78#Ai no Kotoba ~ Mencari Bintang Timur
Salam malam Jumaat semua :) . Kali ni, Hana nak berkongsi satu artikel yang memang dah lama sangat Hana simpan. Perhaps for two years? I can't recall it. Sama macam post title kat atas tu, tajuk artikel ni Mencari Bintang Timur. Finding The Southern Star? *gaya hopeless romantic Benz Alif to his Addin. Actually, artikel ni asal dari segmen Luahan Rasa Bersama Putri. Tapi, Hana dah lupa untuk akhbar apa. Panjang sangat artikel ni tapi berbaloi untuk baca.
Ni artikel asal. Panjang kan?
Hana just cerita isi yang penting aje... eyh? Artikel ni daripada point of view seorang lelaki.
Begini kisahnya... isteri saya disahkan hamil dua bulan. Sejak hari itu, dia mengalami loya dan morning sickness yang amat teruk. Terbaring sahaja sepanjang masa, Makan tak nak, minum tak nak, apa pun tak nak. Kadang-kadang itu asyik tidur sahaja. Kadang-kadang saya terpaksa tidur kat luar sebab dia alah dengan bau badan saya.
Saya akan membaca al-Quran di atas katil di sisi isteri saya sebelum dia tidur hinggalah dia terlelap. Amalan membaca al-Quran seperti itu sudah saya amalkan sebelum dia hamil lagi. Sekarang, saya terus membaca al-Quran di sisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan.
Bukan itu sahaja, saya juga akan bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan ialah tentang tauhid. Saya terus bercerita kepadanya tentang Allah SWT, zat, sifat, asma dan af'al-Nya.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah, seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, " Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?" Jawab bapa Imam Abu Hanifah, " Aku mendidik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan." Maksud jawapan bapa Imam Abu Hanifah ialah beliau (bapa Imam Abu Hanifah) sendiri telah diasuh dengan baik sejak kecil manakala isterinya (ibu Imam Abu Hanifah) juga susah dididik dan Hanafi (Imam Abu Hanifah) sendiri sudah dididik sejak dalam kandungan lagi.
Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan isteri dan anak saya. Mereka merupakan cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah kisah para Rasul, para Nabi, Wali Songo, tujuh wali Melayu kepada janin dalam kandungan isteri saya. Saya juga sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah SWT sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya menasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman al Hakim kepada anaknya.
Menjelang tengah malam, saya ke halaman rumah kerana mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini. Saya terus merenung langit malam. Saya seorang anak yatim piatu yang ditinggalkan di tengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu bapa saya. Kini saya pula yang akan menjadi ayah.
Saya bertekad dalam hati, insya-Allah sekiranya anak ini lahir, saya tak akan biarkan dia membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman perit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah ibunya seperti saya.
Isteri saya merupakan bintang timur dalam hidup saya. Insya-Allah, tidak lama lagi akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.
Mencari Bintang Timur :')
No comments:
Post a Comment
Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)