About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Sunday, March 4, 2012

135#Ai no Kotoba ~ [Tips] Apa Yang Patut Ada Dalam Blog Comel Korang


Lagi empat minit nak masuk 12 tengah hari. So, selamat tengah hari semua. Mungkin entri ni dah biasa orang buat, tapi Hana tetap nak buat jugak! Tak kira! Tak kira! Nak buat jugak! He he. Okeylah, masa Hana blogwalking kan, adalah jumpa blog yang dianggap... err... okey, Hana tak tahu nak cakap macam mana. Blog dah comel, cuma ada sedikit yang mungkin akan menganggu kecomelan blog tersebut. Hana bukannya nak memandai " Kau! Ikut cakap aku! Kalau tak nahas kau!" Tak adalah sampai macam tu, Hana kan budak baik Kan? Kan? Kan? *kelipkan mata*






Hana just nak bagi nasihat sikit, especially pada newbies dalam dunia blogging ni. Kita ni dah macam satu family aje. Hana baru aje tiga tahun dalam dunia blogging ni, starting September 2009. Tapi kalau korang cari, takkan jumpa punyalah entri zaman 2009 tu. Semua Hana dah delete. Entah apa-apa entah entri tu semua. Ha ha.

Okeylah, berbalik pada post title kat atas tu. Ni berdasarkan pengalaman Hana dan bloggers yang lain juga. Boleh kata, mengenai apa yang patut ada dalam blog korang yang comel tu. Ya, Hana tahu. Blog Hana tak secomel blog korang *muka sedih*. Tapi Hana tak kisah~ Ikut taste masing-masinglah kan?



1. Falling Heart/Petals/Snow etc

Hana rasa korang tak payah letak semua ni. Bukan apa, memberatkan nak loading dan juga boleh menganggu blog readers korang. Tapi, snow should be fine. Setakat ni, snow tu kecil-kecil aje dan jenis blur. Jadi, tak adalah menganggu sangat. Tapi, nasihat Hana tak payahlah letak terus. Untuk kemudahan korang dan bloggers lain jugak. Kan?



2. Susunan Widgets Yang Berterabur.

Kalau yang ni, memang akan buat blog korang nampak berserabut. Alah, macam buku kat raklah. Kalau berterabur, takkan tak ada langsung rasa cam pemandangan tu semak aje? Jadi, susun baik-baik widgets korang. Contohnya, kalau ada bloglist atau blog archive, letak scroll bar untuk nampak lebih kemas dan menjimatkan ruang. Tak tau nak letak macam mana? Ada tuto nak buat scroll bar untuk dua benda alah ni kat blog Kak Lyssa. Search aje dan ikut step tu. Senang aje. 

Then, kalau ada yang suka letak gambar tu, Hana rasa baik letak satu, dua aje. Bukannya apa, akan memberatkan blog korang juga. Padan gambar kat dalam entri aje. Tak pun buat slide show untuk gambar. Tapi rasanya akan memberatkan blog korang juga.



3. Widgets Yang TIDAK Patut Ada Dalam Blog Korang

Kali ni, khas untuk bloggers yang suka letak macam-macam widgets kat dalam blog diorang. Contohnya, jam, kalendar, effect muzik/snow/etc kat sidebar mereka, ikon follow me yang animated cam ikon Kpop artis, anime character lah and so on. Semua tu jugak akan memberatkan blog korang dan akan membuatkan blog korang akan nampak tidak kemas. Jam dan kalendar? Boleh tengok kat task bar lappy masing-masing. Semua ada jam dan kalendar kat task bar korang kan? Tipulah kalau tak ada. Dan juga, tak payahlah letak Alert Message atau Welcome Image (Click Enter). Memang comel, cuma setiap kali nak baca entri lain, mesti dua benda tu akan muncul lagi, dan lagi, dan lagi. Nasihat aje, ikut korang nak ikut atau tak.



4. Comments

Yang ni paling ramai yang tak suka. Kalau korang nak bloggers lain ringan-ringankan tangan untuk menaip komen, tolonglah jangan letak Words Verification. Bukannya apa, akan melambatkan masa dan akan buat sesetengah bloggers tak ada mood dan terus tak nak komen. Korang kata tak buat? Baik cek dekat setting. Sebab sesetengah bloggers tak tahu yang diorang letak Words Verification atau tidak.

Nasihat Hana, gunakan Pop Up Window, no Words Verification dan ada Comments Moderation. Itu yang terbaik. Sebab apa? Pop Up Window tak perlukan bloggers untuk reload page entri yang nak dikomen macam Embedded Below Post dan Full Page. Comments Moderation pulak akan memudahkan korang cek kalau ada komen pada previous entries atau entri yang mana-mana sahaja. Words Verification? Say NO to Words Verification! That's THE BEST! *okey, emo. abaikan*.



5. Fonts

Gunakan Font yang mudah dibaca macam Comic Sans, Arial dll. Jangan guna jenis font macam Monotype Corsiva atau sekutunya yang susah nak dibaca. Apatah lagi kalau tulisan tu kecil. Korang kena alert bab ni. Bukannya apa, kalau font kat entri korang jenis sekutu Monotype Corsiva, memang akan menyakitkan mata untuk bloggers lain membacanya. So, tukar kepada font yang mudah untuk dibaca. Korang tak nak menyusahkan followers korang kan? Oh ya! Gunakan saiz font yang memudahkan bloggers lain nak baca juga, Kay?



