Monday, February 6, 2012

87#Ai no Kotoba ~ [Review] Yumeiro Patissiere


Disebabkan kebosanan menunggu macaron kering sepenuhnya sebelum dibakar, jadi aku nak isi kebosanan aku ni dengan review pasal satu lagi anime yang agak famous, Yumeiro Patissiere. Anime ni boleh dikatakan agak baru lah tapi dah two seasons habis tayang kat TV. Anime ni tersangatlah sesuai untuk kalian yang sama spesies dengan aku, iaitu spesies peminat kek dan pastri yang tegar macam aku. Sepanjang aku tengok anime ni memang dok terliur aje tengok kek dan pastri yang comel-comel dalam anime ni.



wallpaper from second season

Anime ni pasal seorang girl ni, Amano Ichigo yang tak ada kelebihan dalam bidang apa-apa pun. Dia pun seorang yang careless. Cuma, satu hari ni dia bertemu dengan seorang pastry chef kat sweets festival. Henry Sensei (the pastry chef) mengesan kebolehan Ichigo waktu Ichigo dapat menerangkan dengan tepat rasa yang terkandung dalam kek terbaru ciptaannya malah Ichigo juga dapat menjelaskan perasaan Henry Sensei masa dia buat kek itu. Kebetulan pula, Henry Sensei ni cucu/cicit kepada Marie Lucas, the founder of St. Marie Academy. St. Marie Academy ni merupakan akademi yang famous kerana kebolehan melahirkan pastry chef yang berbakat. Kebetulan lagi, St. Marie Academy yang berpusat kat Paris ada cawangan kat Jepun. Henry Sensei yang handsome*gatal* tu pun offer Ichigo masuk ke akademi tu.



Henry Lucas Sensei yang handsome ♥ *first time Ichigo jumpa dengan dia

Mula-mula tu papa Ichigo bantah sebab dia risaukan Ichigo yang careless. Tapi, Ichigo berkeras sebab dia nak jadi macam mendiang nenek dia yang merupakan seorang pastry chef yang berbakat. Oh ya, nenek dia pulak pernah jadi anak murid Marie Lucas masa nenek dia belajar kat main campus kat Paris tu. Kat sana, Ichigo berada dalam Group A, satu group dengan tiga orang pelajar lelaki yang digelar Sweets Princes sebab bakat mereka dan of course, pasal rupa mereka gak. Mula-mula masuk lagi Ichigo kena marah oleh Kashino Makoto (Kashino), salah seorang Sweets Princes tu sebab tak pernah belajar cara nak buat kek. 



Ichigo dengan The Sweets Princes
Hanabusa Satsuki (green hair) yang agak narcissist tapi baik
Kashino Makoto (blond) yang cool aje memanjang
Andou Sennosuke (spectacle) yang gaya seorang abang yang baik


Ichigo nak lari balik rumah tapi dia batalkan hasrat dia. Dia kembali ke bilik masakan* nampak gaya cam dewan aje* untuk berlatih wat milli crepe yang dia gagal buat tadi. Masa nilah dia jumpa dengan Vanilla, seekor Sweets Fairy. Vanilla tolong Ichigo berlatih and mereka jadi kawan. Bukan tu aje, Kashino, Hanabusa dan Andou pun ada Sweets Fairy yang comel aje semuanya. Lepas beberapa peristiwa, diorang nekad nak masuk Cake Grand Prix yang menawarkan hadiah belajar secara dua tahun di St. Maria main campus kat Paris. First season ada 50 episod semuanya.



Sweets Fairy milik mereka. Chocolat (nama dia memang takde -e kat belakang) milik Kashino
Vanilla yang jadikan Ichigo sebagai company dia
Hanabusa punya Cafe*satu-satunya fairy lelaki dalam group ni
Caramel si peneman Andou

Untuk second season pulak, mereka balik dari Paris dan start belajar balik kat Japan campus. Pendek aje second season ni, dalam 13 episod aje. Main focus untuk second season ni lak, Henry Sensei tubuhkan Marie Garden, satu kawasan yang ada sweets shops sahaja. Gaya English. Mereka ditugaskan untuk menjaga kawasan sweets shops tu. 



second season~

Tengah menunggu third season. Sebelum tamat second season, Henry Sensei ada call Ichigo dan beritahu pasal nak bina Marie Garden di London pula~

No comments:

Post a Comment

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News