Tuesday, June 4, 2013

488#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Ao no Exorcist



Anime 25 episodes ni dah banyak kali Hana re-watch, tapi sekarang baru rajin nak buat review :P He he. Ao no Exorcist also known as Blue Exorcist ni Hana suka part hubungan family antara dua watak utama dalam ni dengan ayah angkat mereka.

Okumura Rin dan Okumura Yukio merupakan kembar yang dipelihara sejak first day mereka lahir lagi oleh Father Shiro, seorang exorcist. Mereka hidup bahagia je dengan Father Shiro's subordinates di sebuah gereja. Rin merupakan abang manakala Yukio pula adik. Walaupun kembar, perangai mereka berdua mengalahkan langit dan bumi. Bak kata Cik Kaseh, seorang kuat tapi bangang, seorang lagi lemah tapi bijak :P Ha ha.


Sejak kecil, Rin seorang kanak-kanak yang selalu bergaduh dengan orang lain disebabkan kekuatan luar biasa yang dimilikinya. Tapi dia langsung tak tahu pasal perkara ni. Tapi sebab tu lah Rin selalu lindungi adik kembarnya yang mempunyai badan yang lemah. 

Pada umur 15 tahun, rahsia sebenar kelahiran Rin dan Yukio terbongkar gara-gara Kurikara (demon slayer sword) tak lagi mampu menahan kuasa sebenar Rin. Sebenarnya Rin dan Yukio merupakan anak daripada Satan dan manusia biasa. Cuma disebabkan tubuh Yukio yang lemah, the demonic power cuma ada pada Rin. Sebab itulah Rin agak liar sejak kecil lagi.


Father Shiro yang sudah mengetahui perkara ini cuba melindungi Rin. Malangnya, beliau terbunuh kerana Satan dah menguasai tubuhnya. Father Shiro terpaksa bunuh dirinya sendiri untuk mengelakkan Satan terus menguasai tubuhnya dan mengambil Rin kembali ke Gehenna. Dalam anime ni, ada dua dunia iaitu Assiah dan Gehenna. Assiah merupakan tempat manusia tinggal manakala Gehenna merupakan tempat Satan dan sekutunya.

Pedang Kurikara yang Father Shiro serahkan kepada Rin menyebabkan Rin berubah bentuk kepada demon selepas Rin mengeluarkan pedang itu. Asalnya Father Shiro sudah berpesan, jangan sesekali keluarkan pedang tersebut untuk mengelakkan fizikal Rin berubah. Malangnya demi nak selamatkan pekerja-pekerja bapa angkatnya, Rin terpaksa juga keluarkan pedang tersebut. Walaupun masih lagi berbadan manusia kerana dia merupakan half demon tapi fizikal Rin ada sedikit perubahan selain daripada dapat melihat makhluk halus di sekitarnya.

Lepas kematian Father Shiro, Rin masuk ke True Cross Academy atas pertolongan kawan bapa angkatnya, Mephisto Pheles. Tujuannya cuma satu, dia nak jadi exorcist untuk kalahkan Satan yang dah menjadi penyebab kematian Father Shiro. True Cross Academy merupakan akademi biasa pada luarannya, tetapi ada juga pembelajaran untuk menjadi exorcist kepada sesiapa yang berkenaan.

Tanpa pengetahuan Rin, sebenarnya Yukio sudah menjadi exorcist selepas tamat pengajian exorcist di akademi itu dua tahun lepas. Rin terkejut kerana Yukio sudah menjalani latihan sebagai exorcist sejak mereka umur tujuh, lapan tahun lagi. Yukio menjalani latihan kerana ingin melindungi abang kembarnya selepas dia mengetahui rahsia Rin sejak kecil lagi. Father Shiro orang yang bertangunggjawab melatih Yukio.


Apa yang paling Hana suka pasal anime ni, suka tengor brotherhood love antara Rin dan Yukio. Mula-mula tengok anime ni ingatkan anime ni mengisahkan permusuhan mereka berdua selepas kematian Father Shiro, rupa-rupanya tak. Sengal pun ada juga. Mereka sama-sama nak protect diri mereka. Rin dan terus protect Yukio seperti masa mereka kecil dulu, Yukio jalani latihan exorcist sebab nak protect abang dia selepas dia tahun rahsia sebenar Rin dulu.

Tapi tak best sebab Father Shiro mati awal :( Flashback antara mereka dan Father Shiro pun best. Walaupun mereka berdua bukan anak-anak kandung Father Shiro, tapi Father Shiro amat sayangkan mereka. Masa Rin mengamuk di tadika dulu pun, Father Shiro datang tenangkan dia.


Last episode antara favourite Hana sebab suka tengok mereka berdua bergabung untuk musnahkan Gehenna Gate :) Rahsia antara pertemuan Satan dan Egin Yuki, ibu kandung mereka juga agak mengejutkan sebenarnya.

Sesiapa yang meminati anime bergenre action dan comedy bolehlah tengok anime ni :) Serius takkan mengecewakan. Tapi brotherhood love antara Rin dan Yukio merupakan penarik utama untuk Hana tengok anime ni berulang-ulang kali (Y) 

Till then.
Wassalam.

nota : Dalam proses menaip scheduled post memandangkan minggu hadapan Hana akan mula technical training :)

4 comments:

  1. WAHH~~ best nyerr.. apa2 un slmt praktikal hana :))

    ReplyDelete
  2. hana minat betol eah ngn anime..hehe :D

    ReplyDelete
  3. 1st time sy tgok gmbar anime ni..mcm menarik je :) suke tgok anime yg lawak dn ada super power, nnti nk try tgok la bila dh hbis lyan 1 piece

    ReplyDelete
  4. Anna dh tgk dh anime ni. Surely! The most awesome anime that I've ever watched!Mmg best la.. Bole bg A+++++

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)