLS ni sama aje dengan biomedical (info daripada lecturers), cuma nama aje lain. CLS ni memang kerja banyak duduk dalam lab ajelah.

CLS tak sama dengan medik. Kalau doktor akan jumpa pesakit, kami yang ambil CLS ni tak akan jumpa direct dengan pesakit. Kami akan dapatkan sampel dan mulalah buat kerja analisa dll.

Banyak lagi nak cerita ni x) Hiks! 

Till then.
Wassalam.

8 comments:

  1. menarik :) krja lab ni xdelah pning sgtkn..sllu juga jenjlan tgok skitar hspital msa di wad dlu..tp diorg ni 1 la..jalan laju he3..All the best..

    ReplyDelete
  2. Wow tahniah, hebat course u buat. All the best dear, umah pun cantik dapat. Have fun ;)

    ReplyDelete
  3. hana memang praktikal di makmal la ya?

    ReplyDelete
  4. tempat hana ni kat mana ye? Kajang eh? tp kt mana eh?

    ReplyDelete
  5. @Mizz Aiza lecture pun ada tapi banyak kat makmal la :)

    ReplyDelete
  6. @aisya kat UniKL MESTECH.. dekat ngan KTM Kajang, Silk Highway :)

    ReplyDelete
  7. All the best dear.. seronok dia rumah besar2 ek.. ;)

    ReplyDelete
  8. Bagus hana ni..x lokek kongsi ilmu apa yg dia belajar...thanks tau.. :-)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News