6. Song

Hana tak kisah korang nak letak lagu sampai 10,20 buah lagu dalam satu playlist. Itu hak korang sebab tu blog korang. Tapi, untuk tidak menyusahkan followers korang, sila letakkan playlist yang ada Pause Button.  Paling Hana tak suka, Gatisan Muzik. Sebab rasanya tak jumpa lagi Pause Button untuk widget ni. Paling senang, guna yang jenis float button yang nampak macam kotak kecil tu atau SCM Player seperti kebanyakan bloggers guna. Bukan jenis statik aje kat sidebar. Kesian pula bloggers lain nak cari, kena scroll down dulu baru jumpa sebab nak tekan Pause. Tak tahu macam mana nak buat? Pergi tanya Kak Lyssa. Ada aje kat blog dia.



7. Letak Link Pada Cbox

Untuk sesiapa yang nak letak link kat Chatbox, tolong letak baik-baik. Ada tu bila Hana klik, keluar page Yahoo etc. Bukannya blog mereka. Tolong cek dulu betul atau tidak URL korang. Memudahkan kedua-dua belah pihak. Tak adalah korang fikir yang Hana tak nak jejak blog korang balik kan? Dan satu lagi, sila letak link blog korang dalam Blogger Profile. Sebab sesetengah tu tak letak link dan tak boleh nak buka Profile mereka. So, tak boleh nak jejak balik juga. Thanks ^_^

nota comel : Hana bukan nak tunjuk pandai. Cuma nak kasi nasihat sikit aje. Chill~

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

18 book page(s) ♥:

Uzumaki Nasake said...

HAHAHAHA.........
ada cerita dlm entri awak saya terasa... tetapi saya terimanya dengan redha... setiap blog ada cita rasa masing2... tetapi saya sokong sgt2 ttg lagu n komen... Mmg bengang if xde button pause or ada word verications bila nk publish komen.... :)

Haruno Hana 하나 said...

Nasake : sorry :) bukan nk buat org lain terasa.. just nak beri nasihat aje ^_^ part lain Hana rasa ok cuma mungkin akn mberatkan blog.. tp paling x suka part komen dan lagu xde pause tu.. hehe :D

shar90 said...

bagos btol tip nie,,,hehe. blog sye pon berterabur gak dlu, skrng elok skit kot?... tp kan SCM Player ade sikit klemahan, blogger yg pkai google chrome xleh view entry spenuhnya *rasenya lah... haha :)

mirmashi said...

bab lagu tue setuju gilak2 . haha . paham2 laa kan , bile blogwalk kite bukak byk2 blog . lau 10 blog kite bukak , sume ade lagu , x ke serabut . sbb tue laa saya , selalu mute sound dekat komp lau nk bw . hehe :)

aku HaniAsyira said...

dulu tak pasan ader word verification... selamat ader yg tgur.. padahal dulu pnyalah bengang sape yg ader kan.. hahaha.. pastu, mang tak sukalah yg letak lagu... kalau buka bnyk2 blog mang.. aishhh.. pakai earfon tapi xdgr pun.. lalala~~

Carpet Cleaning Melbourne said...

Hello... glad to visit here again.. Have a blessed week ahead.. Smile!!!

Yuyu Ashari said...

paling geram pasal lagu tu. kalau bukak lebih dari satu tab, da macam radio rosak la. saket hati ! haha.

Haruno Hana 하나 said...

Shar : haha.. Hana rasa camtu gak.. skrang Hana cuba guna pause button aje and takde msalah nk reload.. dulu reload penuh, entri pun boleh bc.. cuma kdg2 blog akn reload scra auto bila Hana reload dh sekali

Mirmashi : haha.. paling geram bila takde Pause, kan? nak dengar lagu kita sndiri pun x boleh ^_^

Hani : word verification tu agak bhaya.. jd xde mood nk komen.. hehe

Yuyu : yes! kdg2 bengang pasal shockwave.. kena reload balik.. hehe :D

AiSyA LiEzA said...

ahhaha.. sokong hana.. jgn ada word verification.. lagu ^^'' adoyaii.. ho3... btw.. nk tya hana.. blog saya ok x?? :D

Haruno Hana 하나 said...

Aisya : blog Aisya? sudah kemas + loading pun sekejap aje.. itu dah bagus ^_^

AiSyA LiEzA said...

hana... aisya xtau nk cari kat mana background y simple cm hana.. hana cri kat mana?? :D boleh kongsi x?? :)

Haruno Hana 하나 said...

Aisya : Hana google aje :) contohnya, Aisya nk light pink stripes, akn keluar lah contoh dia :) Aisya tahu kan nak letak background guna HTML ?

D' Black Writer said...

Yea.. saya sgt setuju dgn Kak Hana.. :DD Memang awal-awal berblogging dulu saya buat semua benda alahh tu. tapi sejak akhir2 ni saya sedar benda-benda yang patut dan tak patut.. walaupun Mai cube nak kemaskan blog, sometimes x menjadi. harap kak hana sudi tgk blog Mai utk komen XD

AiSyA LiEzA said...

ooww... html?? tau2.. thanks ye hana ^^

Ayumi Comot said...

entry yg sgt bagus..ayu xpndai nk upgrade blog jd comel2..blog ayu rase cam simple giler, malu je org visit...huhu

lgpun ayu dah tua, xperlu blog comel2:)

izan mama mia said...

mama suka entry ni..betul tu..buat apa letak widget yang byk...kita dtg nak baca bkn nk tgk widget...hihihi..tapi blog mama pun masih berat walau dh buang byk widdget...huhuhu
Assalamualaikum wbh

Nurul Aisyah said...

kak, blog saya mcm mana????

ce tgk...

pastu mcm mana nak letak link blog saya tuh...yelah bila sy follow org kan..nnt dia klik lah gmbr sy tuh, tp bila tgk xde link blog saya pun,...mcm mana nak buat dia ada?

Madam fafa said...

Thanks Hana ^^ Entry sangat berguna untuk saya :D

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)