Friday, February 17, 2012

104#Ai no Kotoba ~ [Review] Kaichou wa Maid-Sama!


Dalam kesuntukan masa nak tunggu Dingin Lavenda ni *excited sebab Jannah & Matt kahwin dah dalam episod malam ni*, rasa cam nak wat review pasal salah satu anime yang kian diminati ni. Kaichou wa Maid-Sama! Actually, tu tajuk lama anime ni. Mengikut Inche Wiki, tajuk terkini dia hanyalah Maid-Sama!



Maid-Sama ni mengisahkan Ayuzawa Misaki yang bersekolah kat sebuah sekolah yang pada asalnya all boys school. Beberapa tahun sebelum dia mula bersekolah kat situ, sekolah tu jadi co-ed pulak. Tapi, 80% pelajar masih lagi pelajar lelaki. Misaki ni pulak jenis strict bab disiplin, pandai aikido, garang tapi dia pandai. Selalu dalam list Top 3 kalau exam. Tapi, biarpun dia sekolah kat situ, sebenarnya dia teramat bencikan lelaki sebab ayah dia meninggalkan keluarga dia sebab hutang ayah dia yang berlambak tu. Misaki juga merupakan Ketua Pelajar kat sekolah tu biar pun all the student council members ni lelaki. Apa pun, setiap arahan Misaki akan dilaksanakan sebab dia ni memang 100% strict dan garang.




Sebab nak bantu family dia, Misaki bekerja kat sebuah maid cafe kat bandar sebelah. Ala, yang pelayan dia semuanya girls yang comel-comel dan pakai baju maid tu lah. Apa? Nape dia kerja kat bandar sebelah? Misaki ni nak jaga reputasi dia sebagai Student Council President sebab tu dia berusaha keras nak elakkan pelajar-pelajar lain tahu pasal kerja sambilan dia yang ni. Besties dia sendiri tak tahu.




Kat sekolah Misaki ni pulak ada sorang mamat yang handsome+hot+pandai+atlet dan mamat ni ada darah kacukan gak. Klise sebab hero dia camtu? Tapi aku suka! Sebab si Usui Takumi ni ter-sangat-sangat-sangatlah sengalnya masa mula-mula nak kenal Misaki. Oh ya! Biasanya kalau exam Misaki akan dapat tempat kedua dalam keseluruhan tingkatan sebab kalah tempat pertama dengan si Usui ni.

Asalnya Usui ni memang tak pernah layan mana-mana perempuan yang confess dekat dia tapi lepas kejadian dia tengok Misaki lempar sand bag yang superrrr berat kegunaan boxer club, dia terus cam minat nak kenal Misaki. And tanpa disengajakan dia tahu pasal Misaki kerja kat maid cafe tu! Semuanya gara-gara Usui betul-betul berjalan di area belakang bangunan tu masa Misaki nak buang sampah.




Bermula hari tu Misaki dah rasa lain macam sebab dia fikir Usui akan bocorkan rahsia dia. Tapi tidak. Hari esoknya lepas kejadian yang berjaya membocorkan rahsia Misaki itu, si Usui ni mari bertandang pulak kat maid cafe tu! Mana tak terkejutnya Misaki tu sebab Usui datang sebagai customer. Dahla kerjanya asyik pandang aje si Misaki masa Misaki nak buat kerja. Lepas tu, hari-hari Usui datang as a customer.



Tapi anime ni memang SUPER BEST! Tanya aje sesiapa yang tengah follow anime dan manga Maid-Sama! ni. Memang tak kan kecewa punyalah. Pepun, manga lebih detail sebab anime dia baru ada Season 1. Dengar kata Season 2 akan on air around spring tahun ni. Usui ni pulak bukan sekadar pelik aje masa nak mengorat Misaki, dia ada sejarah hitam dalam hidupnya. Tapi, si Usui mi memang super kayalah biarpun dia tak nak tunjuk kat orang.

p/s : paling aku suka masa Usui buat gaya pervert and Misaki terus panggil dia perverted outer space human ;D Hahaha ;) comel betul Usui-Misaki ni~

3 comments:

  1. Saya suka citer nie even baru tengok sekali sahaja.

    ReplyDelete
  2. suka3 manga dia pun best tp manga still ongoing.. kalo anime ni xde lg season 2

    ReplyDelete
  3. haha anime ni nampak cute :D takpa nanti masuk dalam to-watch list saya XP

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News