Friday, February 3, 2012

80#Ai no Kotoba ~ Dia Kekasih Allah


Dia kekasih Allah SWT. Siapa dia? Who is him? Dare ka? Dia Muhammad bin Abdullah, Rasul yang terakhir yang menjadi utusan Allah SWT. Baginda merupakan insan dan pemimpin yang teragung. Malah, baginda dibenarkan mengurniakan syafaat kepada umat-Nya di akhirat kelak. Kelahiran baginda mencipta sejarah besar dalam dunia Islam. Pengorbanan baginda untuk menyebarkan Islam teramat besar. Kalau kita, sanggup ke berjuang bermati-matian di medan perang bersama-sama musuh, dihina dengan kata-kata kesat, dilempar dengan najis dan diancam bunuh? Hana rasa ramai yang akan mengatakan 'sanggup' tetapi dalam masa yang sama meragui kata-kata kita sendiri *aku pun camtu. Jujur...




Maulidur Rasul akan menjelang tiba. Harap-harap pada tahun ini umat baginda SAW akan bertambah tanpa mengira bangsa, usia, warna kulit atau pangkat serta kekayaan. Allah SWT hanya akan menilai ketakwaan kita. Tak perlu kita anggap 'sebab aku ni jutawan, confirm masuk syurga'. Tak.. Tak.. Allah SWT Maha Kaya, tak ada sesiapa yang dapat menandingi kekayaan Allah SWT. Allah SWT juga Maha Adil, sebab itulah Dia menciptakan syurga dan neraka. Kalau ada syurga sahaja, semua orang boleh buat jahatlah sebab dah confirm masuk syurga bila dan meninggal kelak sebab Allah SWT hanya menciptakan syurga.

Berbalik pada Maulidur Rasul, selawat ke atas Rasulullah SAW semakin kuat kedengaran. Kat masjid kampung Hana pun ada buat bacaan selawat selepas Isyak *duduk dalam bilik pun boleh dengar. Selawat merupakan antara medium perhubungan kita dengan Rasulullah. Baginda tahu siapa yang mengingatinya dan siapa yang tidak. Amalan sunnah baginda juga dapat memperatkan hubungan antara kita dengan Rasulullah SAW.






Ucapkanlah La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah. Jadikan ini amalan seharian kita sebagai tanda kita mengingati Baginda SAW. Sesungguhnya setiap kali kita berselawat kepadanya, akan ada malaikat yang memaklumkan kepada baginda... " Ya Rasulullah, si fulan bin/binti si fulan ini berselawat kepadamu.." Semoga nama kita menjadi sebutan malaikat kepada Rasulullah SAW. Insya-Allah.


Selawat tidak patut dilakukan hanya sekitar sambutan Maulidur Rasul sahaja, selawat boleh dijadikan sebagai bacaan harian. Paling-paling malas pun, selawat sebelum kita tidur di malam hari. Sekurang-kurangnya kita mengingati kekasih Ilahi sebelum tidur. Itu lebih baik daripada mengingati perkara-perkara yang tidak sepatutnya. 


Salam Maulidur Rasul daripada saya :)

No comments:

Post a Comment

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News