About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Monday, March 19, 2012

176#Ai no Kotoba ~ [Tips] Kegunaan Ctrl


Rasa-rasanya ada lagi yang tak tahu kegunaan Ctrl ni. Ctrl ni memang boleh kira berjasa besar untuk kira. He he. Ayat tak boleh blah. Tapi seriously, banyak perkara yang kita boleh buat dengan satu kerjasama satu key Ctrl ni dan keys yang lain. Tak tahu apa Ctrl? Tengok gambar kat bawah.


1. Membantu Select Gambar Banyak-banyak Untuk Di-upload

Rasa-rasanya dah ramai yang tahu pasal ni. Contohnya, kita nak upload banyak gambar sekaligus, kan? Tekan Ctrl key dan jangan lepaskan. Sambil-sambil tekan Ctrl tu, bolehlah klik (sekali sahaja) pada setiap gambar yang nak diupload. Dia akan select semua sekali dan korang boleh upload sekaligus.

2. Open As New Tab

Sesuai untuk sesiapa yang nak buka link lain as new tab. Tekan pada Ctrl key dan klik pada link yang korang nak. Automatik dia akan terbuka as new tab. Bolehlah korang nak bukak page/link banyak-banyak even website/blog tu disable right click dan tak boleh buka as new tab.

3. Open Image As New Tab

Sama kes dengan kat atas. Sesuai untuk blog/website yang disable right click. Contohnya, korang nak join segmen/GA/contest kat blog si A, tapi blog tu disable right click. So, susahlah korang nak copy banner tu. Si A dah letak link kat bawah banner dan korang kena guna Ctrl + C untuk copy. Tapi, Ctrl key dan C key ni kena tekan serentak baru jadi. So, tekan Ctrl dan klik pada image tu. Image tu akan terbuka as new tab. Korang dah boleh Save Image atau copy URL dia. Senang kan?

4. Untuk Copy Text

Macam yang Hana ada cakap untuk nombor 4, korang boleh copy text dengan guna Ctrl + C. Contohnya, macam kat blog Kak Lyssa. Dulu, kalau nak copy kod untuk tuto dia mesti kena guna fungsi Ctrl + C untuk copy kod tu sebab Kak Lyssa dan disable right click. Tapi, rasa-rasanya Kak Lyssa dah buang fungsi disable right click tu sebab dah boleh copy macam biasa. Entahlah.

5. Membesar dan Mengecilkan Width Website/Blog dll

Yang nombor 5 ni sesuai untuk lappy atau netbook yang dah tak boleh kecil/besarkan guna touchpad. Bukan rosak sepenuhnya, tapi touchpad tu cuma boleh guna untuk scroll down/up aje. Macam netbook Hana, dah tak boleh guna touchpad untuk kecil/besarkan. Jadi, gunakan Ctrl key anda. Tekan pada Ctrl dulu dan tekan pada simbol '-' yang seakan-akan simbol tolak tu untuk kecilkan width website/blog/dll. Nak besarkan? Guna Ctrl dan '+'. Senang kan?

6. Search 

Korang boleh search text guna fungsi ni juga. Tekan Ctrl + F serentak dan akan keluar box kecil memanjang kat skrin korang. Korang boleh taip apa yang korang nak cari kat dalam box tu dan automatik text yang korang cari tu akan dihighlight dengan warna lain untuk memudahkan pencarian korang.


Itu aje kot kegunaan Ctrl key. Mungkin ada lagi kegunaan lain yang Hana tak tahu. Korang beritahulah kalau ada kegunaan yang lain. Boleh guna sama-sama. Sharing is caring, kan? Chill~

nota comel : Hari ni tarikh tamat untuk Segmen : Blog Reviewing by Haruno Hana. Untuk sesiapa yang nak join, sempat lagi. Sebelum pukul 12 tengah hari ni.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

0 book page(s) ♥:

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)